Perlawanan TM Liga Super 2009 - 5 Mei 2009
May 5th, 2009 by webmaster

4 sahaja perlawanan TM Liga Super 2009 akan dilangsungkan malam ini setelah dua perlawanan yang melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor FC dianjakkan pada tarikh 12 Mei untuk memberikan laluan kepada pertandingan Piala AFC.
Pendahulu liga super, Perlis akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang PDRM manakala pasukan Selangor pula bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang yang dikendali oleh jurulatih baru iaitu Dollah Salleh.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu akan menanti pasukan Negeri Sembilan manakala Perak akan melawan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 5 Mei 2009:
My Team vs Perak
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
PDRM vs Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Terengganu vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pahang vs Selangor
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 23 Mei 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 4 Julai 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 31 Mac 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 30 Jun 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 16 Mei 2009
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
