TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 16 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kedah 3 – 1 Perak

Perak tewas buat kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada pasukan tuan rumah, Kedah dengan keputusan 3 – 1 pada perlawanan ke 15 TM Liga Super 2009 malam tadi. Perlawanan dimulakan dalam keadaan padang basah kerana hujan yang turun agak lebat.

Kedah membuka jaringan pada minit ke 35 melalui Fauzi Shaari yang mudah menguis bola masuk hasil hantaran lintang Khyril Muhymeen. Ketika penghujung babak separuh masa pertama, Shahrul Nizam merembat bola masuk juga hasil hantaran Khyril Muhymeen.

Selepas mendahului 2 gol, Kedah menambah satu lagi gol hanya selepas 4 minit perlawanan separuh masa kedua bermula melalui satu tendangan sudut yang ditanduk cantik oleh Khyril Muhymeen untuk menjadikan kedudukkan 3 – 0.

Skuad Perak akhirnya berjaya memperolehi gol pertama melalui Isma Alif dengan satu tolakan mudah pada minit ke 73 hasil hantaran lintang Razali Umar yang sebelum itu berjaya menggelecek 4 orang pemain Kedah.

Pada minit ke 87, Razali Umar nyaris menambah gol kedua Perak apabila rembatannya terkena palang gol. Skuad seladang lebih banyak mengasak pada 10 minit terakhir permainan namun sudah terlambat untuk mendapatkan jaringan tambahan.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)  – 1
K. Puvinderan (K)
Mohd Hafiszuan
Mohd Nor Hazrul
A. Varathan
K. Thinagaran – 3
Mohd Nazri Kamal
Arsyah Ayob – 2
Khalid Ibrahim (B20)
Saufi Sa’aidi
Razali Umar

Pertukaran:

Megat Amir Faisal – 1
Isma Alif – 2
Hafiz Abdul Rahman – 3

Keputusan Perlawanan Lain 16 Mei 2009:

Selangor 1 – 0 Pulau Pinang
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 3 – 0 Pahang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 3 – 0 Terengganu
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 2 – 0 Kelantan
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 3 – 1 PDRM
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

My Team 1 – 2 Kuala Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

  1. syidi

    Salam..

    Tidak seperti yang dijangka. Kita kalah hatrik. Ke mana hilangnya keserasian yang dulu telah menampakkan peningkatan? Semakin lama semakin mengarut.

    Siapa yang patut dipersalahkan dalam keadaan sekarang? Tepuk dada tanyalah diri sendiri wahai Pemain dan Jurulatih sekalian. Bolos dua gol dalam babak pertama seolah-olah disebabkan Kamarul Effendi yang ditukarkan pada babak kedua.

    Agak mengejutkan apabila Hafiz Abdul Rahman tidak membarisi kebelasan utama sedangkan beliau boleh bermain dengan baik. Saya sudah kekeringan kata-kata untuk dikatakan selepas kekalahan ketiga berturut-turut ini. Asyik mengulangi kata-kata yang sama.

    Sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam...
      biarlah, mereka ingin kalah, penat kita memberi nasihat, tapi budak-budak kita buat tak tahu jer, biarkan, biarkan, biar mereka membawa negeri mereka sendiri ker liga premier untuk tahun depan, dengan kata-kata teman ni, anda semua pasti menyedari betapa hampa dan kecewa tambah lagi dengan sedih, biarkan lah, mereka tak ada taget dalam bolasepak ni, huhu........

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. 8

    3 kekalahan berturut-turut cukop mengecewakan dan menghampakan peminat.. wahai pemain-pemain semua
    ayuh lah bangkit dari lamunan anda. liga sudah masok pusingan ke-2 selepas ini, jangan biarkan team jadi lauk dari pasukan-pasukan lain..

    Harapan teman agar anda semua bersatu-padu seperti mana di awal liga dulu..

