TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 02 Mei 2009
Stadium Ipoh, Perak
8:45PM

Perak  0 - 1 Pulau Pinang

Perak tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada pasukan yang kini menghuni tangga ke 11 Liga Super iaitu Pulau Pinang semalam. Satu gol sudah cukup untuk Skuad Harimau Kumbang itu pulang dengan tiga mata penuh.

Sebaik sepak mula, Perak sudah menampakkan kehambaran dengan aksi longlai yang membosankan walaupun sekali sekala membuat serangan ke kubu lawan. Peluang terbaik Perak untuk menjaringkan gol hadir melalui Mohd Saufi Sa’aidi pada minit ke 39 apabila percubaannya sekadar singgah di tiang gol lawan.

Pulau Pinang kerap kali menguji kubu pertahanan Perak. Ini jelas apabila Kamarul Effendi dikerah untuk berkerja keras mengekang percubaan-percubaan daripada pasukan lawan.

Perak cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan mengatur beberapa gerakan ke kubu pertahanan lawan, namun gagal disudahkan oleh barisan serangan Perak yang diketuai oleh Mohd Saufi Sa’aidi.

Sebaliknya, pasukan lawan berjaya memperoleh gol tunggal perlawanan 2 minit selepas Perak melakukan pertukaran yang pertama dengan mengeluarkan Hafiz Abd Rahman untuk pemain bawah 20 tahun, Mohd Safwan Mahayuddin.

Gol dari pasukan pelawat berpunca daripada hantaran lintang yang disudahkan oleh S. Thinagaran dengan tolakan mudah menewaskan Kamarul Effendi.

Pada minit ke 80 Muhammad Zafran dimasukkan menggantikan K Thinagaran dan seminit selepas itu, Perak membuat pertukaran ketiga dengan memasukkan Benedict Martin menggantikan Isma Alif Salim.

Segalanya dilihat sudah terlewat apabila Pulau Pinang mula mengukuhkan pertahanan mereka. Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan 3 minit, Perak cuba mencari gol penyamaan namun segalanya sia-sia.

Untuk perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009, Perak akan bertandang ke Stadium MBPJ untuk menentang UPB-Myteam pada 05 Mei 2009 ini.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi (PG)
Chun Keng Hong
Mohd Hafiszuan
K. Puvinderan
S. Subramaniam (K)
Mohd Nazri Kamal
Khalis Ibrahim (B20)
Hafiz Abdul Rahman – 1
Isma Alif – 3
K. Thinagaran – 2
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

Mohd Safwan Mahayuddin- 1
Muhammad Zafran- 2
Benedict Martin- 3

Krew Info: San, Yashur, Sunrise, Anip, Taufiq

Keputusan Perlawanan Lain 02 Mei 2009:

Selangor 3 – 1 Terengganu
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 2 – 0 Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perlis 0 – 0 Kuala Muda
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 0 – 1 My Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (result)

  1. irKupa

    Yob..

    Apa cerita yob? Kalah dengan Penang pulak. Rugi amat, main kat home. seperti teman cakap dulu, perak kena usaha untuk score selain razali, tak kira dari pertahanan, tengah mahupun striker lain. Apabila Razali tak main, Perak gagal menjaringkan gol. Cuba bayangkan jika tahun hadapan Razali berhijrah atau paling teruk pun, dia injured. bahaye Yob..

    Bangun balik semua..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam..

    Kalah tidak bererti kita sudah tewas untuk seterusnya, ayuh semua pemain, bangkit dari tidur kalian, jangan hanya bergantung pada hanya 1-2 pemain, kalian adalah insan terpilih untuk pasukan Skor Yob Skor. Oleh yang demikian, jangan dilunturkan semangat juang kalian. Kita masih ada lagi 13 game dalam liga, masih bisa memperbaiki kedudukan di liga, hanya dengan kerjasama semua pihak kemenangan pasti akan kita perolehi.

    Teruskan semangat yang jitu dan jangan mudah putus asa, perbaiki segala kelemahan yang ada. Tingkatkan lagi semangat berpasukan serta tidak bergantung hanya pada 1-2 pemain sahaja. Ingat lah wahai pemain,bahawa setiap pemain yang terpilih memegang satu tanggungjawab besar yang bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk semua pihak, seandainya kita lemah dan mudah putus asa...nescaya segala yang diidamkan tidak akan kita kecapi. Renung-renungkan lah dan cermin lah diri kalian.. saksikan diri di dalam cermin... inilah juara yang akan bersama-sama berjuang tanpa penat dan setiap perjuangan yang ikhlas pasti akan dibalas dengan setimpal..

