TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Mei 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 0 Kedah

Setelah tewas 4 kali berturut-turut sebelum ini, Perak membuat kejutan apabila menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 1 – 0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada minit ke 47 separuh masa kedua hasil hantaran Khalis Ibrahim.

Gol tersebut meletakkan Razali Umar selaku penjaring terbanyak pasukan dan Liga Super dengan 10 gol. Aksi kedua-dua pasukan seimbang dengan saling berbalas serangan sejak dari mula permainan. Mungkin tuah menyebelahi pasukan Perak apabila berjaya menyudahkan peluang yang terhidang untuk diterjemahkan menjadi gol.

Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya ikuti perlawanan tertunda yang disiarkan oleh RTM 1 pada pukul 12:30 malam ini.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
Mohd Hafiszuan
Mohd Nor Hazrul
K. Thinagaran – 2
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif – 3
Khalis Ibrahim (B20)
Hafiz Abdul Rahman – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Wan Hossen – 1
Zahiruddin – 2
Khairol Izzat – 3

Keputusan Perlawanan Lain 26 Mei 2009:

Kelantan 1 – 0 Plus FC
Stadium Nasional Bukit Jalil

Terengganu 3 – 2 Johor FC
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

  1. belanak

    salam...

    syukur dengan kemenangan berharga malam ini... semoga keputusan yang positif juga pada perlawanan akan datang...

    kepada semua pemain... tahniah dan jangan mudah putus asa.. teruskan semangat juang kalian tanpa mengenal penat dan ayuh bangkit...

    kami sentiasa mendoakan akan keputusan yang positif dan ayuh kita gembira bersama...

    apa yang penting... KERJASAMA..
    apa yang penting... KERJASAMA..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam...

      nanti-nanti...sebelum tu ayop nak luahkan.. syukur ke hadrat ilahi kerna kemenangan yang perak kecapi..alhmdulilah akhirnya budak-budak tu memahami erti sebenar perjuangan..ayop terkejut bila tengok delay kat rtm malam tu, sebelum main, ada player kita baca doa, kebetulan masa tu lensa kamera tunjuk, dan kata-kata semangat dari jali untuk kawan-kawan lain.. allah mendengar dan melihat perbuatan kita, kita meminta dia memberi, nah!! hasilnya, kita menang 1-0, bagus... teruskan perjuangan anda.

      NOTA DARI ADMIN:

      SILA BACA ARTIKEL INI TERUTAMA NO 6

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Adakah ini cukup? Adakah semua penyokong puas hati sekarang?

    Terpulang kepada masing-masing punya pandangan. Tengok sendiri permainan keseluruhan dan nilaikan. Pada saya, permainan pada malam ini ada perubahan.

    Walaupun, pada separuh masa pertama, nampak goyang sedikit, namun pada separuh masa kedua dengan kemasukan Wan Hossen berjaya merubah tempo permainan.

    Wan Hossen muncul dengan kualiti permainan yang berlainan dan ada peningkatan. Ini lah yang kami harapkan. Beliau nampak agak tenang mengawal bola dan bertindak berani dengan melakukan beberapa percubaan jauh yang harus diberi pujian. Pujian ini adalah kerana sikap 'ambitious' yang ditunjukkan.

    Ternyata ada lagi kelemahan asas yang dilakukan yang tidak perlu diulas lagi. Sedari kesilapan dan betulkan segera. Tahniah! Dan teruskan rentak kemenangan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Ada penambahan setelah di 'rewind' kan apa yang saya perhatikan semalam.

      Pertahanan Perak semalam adalah yang terbaik. Tahniah. Pada babak pertama Chun banyak 'miss'. Paling ketara apabila beliau nampak tidak yakin untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan melakukan tendangan yang 'sipi' yang terkadang mengundang cuak kepada penjaga gol dan kami penyokong.

      Tapi pada babak kedua, pertahanan kita makin kuat dan sukar ditembusi dan Chun Keng Hong adalah individu yang patut diberi pujian kerana rajin dan lebih bertungkus-lumus untuk mengawal keadaan. Pada saya dia berjaya memegang watak selaku Kapten semalam.

      Kedah semalam mencuba dari segenap sudut. Pelbagai variasi serangan dicuba, namun mereka tetap gagal memecah kebuntuan. Ingat, Kedah memiliki barisan serangan yang ampuh dan sukar dihalang, tapi semalam kita berjaya mengekang gerakan mereka.

