TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 16 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan ke 15 TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertandang ke Alor Setar bertemu pasukan Kedah di Stadium Darul Aman. Perak pada perlawanan sebelum ini telah tewas kepada pasukan My Team di Kelana Jaya dengan jaringan 2 – 1.

Nasib skuad Kenari pula semakin baik apabila telah melonjakkan diri ke tangga ketiga liga setelah membenam cabaran Pulau Pinang di tempat lawan dengan keputusan 2 – 1. Mereka dipisahkan dengan jumlah 4 mata berbanding pendahulu liga super iaitu Perlis.

Perak pada pertemuan dengan Kedah ini akan kehilangan khidmat pertahanan tengah, Chun Keng Hong yang telah dilayangkan kad merah kerana menerima dua kad kuning berturut-turut pada perlawanan menentang My Team tempohari.

Perak yang menduduki tangga ke 9 liga, perlu melakukan sesuatu bagi mengukuhkan kedudukan bersaing dengan pasukan diatas. Sudah sampai masanya untuk jurulatih merencanakan strategi berkesan bagi memantapkan pasukan yang semakin longgar kini.

Shahrizal Saad, Fauzi Ariffin, Syazwan Roslan, Benedict Martin, S. Subramaniam, Sarath Babu sekadar menyebut beberapa nama adalah antara senarai mereka yang masih cedera atau tidak pulih sepenuhnya untuk bermain dalam pasukan Perak ketika ini.

Adalah menjadi suatu perkara yang amat menyedihkan apabila sesebuah pasukan itu kehilangan ramai pemain-pemainnya akibat kecederaan yang berpanjangan. Itu belum termasuk pemain-pemain yang digantung perlawanan kerana menerima kad.

Semoga para pemain yang diamanahkan untuk menyarung jersi keramat pasukan Perak mampu melakukan kejutan pada perlawanan ini nanti.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
K. Puvinderan
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Nazri Kamal
Razali Umar
Hafiz Abdul Rahman
Saufi Sa’aidi

Nota: Siaran langsung akan disiarkan di TV1 (Tertakluk perubahan disaat akhir).

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

  1. sunrise

    Salam......

    Diharapkan para pemain yang bakal diberi tanggungjawap pada perlawanan kali ini diharapkan akan dapat melakukan sesuatu kejutan untuk kami penyokong setia dibelakang anda. Ingat maruah negeri kali ini diletakkan keatas bahu anda sepenuhnya. Teman ada terdengar suara sumbang dari beberapa individu yang mengatakan jurulatih takut untuk bertemu dengan pasukan Sang Kenari dengan memberi latihan yang keras kepada pemain,oleh itu teman mengharapkan kepada pemain pemain agar membuktikan kewibawaan anda,dan buktikan kepada kami dan jurulatih anda adalah yang terbaik dan bukanlah individu yang lemah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam Perjuangan...

    Diharapkan skuad Yop bakal menunjukan titik-titik kebangkitan menentang Kedah di Darul Aman pada malam besok.

    Sesungguhnya hanya kemenangan yang selesa bakal menunjukkan serta membuktikan komitmen pasukan untuk terus bersaing merebut slot untuk terus kekal berada dalam Super League ini.

    Buktikan pada penyokong kemampuan sebenar miker bermain bola selain tunjukan semangat juang yang tinggi.

    Salam Qaulan...Chuck

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. khairol

    Salam..

    Di harap pemain Perak tidak mengulangi apa yang di persembahkan dalam 2 perlawanan kebelakangan ini.. capailah 3 mata semampunya, paling kurang pun keputusan seri.

    Tanpa Chun, tugas berat menanti pertahanan bagi menghalang kemaraan pemain Kedah. manakala Saufi juga harus bertindak lebih garang tanpa bergantung pada Razali untuk mendapatkan gol. Paling penting, kesebelasan di atas padang harus mencari kesempurnaan dalam aspek menghantar bola kepada rakan. Buang sikap membuta tuli tanpa arah tuju.

    Tatkala kedudukan liga makin keciciran, haraplah pemain dapat melakukan sesuatu yang istimewa buat peminat-peminat yang masih sayangkan pasukan. Berbuat sesuatulah demi menjaga maruah pasukan ini. bila lagi? Sewajibnya bermula dari sekarang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi apakan daya tugas tetap tugas dan fakta ini tidak akan berubah. Apabila ianya menjadi tugas ianya berkait rapat dengan amanah. Amanah mesti dilaksanakan dengan jujur, ikhlas beserta komitmen yang tinggi.

    Kelemahan Perak perlu di atasi segera. Kosentrasi dan penumpuan 100 peratus amat penting. Di samping itu, 'mind set' juga dilihat penting kerana ianya akan mempengaruhi perbuatan di atas padang.

    Buang sikap kelam kabut dalam menerima, mengawal dan menghantar bola kepada rakan. Bermain sebagai seorang pemain yang matang dan berpengalaman. Sempurnakan semua peluang dengan penuh keyakinan dan jangan sesekali mensia-siakannya.

    Tidak kiralah apa sekali pun corak permainan yang penting dapatkan gol. Memang sudah sedia maklum, jaringan gol akan mengubah segalanya. Bermain dengan permainan cantik dan kemas tapi tiada jaringan gol tidak membawa apa-apa maksud.

    Oleh itu, tenangkan fikiran, tajamkan pemerhatian dan tumpukan sepenuhnya untuk bermain. Seperti kata Khairol dalam komen di atas, cari kesempurnaan dalam menghantar bola. Ketelitian dalam menghantar bola amat penting, jika perlu 'control' dulu, lebih 'control ball sebaiknya sebelum dihantar kepada rakan. Pendek kata, perlu bersikap rasional dan buat yang terbaik sahaja.

    Kita boleh menang, jangan ambil peduli rekod Kedah sebelum ini, buktikan Perak hebat di tempat lawan dan tidak semestinya kita hebat hanya di tempat sendiri.

    Selamat Berjuang...SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.