    Jangan ada yang bermain sambil lewa lagi, walaupun gaji di Perak kecil tapi janganlah di jadikan itu 1 alasan untuk anda semua bermain sambil lewa.. ayuh PERAK buktikan kemampuan anda selepas ini, kami para penyokong tetap akan berdiri di belakang anda semua..

    Lupakan kekalahan lalu.. go go chayok....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam semua

    Kita sebagai penyokong hanya mampu untuk mendengar keputusan kekalahan tetapi tidak mampu untuk hadapi kenyataan bahawa pemain pemain Perak sebenarnya sudah berada ditahap yang amat membanggakan kerana mampu utnuk ditewaskan sahaja. Tahniah M.Karuthu kerana berjaya membawa pasukan ditahap sebegini rupa. Terima kasih kepada pemain pemain kerana anda berjaya menjadikan diri anda untuk dihina selalu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.

    Hatrik kalah yang cukup mengecewakan. 20 minit separuh masa pertama, Perak bermain dengan baik namun minit seterusnya entah mengapa sudah kembali kepada rentak lama yang mengarut.

    Taktikal yang digunakan mudah dibaca oleh pasukan lawan. Umpanan dan gerakan yang sama sahaja. Seperti yang diketahui betapa bahagian tengah Perak masih ketandusan individu yang boleh menggerakkannya. Bahagian yang penting ini perlu dijana dengan baik tetapi masih berada di takuk lama. Inikah hasil latihan yang dilakukan selama ini?

    Ketinggalan satu gol mengucar-kacirkan lagi pasukan Perak yang terus kehilangan rentak membolehkan pasukan lawan mendapatkan gaya permainan yang mereka mahukan.

    4 peluang yang terhidang dengan baik namun terlepas begitu sahaja. Hasilnya kelemahan kita diguna dengan sebaik mungkin oleh pasukan lawan. Di sinilah betapa kita tidak perlu membiarkan apa yang terhidang di depan mata dari terbiar.

    Sedih dan dukacita. Come on PERAK!!! Bukan kemenangan sahaja yang penyokong mahukan tetapi biarlah bermain dengan penuh bermaruah.

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. fadly

    salam

    perak oh perak,bangkit la perak, sampai bila anda mahu kami sebagai peminat berduka? Teman tidak pasti sama ada pemain-pemain Perak melihat luahan tidak puas hati peminat anda disini, sudah 3 kali kalah berturut. Teman dah tidak dapat kata apa, do it something, sudah masuk peringkat kedua, jangan hampakan kami lagi.

    Bangkit lah skuad Perak. Kami sayang dengan skuad kami ini.

    Perak boleh..
    skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. taufiq

    Salam..

    Pertama sekali teman mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya memperolehi kekalahan hatrik dalam saingan Liga Super tahun ini. Teman merasa sungguh kecewa dengan persembahan yang dipamerkan pemain Perak sejak akhir-akhir ini. Bukan mahu menuduh atau mengkritik, tetapi realitinya di hadapan mata teman sendiri. Apa sudah jadi dengan para pemain kita? Bangunlah dari tidur dan jangan berkhayal lagi wahai pemain Perak. Kita mampu berubah. Ayuh pasukan Perak.

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zul_united

    Salam.

    Jika pasukan lain bermegah dengan kemenangan hatrik atau pemain mereka mencipta hatrik,tetapi kami penyokong Perak terpaksa 'bermegah' dengan kekalahan hatrik.Teman tidak mahu cakap apa-apa lagi cuma teman tidak mahu kita terus mencipta kekalahan.Dari apa yang teman baca,kekalahan pasukan Perak amat pilu kerana kita bukan kalah melawan tetapi sebaliknya.

    Telinga teman juga sudah tidak tahan lagi apabila diperli penyokong pasukan lain.Teman tahu pasukan kita tidaklah seteruk mana tetapi bagi penyokong pasukan lain kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukan Perak telah menyebabkan pasukan kita terus dipandang lemah terutama sekali selepas kita tewas kepada dua pasukan bawahan(P.Pinang dan Myteam).Teman berharap agar kita mampu mencatat keputusan yang menggembirakan selepas ini.

