TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 31 Mac 2009
Stadium Negeri Batu Kawan
8:45PM

Pulau Pinang 1 – 2 Perak

Perak mencatatkan kemenangan kelima musim ini apabila menewaskan pasukan Pulau Pinang pada perlawanan ke 10, TM Liga Super 2009 di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dengan kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy.

Perak bermula garang seawal minit kedua melalui Isma Alif apabila menerima bola lambungan rakan namun ditanduk sipi kearah pintu gol Pulau Pinang. Minit ke 10 giliran Razali Umar memecah benteng lawan namun hantaran lintang beliau tidak disambut pemain lain.

Selepas itu Perak lebih banyak menguasai permainan tetapi pasukan tuan rumah sekali sekala mengancam dengan serangan balas pantas namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh barisan pertahanan Perak yang diketuai oleh Chun Keng Hong sebagai ketua pasukan.

Perak tidak menunggu lama pada separuh masa kedua apabila Razali Umar berjaya meledakkan gol pertama pada minit ke 51 hasil bola “terlepas” dari tangkapan penjaga gol lawan dan ini menimbulkan kontroversi apabila cuba dibantah oleh pemain Pulau Pinang.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Pulau Pinang melancarkan beberapa siri serangan pantas kearah kubu pasukan Perak dan hasilnya Mohd Faile berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 64 untuk menjadikan kedudukan terikat 1 – 1.

Sebelum itu, Perak membuat pertukaran pertama pada minit ke 58 dengan mengeluarkan Arsyah Ayob dan memasukkan pemain pertahanan, Hafiz Abdul Rahman. 10 minit berselang, Wan Hossen masuk untuk menggantikan tempat Khalis Ibrahim dibahagian tengah.

Bermula dari lontaran ke dalam, Razali Umar menceriakan kira-kira 600 orang penyokong setia Perak pada minit ke 77 apabila larian solonya berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol lawan.

3 minit kemudian pasukan tuan rumah ditimpa malang apabila pemain mereka menerima kad merah gara-gara terjahan keras keatas penjaga gol Perak Kamarul Effandi. Perak membuat pertukaran terakhir pada minit ke 40 dengan mengeluarkan Isma Alif untuk K. Thinagaran.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa 5 minit dengan dua pemain Perak menerima kad kuning iaitu Wan Hossen dan Razali Umar. Perlawanan seterusnya untuk pasukan Perak adalah menentang Pahang pada hari Sabtu 4 April 2009 di Stadium Perak, Ipoh.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20) – 2
Mohd Arsyah Ayob – 1
Muhd Nazri Kamal
Isma Alif – 3
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

Hafiz Abdul Rahman – 1
Wan Hossen – 2
K. Thinagaran – 3

Krew Info: San & Anip

Keputusan Perlawanan Lain 31 Mac 2009:

My Team 1 – 0 Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 0 – 1 Perlis
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 1 – 2 Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kelantan 1 – 2 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Terengganu 2 – 1 Selangor
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang 2 – 4 Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (result)

  1. belanak

    salam...

    syukur alhamdulillah kita beroleh kemenangan pada kali ini dan semoga momentum begini dapat diteruskan untuk game seterusnya....

    semoga kita akan berjaya dan seterusnya membuktikan kepada pihak di luar sana agar tidak memandang rendah akan keupayaan kita yang sebenar....

    harapan teman semoga pemain dapat mengekalkan prestasi dan tidak gugup untuk game yang seterusnya...kita dapat memberikan satu saingan yang menarik dalam liga super dan tidak mustahil untuk mencipta sejarah...

    all da best dan selamat berjuang untuk semua pemain Skor Yob Skor....korang memang boleh...yakin boleh!!!

    apa yang penting.. KERJASAMA...
    apa yang penting.. KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. house

    Salam Perjuangan!!!warga SDN...

    Sekalung ucapan tahniah serta dengan rasa penuh kesyukuran kita berjaya manfaatkan peluang membawa 3 mata berharga ke Ipoh.

    Secara matematiknya,kita telah menepati sasaran.Walaupun kita mendapat tentangan sengit dari pihak lawan.

    Tahniah kepada Razali Umar Kandasamy kerana anda berjaya membuktikan yang pujian,pengharapan peminat serta tittle prolifik striker pasukan Yop kepada anda adalah tepat.Juga tidak pernah sekalipun kami melupai bantuan dari rakan sepasukan yang lain dan player ke-13 kita yang turut menjayakan misi semalam.

