Perak Vs Pilihan Daerah Kampar | Friendly Match

Selasa 19 Mei 2009
Stadium Perak
5:00 petang

Satu perlawanan persahabatan akan diadakan di Stadium Perak petang ini menemukan skuad Perak menentang pasukan Pilihan Daerah Kampar. Dijemput kepada semua yang tinggal sekitar Ipoh untuk hadir menyaksikan perlawanan ini.

Masuk Percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perak Vs Pilihan Daerah Kampar | Friendly Match

  1. sunrise

    Diharapkan perlawanan kali ini akan meletakkan pemain pemain yang sukar untuk mendapat tempat didalam kesebelasan utama agar pemain pemain tersebut boleh mendapat semula sentuhan mereka yang kian pudar. kalau boleh letakkanlah pemain pemain ini diposisi mereka yang sebenar.

    Bukanlah semua pemain didalam pasukan Perak mampu untuk diletakkan diposisi berlainan posisi mereka sendiri. Contohnya seperti Nazri Kamal beliau seorang pemain sayap tetapi diletakkan ditengah maka pincang dan hancurlah posisi tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Keputusan Penuh:

    Perak 10 - 0 Pilihan Kampar

    A. Varathan - 1 gol
    Saufi Sa'aidi - 2 gol
    Hafiz Abdul Rahman - 2 gol
    Wan Hossen - 2 gol
    Chun Keng Hong - 1 gol
    Zafran Olibullah - 1 gol
    Isma Alif - 1 gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. keristujuh

    tahniah, pasukan Perak...10 - 0 menang tu...walaupun lawan ngan pilihan Kampar, ini satu pendekatan yang bagus bagi pasukan..taktikal game dan keserasian dalam game penting...apepun tahniah skuad Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Tahniah..nampak? Bukan tak boleh buat sebenarnya. Fikirlah sendiri. Memang itu bukan lawan sebenar. Tapi membuktikan anda boleh lakukan.

    Satu perkara yang saya baru segari adalah, Pemain Perak bermain dalam keadaan yang tertekan dan tidak 'enjoy'. 'Enjoy' di sini bukan bermaksud 'main-main' atau terlalu 'relaks'. Tetapi 'layan' permainan dengan keyakinan.

    Anggap permainan bola sepak adalah satu keseronokan yang melampau. Dari situ barulah timbul ketenangan dan minda menjadi waras dalam bermain. Jiwa sentiasa membuak-buak untuk buat yang terbaik.

    Selama bermain dalam keadaan kelam kabut dan kadang-kadang tenggelam punca. Ingat, seseorang yang kuat adalah seorang manusia yang boleh bertindak balas dengan reaksi positif dalam keadaan terdesak atau tertekan.

    Usahalah untuk ke arah itu, dan yang paling penting jangan sesekali kusutkan minda dengan perkara-perkara yang tidak perlu yang akan menggusarkan pemikiran semasa beraksi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam.........

    Pada pandangan teman perlawanan semalam pasukan Perak mempamerkan mutu permainan yang agak kurang memuaskan walaupun menang dengan jaringan yang agak besar. pasukan Perak semalam berjaya melakukan gerakan gerakan yang agak baik dari posisi tengah dimana pemain bawah 20 Wan Hussein menjadi nadi di posisi itu,sememangnya beliau adalah seorang pemain diposisi tengah ketika di skuad Piala Presiden. Cuma selepas ini jurulatih dapat menekankan lagi untuk memperbaiki kelemahan dibahagian pertahanan dan serangan.Untuk diposisi tengah bolehlah kekalkan Wan Hossein

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Tahniah! Nampaknya Perak mempunyai ramai barisan pemain yang mampu menghasilkan gol. Cukup baik situasi ini namun ia akan jadi lebih baik andai dapat diterjemahkan kecemerlangan tersebut ketika beraksi di dalam liga yang lebih kompetitif. Berusahalah lebih lagi bagi meningkatkan mutu permainan kalian semua. Penyokong tetap bersama kalian biarpun ada nada-nada kecewa daripada kami.

    Teruskan berjuang. Jangan putus asa. Kembalikan kegemilangan Perak!

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.