    Janganlah pula membuat alasan bahawa kita tewas kerana kita bertemu pasukan atasan.Ikutlah contoh dua pasukan bawahan yang menewaskan kita sebelum ini(P.Pinang & Myteam).Walaupun mereka berada di bawah kita,tetapi dengan semangat juang yang tinggi,mereka berjaya menewaskan kita.AYUH!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    Salam..

    hahaha..hahaha..gelak tawa je yang teman mampu tujukan pada peminat bola sepak Perak yang memberi komen di atas. Dulu waktu teman memberikan komen pedas tapi membina untuk kesedaran dari peringkat awal, semua menghentam..tapi bila dah keadaan sekarang terjadi, kekalahan 3 kali berturut-turut, baru semua nak sedar. baru la nak menjadi pengkritik, bukan lagi penyanjung sepanjang masa.

    Wahai pemikir bola sepak tempatan, cuba lah kembangkan pemikiran anda ke luar negara, EPL, La Liga dan sebagainya. Tiada perbezaan sebenarnya antara semua jika pemain betul berusaha keras, berdisiplin dan mempunyai semangat inginkan kemenangan. Mereka berusaha menjaga stamina, meningkatkan skill dan cuba bersaing sesama sendiri bagi mengekalkan tempat dalam kesebelasan pasukan, tidak seperti di malaysia. Tapi bila dahulu teman perkatakan hal ini,ada kata2 yang mendakwa jangan dibandingkan dengan bola sepak luar negara. jika tak dibandingkan dengan liga luar negara sebagai contoh, nak bandingkan dengan liga tempatan kah? Fikir lah sendiri yob.

    Dahulu teman usUlkan setiap player perlu berkemampuan menjaringkan gol, tapi disanggah. tengok apa sudah jadi sekarang bila Razali tidak bermain dengan baik ataupun dikawal rapi.hehe. Berkenaan player di bahagian midfield ni, dah berbuih rasenye diperkatakan semua pihak, so management pikir lah sendiri. Bagi teman, langkah terbaik pasukan kene ambil seorang dua player berpengalaman untuk kembali membimbing pasukan sebagai leader, initiator, creator dengan menggunakan pengalamannya.

    Dulu teman usulkan untuk mengekalkan Ahmad Shahrul tapi, ramai memperkatakan dia tidak bagus, panas baran dan kerap memarahi player muda dalam padang. Ini asam garam bermain wahai peminat fanatik, player muda kene la berusaha lebih keras. Team luar negara pon ade player yang seperti ini tapi kehadiran mereka memang membantu pasukan. Contohnya arsenal, Patrick Viera, Man Utd, Roy Keane. Cuba perhatikan kemampuan mereka? Bukannya kita mahukan player yang panas baran tak tentu pasal tapi kemapuan mereka menyumbang sebagai ketua pasukan di dalam padang...lagi satu soal gaji.

    Pengulas '8', itu tidak sepatutnya diutarakan oleh player. Apakah kemampuan mereka selama ini? Ini baru tahun pertama mereka beraksi. Soal gaji sepatutnya tidak diketengahkan. Hebat tak seberapa, gaji yang mahal pulak yang mereka minta. Buktikan kemampuan dulu. Player di malaysia manja, ingin berdiam diri tapi gaji masUk dengan mahal. Di Barat mereka menunjukkan kemampuan dahulu, barulah management memberikan gaji seperti kemampuan mereka, lagi satu jangan dibangkitkan soal baru bermain di tahun pertama. Jika perlawanan baru memasuki game ke 3, teman tak kesah, tapi ini sudah menjangkau game ke 15.

    Hahaha. Fikir la yob sekalian. tugas anda hanya bermain bola sepenuh masa...sebab itu anda digelar professional. Jika anda berhak mengkritik pihak profesional lain untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik, teman juga berhak mengkritik anda, tiada kata-kata lagi, hanya bangunlah jika mahukan pasukan anda cemerlang. pikirlah yobb..

    sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Saudara Irkupa..

