TM Piala FA 2009 | Selangor Vs Kelantan - Final (result)
April 25th, 2009 by webmaster

Sabtu 25 April 2009
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45PM
Selangor (4) 1 - 1 (1) Kelantan
Selangor muncul sebagai pemenang perlawanan TM Piala FA 2009 selepas menewaskan pasukan Kelantan melalui sepakan penalti selepas terikat 1 - 1 dalam masa tambahan 30 minit selepas kedudukan tanpa jaringan dalam masa sebenar permainan.
Kedua-dua pasukan bermain berhati-hati dengan saling berbalas serangan namun tiada sebarang gol berjaya diperolehi oleh kedua-dua pasukan. Ini memaksa pengadil bertugas melanjutkan perlawanan pada masa tambahan 30 minit.
Kelantan mendahului pasukan Selangor terlebih dahulu melalui tandukan menarik dari Nor Farhan berpunca dari hantaran lintang rakan. Tidak lama kemudian Selangor pula membalas melalui Amri Yahya juga melalui satu tandukan untuk mengikat kedudukan 1 - 1.
Selepas tamat masa tambahan, permainan dilanjutkan kepada sepakan penalti yang menyaksikan Khairul Anuar Baharum, D. Surendran, Nasriq Baharom dan Safee Sali berjaya menyudahkan sepakan penalti yang diambil.
Malang buat pasukan Kelantan apabila sepakan pertama yang diambil oleh Indra Putra Mahayuddin terkena palang gol manakala sepakan ketiga dari Zairul Fitree pula melambung tinggi melepasi pintu gol Selangor yang dikawal oleh Hamsani Ahmad.
Dengan kemenangan ini Selangor telah melebarkan kejuaraan Piala FA mereka buat kali ke 5 sejak dari tahun 1990 setelah kali terakhir berbuat demikian ketika menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 4 - 2 pada tahun 2005.
Nota: Amri Yahya diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala FA - Perak Vs Selangor (result)
- TM Piala FA - Selangor Vs Perak (result)
- TM Piala FA - Kuala Muda Naza Vs Perak (result)
- TM Piala FA - Perak Vs SDM Kepala Batas (result)
- TM Piala FA - Perak Vs Selangor (review)
One Response to “TM Piala FA 2009 | Selangor Vs Kelantan - Final (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Dari pemerhatian game semalam selangor menang kerana nasib je..game yang membosankan kerana kedua-dua team main terlalu berhati-hati.