    Ayuh semua, usah mengalah dan jangan kecewa. Usaha tangga kejayaan. Tingkatkan lagi serangan dan taktikal menarik pada perlawanan akan datang... keserasian setiap pemain amat penting dan kerjasama semua pihak akan pasti dan pasti dibalas dengan kemenangan... semoga kemenangan akan berpihak kepada kita.. InsyaAllah...

    teruskan perjuangan kalian...
    apa yang penting... KERJASAMA...
    apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. san

    San selaku salah seorang penonton pada malam tersebut, menyifatkan pemain berada dibawah prestasi sebenar, walau bagaimanapun, pujian diberikan kepada Kamarul Effendi kerana bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya oleh pemain lawan.

    Ketiadaan beberapa tonggak seperti Norhazrul dan Razali Umar ternyata satu tamparan hebat buat pasukan kerana mengharapkan Hafis yang masih baru dan Saufi yang dikawal ketat di bahagian serangan. Mutu kawalan bola Hafis amat baik, namun penyudah yang tumpul, dan tendangan kaki kanan masih banyak perlu dibaiki.

    Thinagaran yang banyak "berlegar" di tengah padang perlu dipandang serius panel kejurulatihan kerana kekosongan bahagian tengah padang hanya akan mengundang bahaya kepada barisan pertahanan Perak.

    Taktikal hantaran pendek semasa sepakan sudut akan mengurangkan peratusan bola sampai ke depan gol, memang mungkin dari sudut pandangan jurulatih penjaga gol Penang agak tegap dan tinggi, tetapi tektikal hantaran pendek beberapa kali sebelumnya sudah dibaca pasukan lawan.

    Kurangkan tindakan-tindakan luar batasan apabila dihujung permainan sekiranya ketinggalan, ianya hanya memberi kelebihan pasukan lawan untuk melambatkan tempo permainan, bermainlah cara selamat seperti contohnya, Chun satu ketika boleh menendang bola keluar untuk hantaran ke dalam, tetapi membawa bola ke penjuru garisan, sebelum tertolak bola keluar untuk sepakan sudut.

    Kamarul tidak perlu teragak-agak untuk membuat hantaran pendek semasa sepakan gol, jangan benarkan pemain menunggu semasa sepakan gol anda, ini hanya akan memberi kelebihan pemain lawan kembali ke posisi masing-masing, walaupun pemain Perak mampu untuk Counter Attack.

    Buat penyokong Perak, jangan kerana pemain baru seperti Hafis melakukan kesilapan demi kesilapan, anda semua bagai marah nak rak, beri mereka peluang.

    go Perak go!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Salam..

    Adakah Razali diperlukan dalam setiap perlawanan? Ada pendapat mengatakan, ketiadaan Razali dan beberapa orang lagi pemain utama punca kekalahan semalam.

    Saya kurang bersetuju dengan pandangan berkenaan, namun ianya tidak salah kerana peratusan kurang. Ini dibuktikan dengan perlawanan perlawanan yang lalu yang mana ada sesetengah perlawanan Razali tidak langsung menjaringkan gol. Kenapa?

    Jika dikaji, mengapa barisan hadapan gagal menjaringkan gol ianya berpunca daripada jentera tengah yang gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Namun begitu, jika terlalu banyak peluang gagal disudahkan oleh barisan serangan, sebagai contoh terdapat 10 peluang untuk gol namun semuanya gagal menemui sasaran, itu memang masalah penyudah.

    Saya tidak menonton perlawanan semalam, cuma memantau secara online, tetapi dapat saya rasakan masalah jentera tengah kita masih belum dipulihkan dan sama seperti perlawanan sebelumnya. Mungkin ianya lebih parah dengan ketiadaan Nor Hazrul semalam?

    Kita cuma mengharapkan agar setiap peluang disudahkan 100% sempurna semalam, tapi itu tidak terjadi. Seandainya kita dapat gol awal semalam, ini tidak berlaku percayalah.