      Tahniah. Ramalan anda jadi nyata. Bukan apa, dulu saya amalkan sikap toleransi dan profesinal dengan harapan team kita akan lebih baik.

      Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya panas berbulan-bulan. Jika dulu nampak 1-2 player muda yang mampu menjadi peladak selain Razali Umar, tapi makin lama makin teruk dan tidak terbendung kelemahan mereka ditambah lagi dengan Razali yang 'On Off'.

      Sebenarnya saya sudah hilang pertimbangan dengan pasukan kesayangan ni tapi tetap setia dan simpati. Pada hakikatnya kita adalah tim yang kuat. Reformasi dalaman perlu dilakukan segera. Buktikan segera. (Sepatutnya harapan ini tertunai 2 'game' yang lalu).

      Ini masa untuk kita 'hentam' siapa yang dirasakan tidak meningkat langsung. Kepada yang dapat menonton perlawanan, berilah komen bernas berdasarkan pemerhatian anda agar rakan lain dapat gambaran perlawanan berkenaan.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Hahahah, teman pun nak tumpang ketawa pada mike sebab dalam keadaan macam ni pun masih sempat nak "ketawa" pada orang lain yang bagi pendapat dan meluahkan kecewa mereka.

      Masa macam inilah paling best untuk hentam balik orang2 yang mike nak hentam tuh yob irkupa, puaslah hati mike tersampai hajat nak pekena orang lain yang selama ni sentiasa sokong dan bagi ulasan yang positif.

      Sekali lagi teman nak ulang pada mike ayat ni, "Banyak yang mike tak tau pasal team Perak nih yob, sampai masanya nanti kalau ada "rezeki" mike tau ler apa bendanya"

      Ambil semula Ahmad Shahrul? hahahahah, mungkin mike ada kena mengena atau sedara mara dia agaknya yob?, serius teman kabor, BANYAK YANG MIKE TAK TAU YOB, teman ulang sekali lagi yob, BANYAK YANG MIKE TAK TAU YOB !!!!.

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. anip

      Saudara,

      Teman tertarik dengan kata-kata "tiada perbezaan" yang saudara usulkan. Renungkan kembali kata-kata tersebut dan lihat pada diri sendiri sebelum menunding jari pada orang lain.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. serigala_malam1982

    Kepada semua penyokong, peminat dan ahli SDN Perak mari kita fikir apa jalan terbaik untuk kita bantu pulih semangat pasukan kita yang hilang ni. Kita bantu dan anggap pasukan kita ni sebagai anak kita. Kalau soal gaji @ moral mereka yang buleh buat pemain jatuh apa cara terbaik untuk settle kan?. Kalau cara ambil pemain berpengalaman dapat bantu pasukan Perak kita cuba usulkan perkara nie kalau tidak perlu kita fikir siapa layak jadi pembantu untuk tolong pasukan kita. Kita semua sayangkan pasukan kita jadi tidak perlu kita kritik pasukan kita sampai teruk macam ni. Kita juga manusia kalau kena marah mesti hilang mood.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. 8

    Pesanan untuk irKupa.....

    Betul apa yang YB katakan... BANYAK YANG MIKE TAK TAU YOB.
    so apa pandangan yang teman DAN SAHABAT2 berikan janganlah sedara irKupa bangkang yea... sekali lagi teman nak cakap pada mike BANYAK YANG MIKE TAK TAU YOB..

    JANGAN PANDAI MENGHETAM JE.. KALAU BOLEH SELIDIK LAH SENDIRI APA MASAALAH DALAMAN PASUKAN PERAK..

    CADANGAN UNTUK MENGAMBIL AHMAD SHARUL TU, TEMAN RASA MIKE SAJA LAH AMBIK UNTUK MAIN DENGAN TEAM MIKE YEA.. HEHEHE.... NAK TAU KENAPA.. HAH LU PIKIR LA SENDIRI ASAMEKOM... 'banyak yang mike tak tau yob oiiiii'

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.