Ulangtahun Kedua | seladang.net

Logo | seladang.net

Hari ini genap 2 tahun penubuhan seladang.net yang menggunakan platform WordPress yang turut dikenali sebagai SDN yang bermaksud Seladang Dot Net. Terlalu banyak perubahan dan peningkatan yang dicapai oleh halaman ini hasil bantuan pelbagai pihak.

Mengimbau kembali sejarah lalu, domain seladang.net itu sendiri sebenarnya telah wujud sejak dari 29 Disember 2005 dan pernah juga melalui zaman “suram” selama lebih 7 bulan sejak tarikh 7 September 2006 sewaktu menggunakan platform IPB.

Untuk menjadikan SDN lebih UNIK, Pendaftaran Keahlian sudah pun ditutup sejak dari 3 April 2009 yang lalu. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan BOTS SPAMMER dari mendaftar serta “membersihkan” ahli-ahli yang melanggar peraturan.

Kini SDN mampu berdiri teguh sebaris dengan halaman-halaman bolasepak yang lain dengan beberapa siri perjumpaan di stadium untuk menonton perlawanan bolasepak serta aktiviti futsal secara mingguan dan penjualan cenderamata kepada ahli-ahlinya.

Berikut adalah antara beberapa statistik menarik:

  • Halaman ini telah merekodkan seramai 595 pengunjung berdaftar.
  • Ada sebanyak 4,570 komen telah tersiar di dalam 646 artikel.
  • Sebanyak 212,393 kunjungan unik dicatatkan setakat artikel ini disiarkan.
  • Ranking Alexa ketika ini ialah Worldwide – 688,972.
  • Google Page Rank – 2/10

Ucapan ribuan terima kasih kepada individu-individu berikut untuk bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada halaman ini:

  1. Syidi – Second Admin for seladang.net
  2. Nina – Graphic Designer.
  3. San – Crew
  4. Anip – Crew
  5. Sunrise – Crew
  6. M. Karuthu – Perak FA Head Coach
  7. Raja Azlan Shah Raja So’ib – Perak FA Assistant Coach
  8. Johari Hamzah – Perak FA Team Assistant
  9. Anuar Hashim – Perak FA Honorary Secretary
  10. Benedict Martin – Perak FA Player
  11. Razlan Hashim – sportsmalaysia

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua pengunjung seladang.net yang telah memeriahkan halaman ini dengan pelbagai komen yang menarik dan bernas.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Ulangtahun Kedua | seladang.net

  1. belanak

    salam...

    Ucapan sekalung tahniah dan selamat ulangtahun yang ke-2 SDN.. semoga segala usaha yang ikhlas dan kesungguhan semua pihak akan diberkati Allah... semoga web SDN akan terus mekar dan meriah...

    Teman selaku ahli amat teruja dan secara tidak langsung akan memeriahkan suasana web SDN.. tidak lupa juga semoga kita warga SDN dapat bersua muka dalam pertemuan (gathering) pada masa akan datang...

    Akhir sekali... semoga segala yang diidamkan baik kejayaan web SDN mahupun pasukan kesayangan kita akan beroleh satu keputusan yang positif dan seterusnya mengembalikan suasana kegemilangan yang suatu ketika dahulu kita pernah kecapi..

    Selamat ulangtahun SDN...
    Selamat maju jaya buat Perak...
    Apa yang penting... KERJASAMA..
    apa yang penting... KERJASAMA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    wahh..

    selamat ulang tahun kepada seladang.net, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

    kepada semua user sdn, san harap patuhilah peraturan untuk mengelakkan anda di singkirkan dari keluarga SDN. yang mana user yang disingkirkan sebelum ini, memohonlah secara berhemah di e-mail admin yang disediakan, insyallah dengan budi bicara panel admin, insyallah anda semua kembali bersama kami. kepada admin, san secara individu menyatakan hasrat untuk memberi peluang kepada pengguna baru untuk mendaftar sebagai warga SDN, tapi biarlah syarat diperketatkan dan tapisan secara menyeluruh dibuat.

    apapun, selamat maju jaya dan tahniah diucapkan kepada seladang.net untuk kali yang keduanya.

    - takde potong kek ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Saya berbangga dengan pencapaian serta komitmen para ahli SDN yang tetap setia walau pun dilanda pelbagai dugaan dan cabaran.

    Sesungguhnya, segala dugaan yang nampak secara zahir adalah minima berbanding dugaan yang terselindung yang dihadapi oleh WebMaster kita untuk memastikan SDN berdiri sama tinggi dengan Komuniti Penyokong Maya Bolasepak lain.

    Saya amat berbangga menjadi ahli SDN dan jutaan terima kasih kepada Webmaster kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berganding kudrat dengan beliau untuk memastikan SDN gah dipersada bolasepak Malaysia. Perkara yang paling utama adalah sokongan padu kepada Pasukan kesayangan kita. Jadikan SDN sebagai platform yang ampuh untuk menyumbang serba sedikit kekuatan kepada Skuad Seladang.

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang mencetuskan suasana pro dan kontra yang mana ianya menghasilkan sesuatu yang dipanggil Harmoni. Itu penting dalam apa jua perkara jika tidak, ianya akan menjadi serba tidak menjadi.

    Selamat Ulangtahun Seladang Dot Net. Teruskan sokongan kita kepada Skuad Seladang. Un'bias Free From Bias and Prejudices.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Selamat hari ulangtahun SDN...Selamat hari ulangtahun SDN...
    Tahniah dan syabas atas kejayaan yang dikecapi selama ini namun itu bukanlah kepuasan yang dicari. Yang dimahukan hanyalah yang terbaik buat semua demi pasukan Perak tercinta.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    Salam...

    Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada SDN yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi ahli keluarga SDN. Bukan itu sahaja malah SDN juga telah cuba membantu saya untuk menjadi seorang insan yang berdisiplin dan membantu saya untuk memiliki satu jiwa sukarelawan. Apa yang membuatkan saya menjadi insan yang teramat setia kepada SDN semua krew yang terlibat melakukan sesuatu aktiviti tidak pernah memikirkan tentang upah. Ini satu sifat yang harus dicontohi oleh semua orang tidak kira apa jua status mereka.

    Selamat ulangtahun Seladang Dot Net.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.