Perlawanan TM Liga Super 2009 – 23 Mei 2009

TM Liga Super

7 perlawanan TM Liga Super 2009 berlangsung malam ini dengan pendahulu liga super, Perlis akan menanti kunjungan Terengganu di Stadium Utama Negeri, Kangar manakala pasukan di tangga ke 2 liga, Selangor akan menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Pasukan penuh kontroversi dari pantai timur, Kelantan akan menentang Plus FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan pasukan Pahang yang menewaskan Negeri Sembilan 1 – 0 tempohari akan beraksi di Stadium Jcorp menentang pasukan Johor FC.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 23 Mei 2009:

Selangor vs Kedah
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC vs Pahang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC vs Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

My Team vs PDRM
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda vs Perak
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Perlawanan TM Liga Super 2009 – 23 Mei 2009

  1. sunrise

    salam

    diharapkan pemain pemain pasukan Perak tidak akan melepaskan peluang keemasan kali ini kerana seandainya kemenangan pada kali ini mampu digapai dan skuad Terengganu tewas ditangan skuad Perlis pasukan Perak mampu berada ditangga ke9 semula dan mampu untuk kembali menyaingi pasukan pasukan yang berada diatas. Seandainya tewas juga lupakan saja untuk menduduki enam ataupun lima teratas kerana pasukan diatas semakin jauh meninggalkan pasukan Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ayop

    wasalam,

    ayop pun bersependapat dengan sunrise, berharap sangat pasukan kita boleh menang malam ni, memang lah ayop marah tempoh hari pada pemain Perak, tapi ayop cuma marah-marah sayang jer, marah ayop hanya untuk membakar semangat budak-budak kita untuk main dengan lebih mantap lagi, ayop juga seru kawan-kawan seperjuangan mendoakan kemenangan Perak pada malam ini, buat sunat tawaubin untuk mohon pada yang maha esa rezeki Perak untuk menang pada malam ini. insyallah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.