    Selepas ini mungkin permainan pantas perlu dikaji semula dan digunakan jika perlu sahaja. Banyakkan kawalan bola dibarisan tengah agar dan tidak seperti sebelum ini yang membuat hantaran jauh dari bawah terus ke atas. Peratusan untuk sampai tepat kepada pemain adalah amat sedikit. Gunakan kelebihan yang ada pada Norhazrul, Hafiz Abd Rahman dan Nazri Kamal yang mampu mengawal bola dalam keadaan terdesak untuk membuat 'key pass' ke barisan serangan.

    Apa-apa pun, setiap orang memiliki pandangan yang berbeza, saya suarakan apa yang dirasakan ingin disuaraka saja. Terpulang kepada diri pandangan masing-masing.

    Teruskan usaha, Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam CD,

      Bagi teman sungguhpun dalam perlawanan yang lepas En.Razali tidak menyumbang gol namun tittle prolifik striker yang ade pada beliau dapat menyumbang something yang mampu diterjemahkan oleh player kita yang lain.

      Prolifik tidak hanya bermaksud kemampuan beliau menjaringkan gol semata-mata,tapi lebih menyeluruh termasuk sumbangan sentuhan beliau menghidu peluang bagi rakan-rakan lain menyumbat gol.

      Suka ataupun tidak,bagi teman prolifik striker macam En.Razalai Umar Kandasamy amat pasukan kita perlu dan tagihkan.Inilah realiti yang terpaksa kita hirup kerana beliau adalah merupakan sebahagian dari pencorak permainan Perak.

      Tidak hairanlah beliau antara merupakan pilihan utama En.Coach Malaysia team kita yang baru sekarang sebagai striker utama selain budak tapah yang men kat selangor skarangni.

      Bagi teman,Razaly lebih hebat jika mampu untuk bermain,menyumbang dan menjaringkan gol bagi pasukan yang macam kita ade sekarangni.Kita boleh lihat peratusan beliau menjaringkan gol akan lebih baik jika beliau bermain dengan team yang baik.

      Komen ini hanya menumpukan kepada betapa pentingnya beliau,En.Razali pada pasukan sebagai api pembakar semangat kebangkitan Seladang untuk game yang setrusnya.

      Jika beliau mampu membuktikan kemampuan diri beliau di Perak,beliau mampu pergi jauh dalam arena ni lagi.

      Pada player yang lain,disinilah tempatnya anda untuk create your own identity.Grow n build up career bersama team selain maju bersama team adalah lebih sweet Yop.Nampak perjalanan n hebatnya kome nih!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Teman memang bersetuju dengan pandangan mike. Memang itu adalah hakikat sebenarnya. Apa yang teman nak adalah mempelbagaikan mentaliti pemain-pemain muda kita ni.

        Supaya mereka boleh bertindak sekiranya berlaku 'kecemasan' seperti perlawanan yang lepas yang mana kita tewas kepada Penang. 'Kecemasan' yang dimaksudkan adalah ketiadaan pemain utama seperti Razali.

        Mentaliti mereka perlu di salurkan ke arah atau pendekatan lain yang mana bermain dalam keadaan tiada peledak utama pasukan.

        Di samping itu, kita perlu gilap 'kaki skor' yang lain selain Razali. Memang sudah ada, tapi kurang menyerlah.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Kemenangan yang patut diraih dalam perlawanan ini namun penyudah yang tumpul di samping bahagian tengah yang kurang berkesan sepanjang 40 minit separuh masa pertama perlawanan mengagalkan usaha tersebut. Semangat para pemain sejak tiupan wisel pertama dibunyikan sehingga tamat perlawanan begitu mengkagumkan dan dipuji namun ia tidak berguna sekiranya gagal mengawal semangat yang ada. Teman maksudkan di sini apabila para pemain ghairah memburu gol tetapi apabila mendapat peluang seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

    Pada pemerhatian teman, para pemain perlu tahu menyepak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki walaupun bermain di posisi mana sekalipun. Gerakan dari bahagian tengah perlu lebih berfikiran luas dan kreatif dalam menggerakkan permainan bagi membuka permainan. Jangan hanya menumpukan pada satu arah sahaja apabila melakukan serangan. Ketiadaan Arsyah menampakkan lagi kelemahan bahagian tengah yang sememangnya tiada perubahan setelah berehat sekian lama dan melalui dua perlawanan persahabatan.

