TM Liga Super – My Team Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 5 Mei 2009
Stadium MBPJ Kelana Jaya
8:45PM

My Team 2 – 1 Perak

Perak tumpas kepada pasukan tuan rumah, My Team 2 – 1 pada perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009 malam tadi. My Team bermula garang apabila mengejutkan pasukan pelawat seawal minit ke 17 melalui rembatan jarak dekat oleh Depan Sakwati.

Secara keseluruhan permainan lebih banyak dikuasai oleh pasukan My Team dengan serangan yang lebih teratur. Perak pula lebih banyak bertahan dengan sekali sekala menyerang balas melalui hantaran jauh namun sering kali tersasar jauh.

Jentera serangan Perak sedikit bernafas apabila Razali Umar dimasukkan pada minit ke 25 menggantikan Benedict Martin. Pada minit ke 39, Zamri Chin mudah menolak bola masuk selepas rembatan leret beliau gagal ditampan kemas oleh Kamarul Effandi.

Selepas jaringan itu, Perak dilihat lebih banyak melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan dan hasilnya pada minit ke 45 separuh masa pertama, Razali Umar meledakkan gol tunggal pasukan sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, pasukan tuan rumah mengasak sebaik wisel ditiup namun gagal menghasilkan sebarang gol. Chun Keng Hong mengutip kad kuning kedua dan seterusnya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana melakukan bentesan keras pada penghujung 15 minit terakhir separuh masa kedua.

Walaupun bermain 10 orang, para pemain Perak masih mampu bertahan dengan baik dan pada masa yang sama melancarkan serangan bertalu-talu pada babak-babak terakhir permainan tetapi sudah pun terlambat untuk mencari gol penyamaan.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Benedict Martin – 1
Arsyah Ayob
Khairul Izzat Jamaluddin (B20) – 3
Hafiz Abdul Rahman
Isma Alif – 2
Mohd Nazri Kamal

Pertukaran:

Razali Umar – 1
Saufi Sa’aidi – 2
Khalis Ibrahim – 3

Keputusan Perlawanan Lain 5 Mei 2009:

PDRM 1 – 3 Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman

Terengganu - Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
(Ditunda esok kerana hujan lebat)

Pahang 1 – 2 Selangor
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – My Team Vs Perak (result)

  1. zul_united

    Salam.
    Teman pun dah taknak cakap banyak sekarang ni.Dua kekalahan berturut-turut mungkin disebabkan tekanan yang sudah mula dirasai oleh para pemain.Mungkin pada awal musim pemain-pemain boleh bermain dengan baik kerana pada waktu itu para pemain masih tidak merasa tertekan.Tambahan pula,pada waktu itu para penyokong tidak terlalu mengharapkan apa-apa kejayaan dari pasukan 'Seladang Muda' ini.Namun,apabila skuad telah mula menunjukkan prestasi yang baik sehingga pada satu ketika dilihat mampu untuk mencabar pasukan 'Top 3',para penyokong sudah mula gelisah apabila melihat pasukan kita kalah sekaligus menekan pasukan kita supaya mencatat keputusan yang baik sehingga akhirnya,pemain yang merasa tertekan.Teman berharap agar pasukan ini akan bangkit semula.Menang atau kalah teman tetap akan berdiri di belakang kalian.AYUH!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Menyambung ulasan yang dibuat mike tu Zul,teman cukup tak gemor kalo deme (pasukan Yop) dah pandai berkata-kata dan cuba nak bagi alasan tu alasan ni.Sekali dua bolehla yop!!Kalo dah hari-hari orang yang boleh paham pun jadi kepala angin.Agak kejam tapi inilah realiti hidup kita yang sebenarnya dan kita perlu tahu semua ni.

      Sebenarnya,dimana "KPI" pasukan yang En. M.Karathu serta management inginkan? Level pasukan yang kita ada sekarang ni ditahap yang macamna? MILO bawah 18? SUKMA? President? Tolonglah jawab!

      Lately ni apa yang teman nampak,pasukan yang mampu memberi cabaran dan tentangan pada Perak adalah Selangor,Kedah,Perlis dan terbaru ni Negeri Sembilan dan Kelantan.Tapi mengapa dengan team yang bagi teman "makanan kita" je sebelum-sebelum ni kita tewas?

      Jangan kita persoalkan tentang team diluar sana pun pernah mengalami situasi sebegini!Please Jangan bandingkan!kerana bab buruk camni jangan kome pandai nak ikut orang lain.Bab baik haram tak ikut pun!kang teman kilas lebih lanjut nanti payah nak jawab pulak.

      Tak bolehla kerana tekanan miker jadi camni.Walhal miker sumer bukanya standard league leading pun.Harapan peminat pada kome pun takdelah tinggi mana Yop oi..kami pun paham.Tapi janganla letak level kome tu kat paras bawah benor.Satu lagi,mencipta sebuah sejarah gemilang orang akan ingati sampai mati begitu juga dengan mencipta sejarah kehancuran Yop.

