TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kuala Muda 3 – 1 Perak

Perak kecundang kali ke 4 berturut-turut, kali ini kepada pasukan Kuala Muda dengan keputusan 3 – 1 pada perlawanan ke 16 TM Liga Super 2009 malam tadi. Dengan kekalahan ini, Perak kekal di tangga ke 10 liga dengan diekori rapat Plus FC ditangga ke 11.

Kuala Muda membuka jaringan seawal minit ke 2 permainan melalui bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal. Minit ke 29, Saufi Sa’aidi menyamakan kedudukan 1 – 1 buat pasukan Perak apabila menjaringkan gol kedua peribadinya dalam Liga Super.

Pada separuh masa kedua, M. Karuthu membuat pertukaran dengan memasukkan Hafiz Abdul Rahman menggantikan K. Thinagaran namun corak permainan menjadi semakin buruk apabila Hafiz Abdul Rahman kerap kali dilihat kehilangan bola kepada pemain lawan.

Pasukan Kuala Muda berjaya menambah gol kedua pada minit ke 72 melalui pemain bawah 20 tahun dan gol ketiga pula dijaringkan oleh pemain senior, Anuar Jusoh untuk memastikan mereka mengutip 3 mata penuh di gelanggang sendiri.

Malang menimpa skuad seladang apabila terpaksa bermain 10 orang pemain pada baki 5 minit terakhir permainan gara-gara Saufi Sa’aidi yang menerima kad kuning kedua perlawanan yang menyaksikan beliau tidak dapat beraksi menentang Kedah selasa ini.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
Mohd Hafiszuan
Mohd Nor Hazrul
K. Thinagaran – 2
Mohd Nazri Kamal – 3
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20) – 1
Saufi Sa’aidi
Razali Umar

Pertukaran:

Khairol Izzat – 1
Hafiz Abdul Rahman – 2
A. Varathan – 3

Keputusan Perlawanan Lain 23 Mei 2009:

Selangor 3 -1 Kedah
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 5 – 1 Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 4 – 0 Pahang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 0 – 2 Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 2 – 0 Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

My Team 0 – 0 PDRM
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (result)

  1. syidi

    Salam..

    Dikala pasukan bawahan merangkak naik, kita sibuk menyusup ke bawah. Apa sebenarnya di sebalik semua ni? Harapan tinggal harapan. Saya amat yakin bahawa pemain bermati-matian dalam keadaan tertekan untuk menang.

    Namun, barisan kejurulatihan adakah sudah ketandusan idea untuk atasi masalah ini? Janganlah dicipta rekod Perak jatuh ke Liga Perdana musim depan. Saya tidak dapat menerima semua tu.

    Saya pasti, terlalu banyak tekanan dikala ini. Apa kata buat satu sesi percambahan fikiran bincang 'face to face' antara pemain dan jurulatih tanya masalah masing-masing, luahkan tanpa segan silu, dan jangan dihukum pemain yang menyinggung perasaan atau mencabar jurulatih.
    Mungkin dengan cara mendengar masalah sebegini dapat meringankan tekanan dalam diri masing-masing.

    Saya kurang pasti sama ada ianya telah dilakukan atau belum. Lebih baik diamalkan selalu untuk memastikan semua yang terlibat berpuashati dan tidak menyimpan dendam antara satu sama lain. Tidak molek kiranya ada cakap-cakap belakang yang kurang enak didengar.

    Percayalah, tim yang kuat mempunyai asas yang kuat. Kalau asas macam 'agar-agar' bertiangkan 'mentimun' maka kita dengan mudah berkecai macam 'istana pasir' yang terlerai dipukul ombak 0.05 meter je.

    Ubahlah, inilah masanya (ayat ni dah berkali-kali). Tapi kami tetap setia. Itu janji saya dulu, sebab saya bukan 'lalang'. Saya setia. Kalah, ada sebab. Itu masalahnya sekarang ini. Buat Post Mortem segera. 4 kali berturut-turut. Bukannya sedikit 12 mata kita hilang. Tidak mustahil jika menang 4 kali berturut-turut, kita berada di tempat Kedah sekarang.

    Bangun lah, M Karuthu, 'do something'! We Want Gol! And Win!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    salam...

    semoga game akan datang akan memberikan satu keputusan yang positif dan semoga pemain tidak hilang fokus...

    all the best... you all memang the best from the best.... yang terpilih... good luck and doa sentiasa bersama perjuangan kalian...

    apa yang penting... KERJASAMA..
    apa yang penting... KERJASAMA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. erie_sohor

    Salam..

    Ape dah jadi Yeop?? Kekalahan demi kekalahan..pastinya kami sebagai peminat setia sangat resah dengan keputusan sebegini...

    Saya pun kurang pasti ape yang terjadi di kem seladang buat masa kini..Diharap pihak pengurusan dan panel kejurulatihan dapat membuat post mortem secepat mungkin terhadap prestasi skuad kita ni..

