TM Liga Super – My Team Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 5 Mei 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah bertemu pasukan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perak perlu memenangi perlawanan ini setelah tewas “mengejut” kepada pasukan Pulau Pinang 0 – 1 pada hari sabtu lalu.

Skuad seladang dijangka dapat membariskan kembali 3 tonggak utama yang menjalani penggantungan 1 perlawanan tempohari iaitu penyerang utama, Razali Umar, pertahanan kanan, Mohd Nor Hazrul dan pemain tengah, Mohd Arsyah Ayob.

Ketua jurulatih Perak, M. Karuthu sewajarnya mampu untuk merencanakan strategi yang lebih berkesan dengan kembalinya ketiga-tiga pemain utama ini selain mempunyai beberapa pilihan pemain lain seperti Saufi Sa’aidi dan Benedict Martin.

Ingatan penting kepada Hafiz Abdul Rahman supaya lebih banyak membuat hantaran kepada rakan lain sewaktu menyerang kerana beliau dilihat terlampau banyak cuba menggelecek pemain lawan dan sering kali pula kehilangan bola apabila berbuat demikian.

Barisan pertahanan juga perlu bertindak lebih baik dengan mengurangkan kesilapan-kesilapan yang membawa padah. Dua benteng tengah iaitu K. Puvinderan dan Chun Keng Hong perlu lebih pantas memintas bola lambung melalui hantaran lintang pihak lawan.

Barisan pemain tengah seperti Nazri Kamal, Isma Alif, Khalis Ibrahim dan Arsyah Ayob perlu lebih kreatif dalam merencanakan gerakan di tengah sambil mengintai peluang untuk melakukan percubaan secara solo yang mampu menghasilkan gol kepada pasukan.

Perak yang menduduki tangga ke 7 liga kini perlu melakarkan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan tersebut. Pasukan di bawah seperti Terengganu dan Kuala Muda mampu untuk memintas pasukan Perak jika kita tewas pada perlawanan ini.

Kepada penyokong bolasepak Perak yang berada di sekitar Lembah Klang jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam esok bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Perak bersama ahli-ahli SDN yang lain.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Mohd Nor Hazrul
Chun Keng Hong (K)
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Nazri Kamal
Isma Alif
Razali Umar
Hafiz Abdul Rahman

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – My Team Vs Perak (review)

  1. sunrise

    salam.....

    saya mengharapkan pemain pemain akan dapat menunaikan tanggungjawap masing masing ditengah padang secara jujur jujurnya,kerana anda dibayar gaji,kerana anda memiliki penyokong dan kerana anda mempunyai maruah diri. Diharapkan juga M.Karuthu dapat meletakkan pemain ditempat yang sepatutnya dan melakukan strategi yang terdaya untuk dilakukan oleh pemain pemain. Tidak perlu melakukan strategi terlalu pantas seperti kilat kerana ianya bukanlah jaminan 100 peratus untuk kecapi kemenangan,apa yang penting serapkan satu strategi yang mampu untuk mengelirukan pasukan lawan ianya lebih berkesan. Saya sebagai peminat dan penyokong setia skuad Perak bersetuju 100 peratus dengan barisan kesebelasan utama yang dicadangkan oleh penulis,kerana ini adalah barisan yang mampu menjadi pencabar pasukan tuan rumah. Cuma apa yang lebih penting kemenangan wajib untuk skuad Perak menang,seandainya tewas maka jurulatih harus dipersalahkan 70 peratus dan pemain pula 30 peratus. Jangan sia siakan kami wahai skuad Perak tanpa kami siapalah anda semua. Fikir fikirkanlah..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salam.

    Hanya kemenangan yang diperlukan dalam perlawanan ini. Jika kalah sekalipun biarlah bermain dengan penuh semangat juang yang tinggi di samping kreativiti yang direncanakan. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Gunakan kesempatan sebagai seorang pemain yang terpilih bagi melaksanakan misi pasukan.

    Selamat maju jaya. Teruskan usaha. Tingkatkan kerjasama. Lebihkan prestasi konsisten.

    Kejor Yob kejor.
    Skor Yob Skor.
    Kejor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. hasan

    assalammualaikum......
    saya berharap agar malam ni semua pemain muda kita dapat menunjukkan mutu permainan yang cantik. walaupun kita tewas di ipoh tempoh hari jangan jadikan ia sebagai peluntur semangat. di ipoh saya tengok mutu permainan yang dipamerkan memang cantik cuma kegopohan segelintir pemain yang banyak mensia-siakan peluang yang ada. saya harap malam ni singkirkan sikap gelojoh serta pamerkan mutu permainan yang cantik. saya juga berharap agar mutu pengadilan yang bermutu daru pengadil yang mana saya lihat di ipoh pengadil macam tiada semangat untuk mengadili game malam itu. pengadil seakan lemah je malam tu. buat jurulatih jangan terlalu menekan sangat pemain muda kita. berikan semangat pada mereka agar kita tidak pulang hampa. come on seladang. kita boleh maju jika semangat kita jitu. amuk seladang amuk biar mereka remok. skor yoep skor.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam...

    Jika kegagalan yang lepas disebabkan dari beberapa player kita yang suspended,so harap game malamni "mesti mau menang"ini berikutan dari sekembalinya ayam tambatan Yop yang dijangkakan bakal membuat satu pembalasan paling kejam dalam abad ini untuk maruah pasukanya yang dikecewakan di tempat sendri sabtu lepas.

    Jika sebaliknya,kita kena akur yang ini adalah team terbaik bagi season ni yang mampu kita sediakan and boleh dikatakan prestasi Yo-Yo 100%.

    Diharapkan player yang lemau bangkit menerusi game malamni serta buktikan yang moral kome masih ditahap untuk meneruskan misi pasukan selain membuktikan value added yang ade pada diri kome selaku player yang terbaik pernah pasukan Yop lahir serta kemukakan bagi memperjuangkan maruah kita selaku pasukan elit bolasepak ditanah air kita ni.

    So,akibat kekecewaan yang amat pada game minggu lepas,teman mensasarkan kemenangan selesa tanpa balas bagi pasukan kita tanpa pandai memberikan alasan bodoh lagi!!Perak 4- 0 UPB Myteam.

    Majulah Yop majulah!!!Ayuh jangan mundur lagi!!!

    Sekian,wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.