      Sampai ke cucu and cicit orang ingat Yop!So dari sini belajarlah kita menghargai setiap peluang yang hadir didepan mata.Sebaiknya kita usaha untuk manfaatkanya.

      Teman tak nafikan sedikit sebanyak jadual perlawanan juga mampu tuk mengubah pencapaian sesebuah pasukan.Tapi disitulah peranan Head Coach dan player tuk menentu corak strategi yang baik.Tak semestinya strategi digunakan hanya dipadang.Itulah kayu penanda aras bagi kecekapan serta kecemerlangan Head Coach dan player untuk menyelesaikan setiap cabaran serta tekanan yang hadir.

      Bola Sepak terlalu luas dan mendalam maksudnya.Isilah setiap ruang dada kome dengan ilmu yang berguna.Kita mampu untuk merubahnya.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. khairol

    salam pertememuan..

    apa dah jadi? perlawanan menentang UPBmyteam memperlihatkan betapa pemain perak masih ketinggalan dalam permainan bolasepak..

    merujuk kepada perlawan itu, teman tak berminat bercerita soal mutu pengadilan, ia sudah menjadi lumrah.. apa yang ketara adalah pasukan ini sendiri masih terkial-kial dan seolah-olah seperti masih baru dibentuk. sedangkan liga sudah separuh perjalanan.

    kelemahan yang dapat di kesan

    1. Kamarul sering menampan bola. gagal menangkap kemas

    2. Chun seharusnya menyedari dia telah memiliki kad kuning, kenapa harus bermain mengikut emosi tatkala menjadi kapten pasukan.

    3. Hafiszuan gagal beraksi dengan baik sama ada di bek kiri atau kanan. menjadi lubuk pemain2 sayap UPBmyteam yang rata-ratanya amat pantas.

    4. central midfield seolah2 kosong. mudah di dominasi lawan. Arsyah kadangkala terlalu lama meyimpan bola. manakala bahagian sayap langsung tak berfungsi.

    5. serangan, masih bergantung harap pada Razali sahaja.

    6. di sudut keseluruhannya, pemain kena buang budaya membuat hantaran tanpa tujuan, tidak kepada rakan atau lebih tepat lagi, hantaran entah ke mana-mana..

    melihatkan kehadiran penyokong yang semakin merosot, di harap pihak yang berkenaan dapat melakukan sesuatu demi menjaga martabat pasukan kesayangan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam.

    Bermula dengan keputusan seri dengan KL Plus diikuti dengan kekalahan kepada P.Pinang dan semalam tewas lagi kepada UPB Myteam.

    Apa yang malangnya adalah, gagal menumbangkan pasukan 'bawahan' dalam Liga Super. Kenapa? Itulah persoalannya. Perlawanan semalam agak mengejutkan dari segi kesebelasan utama yang disenaraikan oleh M Karuthu. Beliau bertindak berani dengan 'menyimpan' seketika Razali dan Saufi dan menggunakan khidmat Khairul Izzat sebagai 'Single Striker' dengan formasi 4-5-1.

    Pertaruhan ini, 'mungkin' berasaskan prestasi semasa pemain-pemainnya yang 'mungkin' beraksi baik dalam persahabatan sebelum ini. Semalam Benedict Martin bertindak selaku 'Midfielder' cuma 20 minit di separuh masa pertama dan selepas itu digantikan oleh Razali Umar yang masuk untuk digandingkan dengan Khairul Izzat yang nampak tumpul sepanjang 20 minit pertama.

    Selepas Razali masuk, Myteam menambah jaringan menjadikan kedudukan ketika itu 2-0. Apa yang menariknya, dengan kemasukan Razali, pertahanan Myteam nampak kelam kabut dan bermulalah aksi serangan menyerang yang akhirnya pada lewat separuh masa Razali berjaya merapatkan jurang gol dengan jaringan yang agak menarik.

    Separuh masa kedua, permainan seolah-olah seimbang dan kadangkala agak membosankan dengan menyaksikan beberapa pemain tengah kita seperti Arsyah Ayob yang kerap kehilangan bola walaupun dia mampu membuat hantaran jika cepat bertindak. Bukan sekali malah berkali-kali. Kemasukan Khalis dan Saufi di babak kedua berjaya mengubah corak permainan.

    Walaupun serangan biasa, namun saya tetap bangga dengan 'ball possesion' yang menjadi milik kita. Banyak serangan terbantut apabila barisan tengah sering 'tersangkut' walaupun sekali sekala Razali berjaya melepasi pertahanan lawan tetapi gagal menyudahkan peluang kerana bukan seorang mengawal beliau malah dua atau tiga orang membayangi beliau.

    Lebih parah apabila Chun Keng Hong dilayang kad merah setelah mengutip kad kuning kedua di pertengahan babak kedua. Namun itu tidak menjejaskan rentak permainan kita.