      Jangan terlalu bergembira. Beringat-ingat sebelum terkena. Kelemahan yang ada atasi segera.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. 8

    Salam.....

    Pertama sekali TAHNIAH diucapkan pada pemain,jurulatih,pengurus & juga pada peminat2 bola sepak PERAK diatas kemenangan bertemu Kedah...

    Pada pengkritik2 yang tak jemu2 mengkritik reputasi skuad Perak Jr, terima kasih dengan segala kritikan anda yang membina..

    Yahooooo begitulah betapa seronoknye teman apabila wisel penamat ditiupkan, sudah lama teman menanti 3 mata berharga ini.. akhirnya terlaksana jua di depan ratusan penyokong sendiri..

    Apabila bertemu dengan team yang kuat, begini lah jadi nye pada Perak, dengan semangat sang seladang yang kental.. teman cukup2 kagum dengan persembahan pasukan teman ni, walaupun ada beberapa kelemahan tapi diharap dapatlah Mr.Karathu perbaikinya selepas ini..

    Tabik teman pada barisan pertahanan Perak yang begitu solid & mantop pada malam ini mengekang segala asakan dari Kedah.. diharap dapat diulangi persembahan mantop ini pada 16 jun nanti bertemu Selangor..

    barisan tengah pula agak kelam-kabut diawal permainan tapi dapat mengimbanginya semula pada separuh masa kedua, dan kemasukan Wan Hossen banyak mengubah rentak permainan Perak selepas itu..

    Akhir kata= GO GO chayok Peraaaaakkkkk....
    WE ARE PERAKIAN.... YEZZZAAA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam...

    Tahniah kerana pasukan berjaya menghilangkan badi kekalahan keatas pasukan Kedah,dalam tempoh 3 tahun pasukan Perak berjaya menang 2 kali keatas pasukan Kedah dengan jumlah jaringan yang sama dan di stadium yang sama.
    Tahniah juga kepada M.Karuthu kerana telah meletakkan pemain pemain di posisi yang tepat,terutama Wan Hossein yang telah diletakkan sebagai attacking midfielder dimana posisi asal beliau dalam skuad piala Presiden.

    Keseluruhan corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan Perak agak memuaskan walaupun dibahagian serangan agak kurang menyengat. Diharapkan selepas ini M.Karuthu dapat memberikan latihan terhadap taktikal dengan lebih mendalam dimana masih jelas dan nyata pemain pemain ini masih kurang terhadap ilmu tersebut. Seandainya selepas ini mempunyai perlawanan persahabatan berilah peluang pula kepada muka muka yang tiada tempat didalam kesebelasan utama untuk mempamerkan persembahan mereka dan mendapat sentuhan yang berbisa dari mereka. Kita tidaklah boleh hanya mengharapkan tenaga pemain pemain dalam skuad kesebelasan utama sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Tahniah! Walaupun hanya menang tipis namun itulah yang membezakan kita menang mahupun kalah. Syabas buat para pemain dan barisan kejurulatihan yang kembali sedar dari "lamunan".

    Teruskan rentak perjuangan tanpa mengenal jemu. Tidak musatahil buat Perak mendapat kedudukan lima pasukan terbaik liga super. Masih ada peluang dan ruang masa bagi melakukannya.

    3 minggu berehat walaupun pada dasarnya menggugat momentum kemenangan ini namun inilah masa buat semua membaiki dan menilai kemampuan masing-masing. Majukan diri wahai para pemain. Pelbagaikan taktik wahai para jurulatih. Teruskan sokongan wahai para penyokong.

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    alhamdulillah...menang jugak kita dengan Kedah selepas kemenangan terakhir kita di stadium ipoh semasa dolaye menjaringkan gol kemenangan dengan 2-1.tahun udah lupa.

    aku nih dah lama tak pergi stadium.game terakhir pun masa bertemu Selangor di ipoh.mungkin dengan kemenangan ini dapat menyemarakkan untuk aku menjejaki stadium ipoh yang kian kurang peminat kalau dilihat di kaca tv semalam

    pertahanan tetap seperti dulu...ampuh.keeper pun bagus...ada peningkatan.Razali Umar bijak mencuri peluang yang terhidang...itulah dinamakan striker sejati.

