Perlawanan TM Liga Super 2009 – 12 Mei 2009

TM Liga Super

3 perlawanan TM Liga Super 2009 yang diubah tarikhnya tempohari akan dilangsungkan malam ini. Pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda akan menentang Plus FC di Stadium Darul Aman manakala pasukan Pulau Pinang akan berhadapan Kedah di Batu Kawan.

Perlawanan tumpuan ialah antara pasukan Kelantan yang menanti kunjungan Johor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 12 Mei 2009:

Kuala Muda vs Plus FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Johor FC
Stadium Nasional Bukit Jalil

Pulau Pinang vs Kedah
Stadium Batu Kawan

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perlawanan TM Liga Super 2009 – 12 Mei 2009

  1. sunrise

    salam.....

    wow keputusan yang memeranjatkan diantara Johor FC dan Kelantan. dengan keputusan sedemikian pasukan Perak terus merudum ke tangga yang ke 9. Diharapkan pasukan Perak akan membuat kejutan pada perlawanan akan datang,contohi pasukan Johor FC

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam sumer...

    Keputusan yang baik untuk Johor FC,atleast jurang mata dengan kelompok atas tidak begitu jauh.

    Diharapkan pasukan seperti Perlis,Selangor dan Negeri sembilan juga mampu untuk pasukan kerdil yang lain jinakkan selain dari kebangkitan Yop untuk mencabar skuad kelompok teratas yang lain.

    Pada yang berjaya,Syabas and tahniah...

    Cuti puas kalahpun sudah,bilanya nak menang plak Yop??
    Biar kita yang merubahnya sendiri sebelum kita dioleh ubahkan oleh pihak lain.Renung-renung and pikir-pikirkanlah sendiri...

    salam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Tahniah Johor FC yang berjaya menumbangkan Sang Kijang yang memiliki reputasi yang agak baik sebelum ini. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, namun berjaya meraih 3 mata penuh dalam keadaan yang agak tertekan semalam.

    Saingan yang sihat sebegini berjaya mencetuskan kehangatan untuk bersaing memburu tempat terbaik dalam TM Liga Super 2009.

    Diharap para pemain Perak mempelajari sesuatu dari apa yang dilakukan pasukan Kelab yang agak kerdil ini (Johor FC) yang tidak kenal jemu memburu kemenangan. Ingat, kita pernah tewaskan Johor FC. Jadi, siapa lebih kuat sebenarnya? Di mana kekuatan kita? Adakah semakin tajam atau sebaliknya? Di mana peningkatan?

    Bak kata Chuck, fikir-fikirkanlah sendiri wahai pemain-pemain yang dikasihi sekalian..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.