Jersi SDN 2009 | Maklumbalas Pembeli
May 24th, 2009 by webmaster

Penghantaran jersi SDN 2009 telah dilaksanakan tempohari dan jersi-jersi tersebut sepatutnya tiba kepada pembeli selewat-lewatnyaa hari Jumaat lalu. Artikel ini dibuka untuk pembeli memberikan maklumbalas sewajarnya terhadap jersi yang dibeli.
Semua komen, aduan atau masalah berkenaan jersi tersebut bolehlah dibuat pada ruangan komen dibawah. Sebarang permasalahan samada biasa mahupun kritikal akan diselesaikan secara rundingan antara pembekal (saudara SAN) bersama pembeli.
Terima Kasih
admin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jersi SDN 2009 | Perhatian Kepada Pembeli !!!
- Jersi SDN 2009 | Pembayaran
- Jersi SDN 2009 | Penghantaran Black Edition / Gold Edition
- Jersi SDN 2009 | Gold Edition - Jualan Semula
- Jersi SDN 2009 | Second Batch - Gold Edition
16 Responses to “Jersi SDN 2009 | Maklumbalas Pembeli”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

salam..alhamdulillah,baju teman dah sampai..
designnya cantik dan menarik..
tapi cuma teman nak bertanya saiznya memang kecil ke?
sebabnya bagi teman saiz 4XL selalunya besar..
tapi teman dapat macam saiz 2 @ 3 XL je..
sebab tu teman tanya ni…
terima kasih……
May 25th, 2009 at 11:42 am
Kita senasib meor, teman punya baju pun saiz 2XL base on baju-baju lain yang dalam simpanan teman. Mungkin teman terpaksa masuk kelas aerobik untuk kuruskan badan sebelum dapat pakai baju tuh dengan selesa. :-)
salam…
baju teman dah dapat,alhamduilillah semua ok
cuma tang nama tu boleh pulak salah eja.
dari ‘udinese’ jadi ‘uninese’.
rasa macam pakai baju org lain pulak.
haha..
lain-lain semua ok.
terima kasihi.
May 25th, 2009 at 2:37 pm
Takpe yob, masalah kecik je tuh, mike cari marker pen satu, ubah huruf N tuh jadi D, boleh kot? hehehe
Mujur dia letak Uninese, kalau dia letak Juventus ke Inter Milan dah tentu tak boleh ubah. :-)
Alhamdulillah baju dah sampai dengan selamatnya dan rasa puashati tu memang ada dan berbaloi le menunggu…
tak sangka pulak teman ada nama nick SDN kat belah tepi bawah tu..
Rasanya baju ni lagi kualiti dari baju jersi yang dulu tu…
Salam.
Memang smart la jersi SDN baru ni. Mantop! Berkenan betul sampai abang teman geram je macam mana teman boleh beli. Haha…
Terima kasih banyak-banyak atas segala usaha dan penat lelah warga SDN dalam menghasilkan yang terbaik. Cayalah! Teruskan lagi usaha-usaha bermakna ni.
Kejor Yob Kejor!!!
Alhamdulillah…baju teman dah sampai hari sabtu minggu lepas… teman order saiz L tapi dapat XL….
nasib baik dapat saiz XL….sebab muat-muat je teman pakai…. fit mcm jersi team Itali pakai….Mungkin lepas ni kene amik saiz XXL baru ok kot….hehehehe…
Design baju memang cantik…memang tak dapat kat kedai punyelah….
Terima kasih pada pihak SDN yang telah bertungkus lumus untuk siapkan baju ni…
May 26th, 2009 at 2:50 am
Acap, apa kata kita sama-sama masuk kem M. Karathu untuk kuruskan badan? hehehe, teman syak pembekal ni guna baju t shirt pompuan kot buat sample baju SDN, ramai orang komplen saiz manjang.
Sila beri penjelasan berkenaan bab saiz nih SAN.
salam..
terbaik la jersi SDN yang teman tempah hari tu..tak sia-sia menunggu..boleh la teman bergaya kat stadium lawan Kedah nanti..sape2 yang tengok kalo tak jealous,deme tu betoi2 takde perasaan..hehe
salam semua SDN
Baju teman dah sampai hari sabtu lepas..