    Ayuhh seladang Junior...
    Bangkit lah dari lamunan anda...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. wfzdin

    salam, teman cuma nak beri pendapat tentang kekalahan ini,,,,teman sokong dengan apa yang syidi katakan.. kita perlu sedar pemain perak tahun ni kebanyakannya masih muda masih ketandusan ilmu, perlu bimbingan sebaiknya... pemain tukar2 posisi macam mana nak serasi, sampai hujung musim tak mahir dengan posisi masing2.

    pilih pemain yang betul2 nak main untuk menang bukan yang mana coach suka.... main tak seberapa asyik muka tu je yang buat salah bagi peluang pemain muda tunjuk bakat kalau asyik duduk di bangku simpanan macam mana nak tahu, teman rasa ada pemain yang bukan kesukaan coach tapi boleh bermain dengan baik tapi tak diturunkan semalam, pemain yang beraksi dalam game persahabatan tak semua turun, kenapa?

    Karathu perlu tukar corak, jangan pilih kasih pemain muda perlu bimbingan bukan kutukan atau maki hamun, bermain dalam keadaan selesa kenal posisi masing2 dan kerjasama yang kukuh masih belum ada dalam team junior perak...... perlu buat sesuatu sebelum terlambat

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salam..

    sekalung tahniah, sejuta penghargaan buat semua pasukan perak...teruskan rentak ini buat menjamin 'kejayaan masa depan anda'...syabasss!!!

    -GGMU-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    salam pertemuan..

    perlunya kajian menyeluruh dari pihak pengurusan, jurulatih dan pemain.. mungkin ketiga-tiga pihak duduk bersama berdiskusi dan melakukan brainstorming bagaimana hendak mendapatkan keputusan yang baik.

    pihak pengurusan juga boleh membawa pemain kepada latihan yang bukan berbentuk bolasepak, tetapi berupa kursus latihan jatidiri seperti aktiviti lasak dan kemudiannya disatukan manfaatnya untuk permainan bolasepak. sebagai contoh, pemain dikumpulkan selama 3 hari 2 malam untuk menghadiri kelas motivasi, melakukan aktiviti seperti mendaki dan latihan berpasukan seperti apa yang dilatih di pusat latihan khidmat negara untuk lepasan SPM. di sini mereka akan melakukan aktiviti berjemaah termasuk solat.

    ini menjadikan mereka lebih rapat dan lebih mesra, lebih bermotivasi dan lebih berani berkeyakinan dalam perjuangan.

    semoga ketiga-tiga pihak yang berkenaan dapat mencari formula untuk menyelamatkan pasukan dari zon bahaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zul_united

      Salam.
      Teman bersetuju dengan cadangan saudara di atas.Bagi teman,dalam keadaan sekarang ini,ratusan perlawanan persahabatan pun tidak akan mampu mengembalikan prestasi pasukan seperti di awal saingan dulu kerana para pemain bukannya kekurangan dari segi fizikal sebaliknya mereka kini tertekan akibat kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukan Perak serta harapan menggunung para peminat untuk melihat pasukan Perak bangkit kembali.
      Teman juga berharap agar para pemain tidak terlalu tertekan ketika berada di padang dan meminjam kata saudara Syidi,anda sepatutnya lebih 'enjoy' ketika berada di padang.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam...

      Syabas!!

      Teman awal dulu lagi dah bagi cadangan sebegini..Tapi tiada sebarang action yang diambil oleh pihak berwajib.Sekadar omong kosong sahajalah yang mampu kita berikan.Mereka lebih bijak sehingga menjerumuskan pasukan sekritikal ini.

      Do what u want to do..

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. sunrise

    salam

    Diharapkan M.Karuthu dapat melakukan sesuatu demi masa depan pasukan dan penyokong penyokong setia. Seandai inilah keputusan setiap kali perlawanan maka M.Karuthu telah membuktikan kepada mata mata didalam malaysia ini bahawa anda bukanlah jurulatih yang bagus lagi,kerana anda tidak mampu membentuk sebuah pasukan yang mantap dikalangan pemain pemain yang ada sekarang.............Mungkin kekalahan ini bersebab tetapi ini adalah tugas jurulatih itu sendiri melakukan post mortem............Tiada apa lagi yang mampu untuk saya perkatakan kerana anda jurulatih sahaja mampu melakukan sesuatu untuk pasukan..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. razlan

    salam,

    nampak gaya sikit lagi Plus fc, Pulau Pinang dan Pahang pula akan memotong Perak.

    kepada pengurusan pasukan buatlah sesuatu sebelum terlambat. biarpun langkah drastik diambil, buat sahaja walaupun perit untuk melakukannya.

    diharap perlawanan menentang Kedah selasa ini dapat memberikan hasil positif

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Salam...

    Seandainya skuad mengerti isi hati peminat yang kian bergelora dan memberontak mahukan kemenangan serta kejayaan ini,tolonglah terangi serta berikan sinar baru dalam setiap kesamaran yang berlaku kini.

    Harapan yang kita canangkan bakal menemui kehancuran...

    Salahkah kami sebagai peminat berdiri tegar dibelakang pasukan??

    Salahkah kami sebagai peminat setia menegur serta memberikan khidmat nasihat sedaya mampu pada pasukan??

    Bukan memberontak,tapi kami mahukan satu resolusi yang aman damai serta permuafakatan syura sebagai satu method terbaik dalam menyelesaikan setiap permasalahan ini.Samada dari anasir luar mahupun dalaman kita sendiri.

    Teman yakin dan masih lagi mengharapkan sesuatu dari skuad yang bagi teman 'special' dan terlalu istimewa.

    Inilah skuad yang harmoni serta tabah serta cekal dalam mengharungi rancah onak dan duri dalam dunia bola sepak.

    CHAIYOK-CHAIYOK SELADANG!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.