Jersi SDN 2009 | Penghantaran Black Edition / Gold Edition

Logo | seladang.net

Penghantaran jersi SDN 2009 – Black Edition dan Gold Edition telah dilaksanakan awal pagi tadi menggunakan perkhidmatan penghantaran cepat Kanggaro Express. Jersi-jersi tersebut dijangka tiba kepada pembeli seawal-awalnya esok (Khamis) atau pada hari Jumaat ini.

3 helai jersi tidak dapat dihantar kerana masalah Nama Penuh yang tidak disertakan sewaktu tempahan tempohari. Diminta username AZWANALI, ACAP dan FADLY untuk menghantar semula keterangan peribadi anda dengan kadar segera mengikut format dibawah.

(Semua penama di atas telah memberikan keterangan yang diminta. Pihak SDN telah mengirimkan email tersebut kepada pembekal jersi untuk tindakan lanjut)

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Jersi SDN 2009 | Penghantaran Black Edition / Gold Edition

  1. keristujuh

    Wah jersi sudah dlm proses penghantaran ke players,bagus, training bila nak diadakan, dah rindu kan training SDN KV. Coach and Pengurus YB...jom mantapkan pasukan sdnkv yang disayangi...teruskan usaha kita

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. meor

    salam..kawan2..
    alhamdulillah,jersi teman dah pun sampai ke rumah lebih kurang jam 11 pagi tadi..
    teman tak sabar nak balik ke rumah nak pakai jersi teman tu..
    hehehe..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Salam admin...

    Baju dah pun diterima dgn selamatnya tengahari tadi...alhamdulillah..puashati!Memang berbaloi tunggu....kalau "cancel" memang menyesal punya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    salam...

    syukur..dah terima jersi tuh...pehh..memang kelasss...cantik & menarik...tak sia2 ler nunggu yang kualiti... caya ler management sdn...mmg puas hati.tak sabar nak pakai...apa pun kena ler basuh dulu..

    apa yang penting... KERJASAMA..
    apa yang penting... KERJASAMA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ayop

    salam, ayop nak juga baju yang sedara semua tengah cerita ni. tapi ayop jauh dari Ipoh, kalau ayop nak beli baju tu macam mana? ayop bermautautin di Sarawak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.