    Teman tertarik dengan kawalan bola yang cukup baik dari Hafiz Abdul Rahman yang acapkali melepasi 3,4 orang pemain lawan namun apabila melakukan hantaran entah apa yang beliau lakukan. Gaya permainan beliau terlalu 'cantik' sehingga rakan-rakan yang lain tidak memahami arah hantaran yang diberi. Interaksi sesama rakan perlu lebih jelas agar bola yang dihantar tidak hilang begitu sahaja.

    Pergantungan Razali dalam perlawanan ini menampakkan kelemahan ketara di bahagian serangan dalam melakukan cubaan tepat ke arah gol lawan. Deria menyerang pada penyerang yang sedia ada sekarang tidak begitu tajam. Pasukan Perak perlu mencari peluang lain yang lebih mantap di samping mengasah lagi bakat-bakat yang ada agar tidak hanya mengharapkan Razali semata-mata. Mungkin gaya latihan yang dilakukan oleh pasukan lain boleh digunakan bagi memantapkan bahagian ini.

    Kurang sefahaman masih jelas terdapat dalam perlawanan ke-13 ini. Apa guna 3,4 orang pemain Perak menyerbu seorang pemain lawan yang membawa bola jauh dari gol? Seringkali para pemain berebut bola sedangkan tidak patut terjadi sebegitu. Di sinilah antara semangat yang gagal dikawal, mahu bola tanpa sefahaman menyebabkan bola terlepas begitu sahaja. Gol pasukan Pulau Pinang juga terjadi apabila berlaku situasi sebegini. 2 pemain Pulau Pinang di depan gol Perak langsung tidak dikawal sedangkan 3 pemain Perak menyerbu ke arah bola yang ada pada sudut sukar bagi melakukan rembatan.

    Chun Keng Hong merupakan pertahanan tengah yang bagus namun kegopohan dan kelekaan apabila mengeluarkan bola agak mendebarkan kerana memberi ruang bagi lawan menyerang dengan mudah. Teman kurang faham dengan taktik yang digunakan ketika mengambil sepakan sudut. Sepanjang perlawanan sepakan sudut diambil secara pendek namun sejak separuh masa pertama lagi taktik ini tidak berjaya. Perlawanan hanya 90 minit dan banyak sepakan sudut yang terhasil tetapi ia menjadi sia-sia sahaja kerana hanya mencuba satu variasi. Tidak salah mencuba taktik yang sama tetapi kreativiti juga perlu disematkan bersama.

    Di manakah Thinagaran dengan gaya permainan dalam lima perlawanan liga super terdahulu? Beliau seakan-akan hilang punca dengan bakat yang ada apabila lebih banyak berlegar-legar di tengah. Setelah ditegur beberapa kali pun masih tidak dapat kembali kepada prestasi sebenar. Come on Thina!

    Pujian buat Kamarul kerana bertindak cemerlang dalam perlawanan ini. Banyak cubaan tepat pasukan Pulau Pinang berjaya diselamatkan oleh beliau. Teruskan kecemerlangan anda.

    Secara keseluruhannya, para pemain masih tercari-cari rentak permainan setelah sekian lama berehat namun itu bukan alasan terbaik dalam perlawanan ke-13 liga. Ketiadaan pemain utama juga bukan sebab yang terbaik kerana di dalam pasukan anda semua adalah pemain utama cuma yang perlu adalah melakukan yang terbaik.

    Diharapkan komen teman yang tidak seberapa ini diambil pertimbangan dalam membaiki kesilapan yang boleh diminimumkan. Teman bukanlah profesional dalam bidang bola sepak, sekadar meluahkan apa yang teman perhatikan demi kebaikan pasukan Perak.

    Kejor Yob Kejor!
    Tempat terbaik kita skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam Nip,

      Mengulas lanjut tentang taktik yang digunakan untuk corner kick tu,rasanya M.Karathu mempraktikan kaedah yang Barcelona praktikan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. anip

        Sekiranya 90minit perlawanan berlangsung hanya satu taktik yang digunakan sedangkan taktik tersebut sudah diketahui serba tidak menjadi adakah perlu diulang taktik yang sama? Di sinilah ditekankan bahawa kreativiti amat perlu dalam pasukan sekarang ini di samping daya fikir yang lebih lagi semasa perlawanan berlangsung.

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam .....

