Perlawanan TM Liga Super 2009 – 2 Mei 2009

TM Liga Super

Hanya 5 perlawanan TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan pendahulu liga kini, Perlis Indera Kayangan akan melayani kunjungan pasukan berstatus kelab dari Kedah Darul Aman, Kuala Muda Naza di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Selangor yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA tempohari akan menanti kedatangan pasukan Terengganu di Stadium Shah Alam manakala pasukan Kelantan pula berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pasukan kelab dari Lembah Klang, Plus FC akan berhadapan dengan pasukan kelab dari Perak, My Team manakala pasukan Perak akan menentang pasukan dari Pulau Pinang di Stadium Perak, Ipoh.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 2 Mei 2009:

Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Kelantan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perlis vs Kuala Muda
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC vs My Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Perak vs Pulau Pinang
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)