TM Liga Super – Perak Vs Kedah (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Mei 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan ke 17 dari 26 perlawanan keseluruhan dalam kempen TM Liga Super 2009 untuk skuad Seladang adalah bertemu sang Kenari di Ipoh malam esok. Pada pertemuan pertama di Alor Setar, Perak tumbang dengan jaringan 3 – 1 di tangan pasukan Kedah.

Perak telah tumpas berturut-turut pada 4 perlawanan terakhir liga super dan hanya menduduki tangga ke 10 liga berbanding Kedah di tangga ke 4. Hanya kemenangan sahaja pengubat luka di hati peminat bolasepak Perak yang semakin kecewa kini.

Khidmat Saufi Sa’aidi yang menjaringkan gol tunggal sewaktu tewas kepada Kuala Muda tempohari, tidak dapat digunakan akibat menerima dua kad kuning pada perlawanan itu yang menyaksikan Perak beraksi dengan 10 orang pemain pada baki 5 minit terakhir permainan.

Dengan ketiadaan beliau sewajarnya Razali Umar digandingkan dengan Hafiz Abdul Rahman dibahagian serangan kerana sumbangan Hafiz Abdul Rahman sewaktu beraksi dibahagian tengah kurang berkesan akibat terlalu kerap kehilangan bola kepada pemain lawan.

Ketua jurulatih, M. Karuthu seharusnya meletakkan pemain yang terbaik untuk beraksi pada posisi mereka dan merangka strategi berkesan dalam mengekang serangan dari bahagian sayap Kedah yang kerap membuat hantaran lintang kepada pemain mereka di tengah.

Semua pemain yang dipilih beraksi buat pasukan Perak sepatutnya sedar bahawa prestasi terkini pasukan sudah semakin merosot dengan kekalahan demi kekalahan walaupun tiada sebarang masalah gaji seperti yang terjadi kepada pemain-pemain musim lalu.

Sudah tiba masanya untuk Pihak Pengurusan Bolasepak Perak melakukan satu langkah drastik atau post mortem dalam mengenal pasti punca dan masalah yang menyebabkan prestasi pasukan semakin menjunam.

Kesebelasan Pilihan Penulis:

GK | Megat Amir
RB | Mohd Nor Hazrul
CB | Mohd Hafiszuan
CB | Chun Keng Hong
LB | Isma Alif
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | Wan Hossen (B20)
LM | K. Thinagaran
FW | Razali Umar
FW | Hafiz Abdul Rahman

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kedah (review)

  1. sunrise

    salam

    Diharapkan perlawanan kali ini M.Karuthu dapat meletakkan pemain pemain ditempat yang asal......jangan jadi seperti perlawanan ketika menentang KM NAZA dan kebanyakkan perlawanan sebelum ini, pemain yang sepatutnya bermain di bahagian pertahanan diletakkan di bahagian tengah, cuba kita letakkan enjin motorsikal ke kereta apa akan jadi pada kereta tersebut?.

    M.Karuthu tolong jangan jadi jurulatih yang berperasaan syok sendiri. Anda harus ingat pemain pemain Perak memerlukan sesuatu untuk mereka dapat mempamerkan persembahan yang bermutu. Diharapkan Penolong Jurulatih Raja Azlan dapat memberi pendapat yang bermakna demi masa depan skuad Perak. M.Karuthu seandainya anda tidak mampu melakukan strategi yang bagus pada perlawanan kali ini tolonglah minta pendapat yang baru dari penolong penolong anda contohnya Raja Azlan dimana beliau sebenarnya adalah jurulatih yang bagus dalam merangka sesuatu strategi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Post Mortem. Bukan perkara baru. Sepatutnya, ianya menjadi agenda penting dalam apa jua yang dilaksanakan. Setiap kali habis sesuatu perlawanan, buat kajian selidik atau bedah siasat atau Post mortem.

    Sekarang belum terlambat untuk melakukan sesuatu yang drastik. Selesaikan masalah dalaman yang mungkin ada.

    Hanya kemenangan dapat mengubah persepsi dan andaian buruk peminat-peminat Perak khasnya.