    Tahniah kepada M.Karuthu dan pemain pemain yang berjaya menewaskan diri sendiri dihadapan penyokong setia anda. Percaturan yang dilakukan oleh M.Karuthu pula merepek saja. Pemain pemain yang bermain sudah mula menunjukkan sikap malas dan sombong ditengah padang. Anda ingat anda hebat sangatkah? Baru musim pertama berada didalam skuad utama sudah memiliki sikap sebegini rupa. Corak permainan yang teramat menghambarkan.

    Layakkah anda semua untuk digelar pemain bertaraf profesional? Kalau soalan sebegini rupa diajukan kepada saya jawapannya tidak layak sama sekali. Diharapkan selepas ini jurulatih-jurulatih melakukan semula latihan yang lebih keras agar pemain pemain sedar dimana tahap mereka yang sebenarnya. Seandainya pada malam perlawanan tersebut mereka mempamerkan corak dan mutu permainan yang buruk diharapkan jurulatih akan memberi satu latihan yang benar benar keras pada keesokan paginya,cara begini pernah dilakukan oleh seorang bekas jurulatih negeri Pahang pada era 90AN.

    Waktu itu skuad Pahang sebuah pasukan yang amat digeruni. Apabila pemain pemain berjaya melaksanakan tugas diberikan pada malam perlawanan maka barulah diberi rehat yang sewajarnya kepada pemain pemain. Sepanjang 13 perlawanan liga super yang telah diharungi oleh pasukan Perak tiada peningkatan yang positif dapat dilakukan oleh M.Karuthu terhadap pemain pemain yang ada.Adakah anda tidak cukup tegas terhadap pemain pemain,ataupun anda sendiri yang tidak mahu merapatkan diri dengan pemain pemain. Diharapkan selepas ini pembantu M.Karuthu dapat berkongsi pendapat dan memberi ilham baru kepada M.Karuthu untuk memajukan lagi mutu pemainan pemain pemain yang ada.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. khairol

    salam..

    kurang konsisten. itulah jawapannya.. perak boleh menang dan kalah tanpa mengira gelanggang lawan atau gelanggang sendiri. perkara ini harus di perbaiki memandangan sudah pertengahan musim. tiada alasan untuk mencari keserasian.

    ayuh pemain, jangan biarkan stadium perak jadi sepi..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam khairol,

      Teman setuju.bagi teman itulah realitinya pasukan Yop kitani.Teman taktau nk buat ayat,nak kata ikut luck,takut ada yang tak setuju.Tapi ayat miker tu nampak lebih sweet.k.

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. myo abol as

    Satu keputusan yang perit untuk ditelan oleh pasukan dan para penyokong semua. Lebih-lebih lagi apabila mengalaminya di laman dan di hadapan penyokong sendiri. Namun janganlah kita terlalu mudah menudingkan jari kepada sesiapa pun. Bukan salah jurulatih pun kalau pasukan kalah. Lagipun belum ada lagi seorang jurulatih dalam dunia ni yang mahukan kekalahan begitu juga dengan pemain. Jadikan kekalahan ini sebagai satu pengajaran terutamanya buat para pemain. Jurulatih mungkin ada strategi beliau sendiri yang bukan di bidang kuasa kita untuk mempertikaikannya. Teman ada di stadium malam tu, memang ramai le juga yang macam menyalahkan jurulatih akibat dari kekalahan tersebut. Dan soalan paling biasa teman dengor le dari awal musim sampai le sekarang iaitu 'ini ke standard pemain yang dipilih oleh coach?', 'mana punya pemain le depa ambik?', 'pemain macam ni pun boleh ambik main dalam pasukan ke coach?' dan sebagainya.

    Well, cuba kita ingat balik apa yang telah terjadi dengan persatuan bola kita musim lalu? So, ada ke pemain yang orang kata best-best sangat tu nak main or served dengan pasukan dan pengurusan bermasalah macam persatuan kita ni? Sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada ketua jurulatih kita iaitu En. M. Karathu dan panel-panel kejurulatihan kini yang sanggup serta berani mengambil risiko dan menyahut cabaran. Kalau takde mereka ni rasanya memang dah takde pun pasukan kesayangan kita hari ini. Cuba fikirkan. Janganlah kerana ketiadaan pemain-pemain berkualiti dan berpengalaman ini menjadikan kita semakin jauh dengan pasukan kesayangan kita. Dahulu pun semasa dibarisi pemain-pemain lama, kadang-kala tak jugak dapat memuaskan hati penonton seperti kita.

