Posted in TM Liga Super 2009 on June 26th, 2009 6 Comments »

Sabtu 27 Jun 2009
Stadium Sultan Mohamed Ke-IV
8:45PM
Perlawanan ke-21 untuk pasukan Perak dalam saingan TM Liga Super 2009 adalah bertemu dengan pasukan Kelantan di Kota Bahru. Pada perlawanan pertama 10 Februari yang lalu Perak tewas tipis 3 - 2 di Ipoh hasil jaringan lewat Nor Farhan.
Gol terakhir itu disifatkan sebagai penuh kontroversi kerana telah didakwa keluar di garisan belakang gol oleh pemain Perak namun tidak diendahkan oleh pengadil untuk disudahkan oleh penyerang lawan ketika pemain Perak tidak bersedia sepenuhnya.
Namun kekalahan itu sebenarnya telah menjadi satu pengajaran yang berguna buat anak didik M. Karuthu supaya sentiasa fokus kepada permainan sepanjang masa dan tidak sewenang-wenangnya memberhentikan permainan jika pengadil tidak berbuat demikian.
Pasukan Perak yang dijangka bertolak pagi ini ke Kota Bahru diramal tidak menghadapi… Continue reading

Selasa 23 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perak 2 - 0 Negeri Sembilan
Penyokong skuad seladang pulang ceria apabila pasukan Perak berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2 - 0 di Stadium Perak malam tadi yang disaksikan oleh kira-kira 1000 orang penyokong setia.
Perlawanan bermula dalam keadaan padang yang basah dan licin kerana hujan turun renyai-renyai sewaktu pengadil memulakan permainan. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan pasukan tuan rumah sedikit menguasai.
Beberapa peluang yang diperolehi pasukan Perak gagal diterjemahkan menjadi gol manakala pasukan pelawat juga kurang berbisa apabila kehilangan khidmat beberapa pemain tonggak seperti Zaquan Adha, Shukor Adan dan Ching Hong Aik
Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan. Pada minit ke 63 separuh masa kedua, Perak membuat pertukaran pertama apabila mengeluarkan K. Thinagaran… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on June 23rd, 2009 1 Comment »

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 23 Jun 2009:
Selangor vs Johor FC
Stadium Shah Alam
Kelantan vs PDRM
Stadium Sultan Mohd Ke-IV
Terengganu vs Kuala Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pahang vs My Team
Stadium Darul Makmur
Pulau Pinang vs Plus FC
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Perak vs Negeri Sembilan
Stadium Perak, Ipoh
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on June 22nd, 2009 5 Comments »

Selasa 23 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM
Selasa ini akan berlangsung pertemuan pasukan Perak menentang Negeri Sembilan di Stadium Perak pada perlawanan ke-20, TM Liga Super 2009. Perak pada perlawanan pertama 13 Januari lalu di Paroi telah tewas dengan jaringan 3 - 0.
Perlawanan itu turut menyaksikan pemain pertahanan Perak, Fauzi Ariffin mengalami kecederaan lutut yang serius seawal minit ke 4 separuh masa pertama. Sehingga kini beliau masih lagi tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya itu.
Mungkin kali ini nasib Perak lebih baik kerana barisan pemain-pemainnya telah semakin matang dalam mengharungi cabaran pasukan lain cuma keampuhan Razali Umar di bahagian jentera serangan sedikit merisaukan peminat pasukan Perak.
Persembahan Razali Umar pada perlawanan menentang PDRM tempohari adalah antara yang paling terburuk pernah disaksikan oleh penonton setia Perak… Continue reading