    Cuma ingatan untuk pemain tengah, jangan ulangi kesilapan seperti semalam, hilang bola sedangkan bola dalam kawalan. Sebaiknya, sentiasa 'intercept' kedudukan sahabat lain dan main 'One Touch' atau 'Two Touch' supaya pihak lawan tidak sempat berbuat apa-apa.

    Hafiz Abd Rahman ada menunjukkan kebolehannya dalam mengawal bola semalam dengan menggelecek sekurang-kurangnya 3 pemain lawan sebelum dihantar kepada Arsyah yang gagal menyambutnya dengan baik. Tindakan yang baik Hafiz kerana dikala kita buntu mencari ruang untuk menyerang, anda menggelecek dengan yakin, tetapi ingat, jangan diamalkan selalu untuk memelihara keistimewaan dan kejutan.

    Diharap, ada peningkatan selepas ini dari Penjaga Gol hingga lah penyerang termasuk pemain simpanan. Ingat, perlawanan akan datang lebih mencabar apabila kita akan menentang Kedah yang makin garang dua tiga menjak kebelakangan ini. Tidak mustahil kita boleh mengejutkan mereka tetapi perlu kerja keras dan bermain dengan lebih baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam...

    Hanya ada beberapa pesanan dan persoalan buat pemain-pemain yang teman hargai dan sayangi..

    Cerminkan diri kalian dan kata kan pada diri sendiri..

    Adakah diri ini sudah bersedia atau masih lagi terkial-kial dalam mencari keserasian bersama-sama teman seperjuangan?

    Adakah aku semata-mata "berkerja" sebagai pemain atau adakah aku memartabatkan maruah serta kegemilangan pasukan?

    Adakah aku mengalami tekanan?

    Apakah aku hanya boneka dan apakah kesudahannya kelak?

    Tepuk dada tanya hati kalian masing-masing... Semoga untuk perlawanan seterusnya ada sedikit perubahan walaupun tidak ketara tetapi sekurang-kurangnya kami selaku penyokong ingin melihat kita sama-sama gumbira dan memperbaiki kedudukan dalam liga.

    Fikirkan positif dan jadikan kata-kata semangat yang kami para penyokong bekalkan buat kalian sebagai satu azimat serta semangat dalam merperjuangkan martabat diri serta pasukan kesayangan kita semua... Ayuh.. jangan menoleh ke belakang lagi dan bangun/bangkit lah segera dari lena di ulit intan...

    Selamat maju jaya dan selamat berjuang...
    Skor Yob Skor..

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam..

    teman dah taktau nak cakap atau komen apa lagi..sekadar kembalikan kemampuan lalu yang digembar-gemburkan hebat2 belaka. kembalikan player di posisi asal, contohnya Hafiszuan. dia mampu mengawal centre midfield sebagai defensive midfield untuk lancarkan ball flow. player lain jangan takut nak score. Razali sila stay untuk next season, kalau mike keluar nanti, team ni akan jadi lagi teruk. bangunlah wahai perak.

    BASIC IS IMPORTANT...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ayop

    salam semua....bermula pada pemain sampai ker penyokong dan seluruh rakyat Perak.. pada pemain khas nya merujuk pada keadaan pasukan kita sekarang. ingin ayop melemparkan sebuah nasihat untuk di jadikan bekalan sebelum turun tranning dan seterusnya sebelum sepak mula. tak tercabarkah anda bila negeri kita di ayam-ayam kan negeri lain di atas padang, sedangkan kita punyai reputasi-reputasi yang perlu di banggakan,pernah menjuarai kesemua piala,pernah ada bintang yang kita lahirkan,pernah beradu di pentas antarabangsa,pernah memiliki penyokong yang terbaik,kamu orang muda. buktikan pada kami yang kamu juga antara yang terbaik. baru kita boleh sembang seiring dengan mereka yang kononnya terbaik itu.ayop tahu kamu bukan beraksi 100 peratus terbaik yang kamu ada masa lawan MyTeam haritu, masih ada lagi yang kamu simpan. buktikan!!! ayuh, buktikan wahai Perak negeriku

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam...

      Saya bersetuju sangat dengan pendapat Saudara Ayop. Pertama nya tentang sejarah Perak dalam Bolasepak di Malaysia, memang kita bukanlah asing. Ramai bintang-bintang tempatan yang telah dilahirkan.

      Tidak perlulah saya ulas secara lanjut kerana semua sedia maklum. Jadi pergunakan kelebihan anda yang masih muda untuk membuktikan segalanya secara TOTAL 100%.

      Pada satu ketika di awal musim 2009, anda sudah membuktikan yang anda mampu lakukan. Tetapi sekarang, apa alasan anda untuk mengatakan anda tidak mampu. Tiada tugasan lain yang diberikan kepada anda melainkan bolasepak.

      Jadi, buktikan 100% kehandalan anda.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.