TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan ke 16 untuk pasukan Perak dalam kempen TM Liga Super 2009 adalah bertandang ke Alor Setar bertemu pasukan kelab, Kuala Muda. Pada perlawanan pertama yang lalu Perak menundukkan Kuala Muda dengan keputusan 2 – 0 di Stadium Perak.

Perak yang tumpas berturut-turut pada 3 perlawanan terakhir hanya menduduki tangga ke 10 liga berbanding Kuala Muda di tangga ke 7. Perak perlu memenangi perlawanan ini untuk terus bersaing bersama pasukan-pasukan lain yang berada di tangga teratas.

Khidmat pertahanan tengah, Chun Keng Hong yang menjalani penggantungan tempohari akan dapat digunakan pada perlawanan kali ini manakala Arsyah Ayob tidak bersama pasukan rentetan kecederaan yang dialami sewaktu bertemu Kedah baru-baru ini.

Razali Umar yang beraksi untuk pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada perlawanan persahabatan menentang skuad 23 tahun Singapura di Stadium Jalan Besar semalam dijangka akan tiba di Ipoh petang ini untuk membantu pasukan pada perlawanan esok.

Dengan prestasi semasa yang semakin merosot, ketua jurulatih M. Karuthu tiada pilihan selain dari merencanakan kemenangan pada perlawanan esok bagi memberikan semangat baru kepada semua penyokong Perak yang semakin hampa kebelakangan ini.

Harapan semoga para pemain yang diamanahkan untuk beraksi buat pasukan Perak mampu mencatatkan kemenangan yang dicari-cari oleh peminat skuad seladang.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
K. Puvinderan
Chun Keng Hong
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20)
Nazri Kamal
Razali Umar
Hafiz Abdul Rahman
Saufi Sa’aidi

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (review)

  1. sunrise

    salam

    diharapkan kepada semua pemain yang bakal diletakkan dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian agar dapat mempamerkan mutu persembahan yang boleh dibanggakan.Kembalikan semangat kesukanan dan kembalikan semangat kerjasama diantara anda, agar perlawanan kali ini akan mencapai kemenangan dan mencapai prestasi ditahap yang maksima.Lupakan seketika masalah yang anda semua hadapi. Bermainlah dengan penuh semangat jangan hampakan harapan dan impian penyokong dikeliling anda,buktikan bahawa anda adalah pemain yang bertaraf profesional,walaupun masih belum layak digelar sebegitu rupa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. doyan

    assalamualaikum....

    dah lama Perak tak menang.semangat peminat tehadap pasukan Perak pun semakin luntur,jadi...kemenangan keatas KM Naza dan Kedah selasa depan adalah ubat yang paling mujarab.walau misi ini nampak mustahil tetapi kena kejor kan jugak

    KEJOR YOB KEJOR.
    KEJOR KEMENANGAN UNTUK SEMANGAT

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.