    Thinagaran,kalau di ikutkan,rasa kurang sesuai untuk dia bermain di dalam 1-11 kerana selalu menghancurkan rentak serangan mengejut Perak tetapi kalau di ikutkan kepada pengganti beliau iaitu Zahiruddin....baik la letak Thinagaran walau kurang memuaskan pun.

    kesimpulan bagi aku...Perak dapat pertahankan kedudukan kekal dalam MSL bagi musim depan...udah kira alhamdulillah tetapi mungkin kita boleh mengejar kedudukan yang lebih bagus dari no 10 kalau mengikut semangat pemainan pasukan kita

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Tahniah atas kemenangan. Semoga dapat mengekalkan tempo kemenangan untuk perlawanan yang seterusnya nanti. Selamat berjuang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. myo abol as

    Tahniah diucapkan buat para pemain dan panel-panel jurulatih pasukan Perak di atas kemenangan malam kelmarin. Satu kemenangan yang tak disangka juga apabila melihatkan kepada status pasukan lawan. Walaupun teman tak berada di stadium, dengan hanya menontonnya di kaca tv dapat dilihat juga kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain.

    Walaupun banyak bertahan terutamanya pada separuh masa pertama namun para pemain tidak menunjukkan aski yang lembik dan teman kira berjaya juga mengimbangi rentak pasukan lawan. Second half mula menampakkan sedikit usaha dari para pemain untuk cuba menguasai perlawanan. Ini dapat dilihat pada awal minit separuh masa kedua sehingga berjaya mendapatkan gol. Bahagian tengah juga nampak kemas sikit kalau nak compare first half. Mungkin disebabkan dengan kehadiran Wan Hossein. Permainan Wan Hossein juga nampak kemas sikit berbanding sebelum ini. Teman rasa posisi Wan Hossein semalam nampak sesuai dengan beliau berbanding jika diletakkan di bahagian sayap. Lagipun dari segi fizikal beliau memang punya fizikal yang sesuai untuk beraksi sebagai center midfield. Teman juga nampak ada beberapa gerakan-gerakan yang cuba dihasilkan oleh beliau. Perlu diberikan peluang lagi kepada beliau untuk beraksi lebih lama tapi Wan Hossein kenalah lebih fit lagi stamina anda. Nampak juga macam cepat penat je, sebab kerap kali dok pegang pinggang je.

    Bagi Hafiz Abdul Rahman pula, teman rasa elok letak reserved je. Dia ni rajin juga cuma selalu sangat lost and lose ball di tengah padang. Kesimpulannya, persembahan beliau semalam tidak menunjukkan kekemasan. Elok letak sebagai supersub je sebab dia ni boleh juga digunakan untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Sama la jugak dengan Thinagaran, bawak bola ok tapi bila passing memang kantoi. Kedua-dua pemain ni punya kelebihan dari segi larian dan teman rasa elok kalau letak deme ni sebagai supersub. Masukkan bila pihak lawan dah nampak letih. Buat macam LKK, dari supersub sampai dah jadi regular player. Permainan beliau pun jadi meningkat lagi.

    Respek juga kepada barisan pertahanan pasukan Perak dan teman rasa persembahan barisan pertahanan kita semalam boleh kata antara yang terbaik le sepanjang teman dah tengok deme bermain walaupun tanpa kehadiran Subra, Fauzi dan Ben. Dan man of the match semestinya Chun Keng Hong le. Tak lupa juga buat goalkeeper kita iaitu K. E. yang beraksi baik dan syabas kerana berjaya membuatkan pemain yang lebih senior dari anda untuk duduk di bangku simpanan.

    Ternyata strategi jurulatih dalam mengimbangi rentak persembahan pasukan lawan malam itu berjaya sehingga membuatkan raut wajah pasukan lawan macam bengang dan fed-up je lantas bersikap terlalu gelojoh. Paling tak tahan teman tengok bila Razali Umar dikawal oleh 2-3 pertahanan pasukan Kedah. Kecut juga deme ni rupanya, tu belum jadi star macam Khalid lagi. Cuma teman mengharapkan agar pasukan kita dapat lebih banyak lagi mempamerkan aksi menyerang. Takkan nak bertahan je.

    Last but not least, diharapkan kemenangan tersebut dapat memberi petanda baik buat pasukan dan juga penyokong. Teruskan perjuangan.

    NOTA DARI ADMIN:

    SILA BACA ARTIKEL INI TERUTAMA NO 6

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. irKupa

    salam..

    tahniah teman ucapkan buat pasukan perak. walaupon tidak ke stadium, tapi diharapkan persembahan pasukan adalah meyakinkan serta perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. perbaiki kedudukan liga. mantapkan permainan...syabas.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.