Memang cun tambah pula ade nickname.. tang tu yang susah nak cari kat mane2pun..
Terima kasih pada SDN atas segala usaha untuk menyiapkan jersey ni.
Cuma order saiz S dapat saiz M.
Maknenye teman kena makan banyak2 skit lepaih ni..
So teman tak dapat le masuk kem..
salam, maaf kerana san mengambil masa agak lama untuk memberi maklum balas, san agak sibuk sejak kebelakangan ini. apapun maklum balas yang diterima, san akan terima dengan hati yang terbuka.
masalah yang dialami oleh saudara
yb dan meor : permintaan saiz 4xl tidak menepati saiz sebenar.
Masalah: saiz maksimun mencetak bahagian hadapan jc ialah bersaiz 2xl, oleh kerana itu, semua jc yang dijahit dihadkan kepada saiz terbesar iaitu 2xl.
Penyelesaian: pihak san telah melalui pemprosesan pertukaran “blok” utk melebarkan saiz cetakan bahagian hadapan kepada 4xl. dan akan menyiapkan dengan kadar segera.
______________________________________________
kepada pembeli-pembeli san berharap sekiranya mengalami sebarang masalah sila tinggalkan pesanan anda disini untuk tindakan selanjutnya. sebarang kesulitan amat dikesali. terima kasih.
________________________________________________
masalah acap : penghantaran saiz tertukar dari L ke XL
Masalah: berkemungkinan tempoh untuk menyiapkan jc terlalu singkat setelah jc keluaran pertama ditolak oleh pengurusan SDN kerana kualiti yang kurang memuaskan, disebabkan oleh cetakan yang terpaksa menunggu set baju-baju lain yang terlebih dahului ditempah sebelum jc SDN memulakan dicetak, selain dakwat yang ditempah tiba agak lama, bahagian jahitan mengalami kekeliruan tergesa-gesa untuk menyiapkan tepat pada waktunya.
Penyelesaian: pihak kami bersedia menerima kembali jc saudara untuk ditukar kepada saiz yang sepatutnya tanpa sebarang caj tambahan.
_________________________________________________
masalah udinese: sulaman nama tidak betul.
masalah: pihak kami mengakui ialahnya adalaah kesilapan kami semasa keyin untuk memasukkan nama saudara.
Penyelesaian: pihak kami bersedia menerima kembali jc anda untuk ditukar dengan yang baru tanpa sebarang caj tambahan.
_________________________________________________
salam. alhamdulillah jersi sudah pun selamat sampai pada minggu lepas. terima kasih pada kanggaro expresss kerana berjaya hantar dengan selamatnya. maaf pada pihak pembekal juga SDN kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberi maklumbalas.
salam kepada pihak SDN saya ingin minta bantuan. baju yang saya tempah masih belum dapat. kebetulan sekarang saya berada di jordan. boleh saya minta pandangan dari siapa-siapa yang boleh tolong saya dalam masalah ini.
May 30th, 2009 at 3:27 am
Saudara SAN,
Sila ambil perhatian tentang masalah ini.
Terima Kasih
admin
June 1st, 2009 at 3:08 pm
salam, untuk pengetahuan saudara, jc saudara telah berada di kanggaroo kurier taiping mengikut cawangan terdekat seperti alamat yang tertera untuk penghantaran.
justeru itu, pihak san telah menghubungi untuk pihak kanggaroo kurier untuk mengambil balik untuk simpanan pihak san, namun policy syarikat penghantaran cepat tersebut tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mengambil melainkan penerima. oleh itu, san berharap pihak saudara menghubungi atau ke cawangan kanggaroo kurier yang terletak di kawasan kamunting untuk tindakan lanjut.
terima kasih.
salam….
jersi dah lama dapat..ok…mantop..tajkde apa-apa masalah..saiz ok..tahniah buat warga kerja sdn…
apa yang penting… KERJASAMA..
apa yang penting… KERJASAMA..