    Berusaha Berfaedah! Skor Yob!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. danie

    salam,
    semoga team muda Perak dapat menunjukkan prestasi yang baik malam esok..... doakan kecemerlangan team muda kita...... setuju sangat kesebelasan pilihan penulis , harap jurulatih Karathu dapat menyusun strategi yang terbaik, jangan ulangi sistem lama dan mampu mengubah kedudukan....insyallah.
    good luck!!!!!! yob....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster

    Berita Terkini:

    Kemungkinan besar Nor Hazrul dan Hafiszuan tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan.

    Harap Maklum

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam..

    diharapkan....diharapkan...dan terus mengharap players dapatlah menunjukkan bagaimana bola sepak itu dimainkan dengan sempurna..sekian.

    -glory glory man utd-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    salam...

    pulihkanlah semangat anda
    kuatkanlah jatidiri anda
    jauhilah segala kelemahan diri anda
    menanglah, karna peminat setiamu masih bersama anda

    duit tiket duit parking adalah kami
    bersorak berteriak adalah kami
    kibaran putih kuning hitam adalah kami
    menanglah, karna perak negeri kelahiran kami

    segalanya bukan kami yang menentukan, anda yang menentukannya... fahamilah pengertian kami...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anip

    Salam.

    Tunjukkanlah sesuatu yang bermakna wahai pemain sekalian. Bukan emas atau permata yang penyokong mahukan tetapi sekadar permainan bola sepak yang menghiburkan. Kedah bukanlah sekuat yang disangkakan andai gaya 20 minit pertama permainan ketika bertandang ke Darul Aman 16 Mei 2009 disajikan.

    Selamat berjuang!!!
    Salam perjuangan!!!
    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. zul_united

    Salam..
    Selamat berjuang wahai pemain-pemain Perak yang ku harapkan...
    Lupakan sengketa yang berlaku...
    Masuknya anda ke dalam padang tetap kami iringi dengan doa...
    Kegembiraan anda adalah kegembiraan kami jua...
    Kesedihan anda adalah kesedihan kami jua...
    Biar dicemuh,biar dicaci,kami tetap TEGUH menyokong di belakang anda...
    AYUH!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Ayuh seladang, kembali bertenaga...!!!
    Pamerkan aksi yang meyakinkan...
    Wujudkan persefahaman yang mantap...

    Berkerjasama antara satu sama lain,
    bertindak mengikut arahan jurulatih...
    Fokus dan jangan sesekali sambil lewa dalam
    situasi yang kalian jangkakan mudah...

    kalian sudah cukup matang dengan pendedahan
    perlawanan yang kalian tempuhi sebelum ini....
    namun adakah kalian rasa perlawanan itu hanya sekadar
    perlawanan tanpa kalian menitik beratkan corak perlawanan
    dan strategi?

    Berusahalah demi mencapai cita-cita kita,
    'KITA' bermaksud kalian dan juga kami
    antara penyokong yg setia...

    capai matlamat kita.. (top 5)
    Sajikan semangat lawan yang kental...

    'Jangan Tipu Diri Sendiri..!!!'
    seolah-olah tanam padi tapi mengharapkan gandum....

    Sanggupkah kalian melihat pasukan lain kecapi kemenangan, sebaliknya kita alami kekalahan..?

    jangan jadi seperti golongan, 'People who see thing happen'
    sepatutnya jadi golongan yang 'people who make thing happen'..

    dan jika kalian gagal lagi, kalian dengan rela hanyutkan
    diri kalian dalam golongan yang berkata 'Haaa?What happen??' setelah kekalahan itu kalian hadapi...

    Berusahalah seladang...
    Tunjukkan semangat lawan yang membara...
    sekalipun tewas titisan peluh yang membara itu cukup
    menunjukkan kalian sudah berusaha sehabis kuat...

    Ayuhhhh Seladang Mantap!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. doyan

    sekarang ini...rasanyer momentum semangat peminat sudah menurun ke tahap minima.dikalangan pemain2 kita entah ler.tinggal ler sokongan tidak berbelah bagi dari kelab peminat dan kumpulan2 peminat maya seperti seladang.net. seperti di Teluk Intan ini...rata2 peminat2 yang kecewa mengatakan pemain tidak dapat gaji. Kesimpulan dari mesej aku......tolong ler buat sesuatu dengan game Perak vs Kedah.kita perlu suntikan semangat kemenangan dari game ini untuk pemain,jurulatih2 Perak dan juga peminat.

    aku,doyan.....berikrar akan menyokong Pasukan Bolasepak Perak walau jatuh atau bangun.

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.