    Tak jugak cantik mana sangat pun permainan yang mereka persembahkan pada kita. Kalah jugak, takde pun straight je menang semua perlawanan. So, jangan jadi manusia hipokrit dan prejudis. Lagi satu jangan le dek kerana coach kita sekarang ni berbangsa India sampai ada yang lepas-lepas cakap kononnya coach kita ni dok pilih warna sapa yang boleh main dan sapa yang tak boleh main. Itu bersikap racist jadinya. Sebenarnya teman dah dengor mengenai perkara ni masa sesi friendly match lagi sebab teman memang takde miss pergi masa sesi friendly dijalankan. Ada le yang dok rungut-rungutkan perkara tu masa di stadium. So tolong le jangan jadi manusia yang hipokrit, prejudis dan racist.

    Sebagai penyokong setia pasukan kita seharusnya akur dengan tahap pasukan kita untuk musim ini. Berilah pemain-pemain baru ini ruang untuk mereka membuktikan kemampuan mereka. Dulu, kita jugak yang kata pasukan kita ni terlalu mengharapkan pemain-pemain lama, coach tak nak ketengahkan pemain-main muda la. So, inilah masanya yang paling betul untuk menguji tahap kesetiaan dan kesabaran kita sebagai penyokong. Pada teman pasukan kita untuk musim ini lebih kurang sama dengan dengan skuad tahun 1996, 97 dan 98. Zaman peralihan dan bukannya zaman kejatuhan.

    Teman pun memang nampak kelemahan pasukan kita terutamanya di bahagian tengah. Pasukan kita tiada pemain tengah yang kreative untuk jadi nadi penggerak kepada pasukan. Tiadanya pemain midfield yang boleh menghasilkan gerakan-gerakan dan mencipta ruang untuk rakan sepasukan melakukan sesuatu. Ini menyebabkan coach dan krew jurulatihnya terpaksa mengambil risiko dengan menurunkan seberapa banyak pemain yang ada untuk dicuba. Dan teman rasa ini adalah masa yang sesuai sangat, kalau tak bila lagi. Seperti juga ex-coach kita iaitu En Karl Heinz Weigang yang berani menurunkan ramai pemain baru di zaman kendaliannya dan hasilnya adalah untuk jangka masa panjang. Maka lahirlah barisan pemain-pemain yang pernah kita sanjung sebelum ini. Kehadiran pemain berpengalaman seperti Arsyah Ayob dan Megat Amir Faisal pula nampak seperti tidak memberikan sebarang impak kepada pasukan malah ketua pasukan juga kerap kali dilihat melakukan kesilapan yang tak sepatutnya. Dengan pretasi yo yo seperti Arsyah Ayob memang jelas sekali memungkinkan beliau untuk lebih memanaskan bangku simpanan lagi. Menjaringkan gol juga tidak sepatutnya terhad kepada pemain penyerang sahaja, malah pemain-pemain di posisi lain juga sepatutnya mengambil peluang tersebut. Inilah masalahnya sekarang.

    Namun begitu teman dan beberapa lagi penyokong setia pasukan tetap optimis dengan barisan pemain-pemain dan panel-panel jurulatih musim ini. Memang teman tak mengharapkan sebarang kejuaraan namun lihatlah kemampuan pemain-pemain dan panel jurulatih sehingga sekurang-kurangnya mampu untuk mara ke suku akhir seperti yang telah mereka lakukan. Ayuh para pemain dan jurulatih-jurulatih bangkit semula dan jangan jadikan kegagalan mengutip tiga mata penuh pada malam lalu membawa anda ke arah kegagalan yang berterusan. Pedulikan kata-kata busuk segelintir manusia yang memang suka menjatuhkan dan melihat anda gagal. Kuatkan tahap disiplin lagi diharapkan bagi para pemain kerana disiplin adalah penentu arah tuju anda dan sentiasa berkerajasama antara satu sama lain. Ok..., you will never walk alone.....

    Apa yang penting..... kerjasama!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. apulah

    Yob !!!!! jangan ambil ringan sokongan kami ni.... letih kita tengok pasukan kita kalah dengan team yang tak kuat. rasa lemah semangat yob kita orang jadinya. usaha kuat sikit lagi, buat miracle sikit tahun ni. tak menang piala tak pa tapi kalahkan team kuat sebelum habis musim ni ok?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.