
Selasa 26 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM
Perak 1 - 0 Kedah
Setelah tewas 4 kali berturut-turut sebelum ini, Perak membuat kejutan apabila menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 1 - 0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada minit ke 47 separuh masa kedua hasil hantaran Khalis Ibrahim.
Gol tersebut meletakkan Razali Umar selaku penjaring terbanyak pasukan dan Liga Super dengan 10 gol. Aksi kedua-dua pasukan seimbang dengan saling berbalas serangan sejak dari mula permainan. Mungkin tuah menyebelahi pasukan Perak apabila berjaya menyudahkan peluang yang terhidang untuk diterjemahkan menjadi gol.
Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya ikuti perlawanan tertunda yang disiarkan oleh RTM 1 pada pukul 12:30 malam ini.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
Mohd Hafiszuan
Mohd Nor Hazrul
K. Thinagaran - 2
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif -… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on May 26th, 2009 1 Comment »

Tiga perlawanan TM Liga Super 2009 bakal dilangsungkan malam ini yang melibatkan penjadualan semula pasukan yang bertanding dalam Piala AFC 2009 iaitu Kedah dan Johor FC selain satu perlawanan semula antara pasukan Kelantan bertemu Plus FC.
Walaupun perlawanan antara pasukan Kelantan bertemu Plus FC tempohari telah diputuskan dengan kemenangan percuma 3 - 0 kepada Plus FC namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membatalkan kemenangan teknikal itu atas sebab-sebab tertentu.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 26 Mei 2009:
Kelantan vs Plus FC
Stadium Nasional Bukit Jalil
Terengganu vs Johor FC
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Perak vs Kedah
Stadium Perak, Ipoh
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading

Selasa 26 Mei 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan ke 17 dari 26 perlawanan keseluruhan dalam kempen TM Liga Super 2009 untuk skuad Seladang adalah bertemu sang Kenari di Ipoh malam esok. Pada pertemuan pertama di Alor Setar, Perak tumbang dengan jaringan 3 - 1 di tangan pasukan Kedah.
Perak telah tumpas berturut-turut pada 4 perlawanan terakhir liga super dan hanya menduduki tangga ke 10 liga berbanding Kedah di tangga ke 4. Hanya kemenangan sahaja pengubat luka di hati peminat bolasepak Perak yang semakin kecewa kini.
Khidmat Saufi Sa’aidi yang menjaringkan gol tunggal sewaktu tewas kepada Kuala Muda tempohari, tidak dapat digunakan akibat menerima dua kad kuning pada perlawanan itu yang menyaksikan Perak beraksi dengan 10 orang pemain pada baki 5 minit terakhir permainan.
Dengan ketiadaan beliau sewajarnya… Continue reading
Posted in Info SDN on May 24th, 2009 16 Comments »

Penghantaran jersi SDN 2009 telah dilaksanakan tempohari dan jersi-jersi tersebut sepatutnya tiba kepada pembeli selewat-lewatnyaa hari Jumaat lalu. Artikel ini dibuka untuk pembeli memberikan maklumbalas sewajarnya terhadap jersi yang dibeli.
Semua komen, aduan atau masalah berkenaan jersi tersebut bolehlah dibuat pada ruangan komen dibawah. Sebarang permasalahan samada biasa mahupun kritikal akan diselesaikan secara rundingan antara pembekal (saudara SAN) bersama pembeli.
Terima Kasih
admin… Continue reading