    Insyallah,jika kita berjaya mencapai target serta momentum sebegini dikekalkan,top 5 pertengahan liga bukanlah satu impian yang tak pasti lagi.Ianya semakin hampir!!Semakin menampakan petanda kebangkitan Seladang dalam liga domestik ini.

    Sungguhpun top-5 adalah target pertengahan liga,namun adalah yang lebih penting bagi kami disini adalah kita mampu merapatkan jurang mata dengan pasukan tangga teratas dari kita.Biar kita dibawah sekalipun,asalkan perbedaan mata antara pasukan tangga teratas tidaklah begitu jauh.Ini membolehkan peluang merebut tahta liga semakin terbuka dan amat menarik.

    Bagi skuad Yop,saya mengharapkan kalian dapat mempersembahkan tahap konsistensi yang terbaik bagi mengharungi baki 3 lagi perlawanan nanti.Langkah berjaga-jaga dan tahap pengawasan yang khusus perlu diambil dan dititik beratkan terhadap kemampuan pihak lawan.

    6 mata dari hasil game dengan Pahang dan Plus FC bukanlah perkara yang mustahil bagi kita.Tapi kita haruslah berwaspada dengan kebangkitan Kedah.Akhir-akhir ini saya merasakan skuad Kedah telah mula menemui sentuhan kemenangan mereka.seharusnya mereka juga memasang cita-cita untuk menempatkan diri pada kedudukan top-5.

    Akhir kata dari saya,teruskan perjuangan anda semua!!Kerana peperangan baru saja bermula.Bibit-bibit kebangkitan setiap pasukan yang bersaing mula terasa bahangnya.

    Biar dilabelkan sebagai enjin diesel,kerana enjin diesel semakin lama ia digunakan semakin terbukti kekuatan dan ketahananya!!!

    Salam Qaulan...Chuck

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Park Lee

    Razali,anda yang terbaik..Terus kekalkan momentum pemusnah anda.Dan terus kekal bersama team Perak.

    "SKOR YOB SKOR"

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. padiltaiping_81

    Tahniah Yob! Kemenangan yang meningkatkan keyakinan penyokong Perak bahawa pada tahun ini team ini boleh mencapai sesuatu yang terbaik...

    Teruskan momentum kemenangan ini..skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    yobs..

    sedikit tahniah sebab dapat 3 mata berharga dalam "must win game" ini...jangan terlalu mengharapkan razali sahaja untuk menjaringkan gol..bayangkan jika razali dikawal rapi 2-3 player lawan??? player lain sepatutnya belajar menjaringkan gol..terutamanya back-up striker, winger, midfielder, serta tidak mustahil barisan pertahanan seperti dibuktikan kelab2 luar...cuba berfikir out of the box..komen yang ikhlas sepatutnya diambil positif..

    ubat yang pahit adalah menyembuhkan penyakit, gula yang manis boleh mendatangkan penyakit...

    fikir2 kan lah..

    -young generation that loves perak-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. padiltaiping_81

      Setuju!

      Jangan terlalu hanya bergantung pada seorang penyerang sahaja untuk menjaringkan gol...pemain2 lain juga seharusnya berkemampuan menjaringkan gol...

      bagaimana jika razali cedera @ digantung perlawanan, siapa yang boleh diharapkan menjaringkan gol?

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Tahniah atas kejayaan meraih 3 mata maksimum di gelanggang lawan. Kemenangan yang memang dijangkakan namun pada pandangan teman, beberapa kelemahan ketara tidak patut dilakukan dan diperbaiki lagi.

    Gagal menyepak bola, kawalan bola yang kurang kemas, mensia-siakan bola di kaki, gaya permainan yang sama dan mudah dibaca dan bagaikan kurang persefahaman lagi antara pemain.

    Kelemahan sebegini tidak patut berlaku pada seorang pemain profesional tambahan pula ini adalah perlawanan ke-10 liga.

    Jentera tengah sekali lagi tidak menampakkan kesan yang memikat dalam melakukan gerak dan hantaran yang mudah dipintas.

    Tingkatkan lagi mutu permainan kerana teman yakin anda semua boleh melakukan lebih baik lagi dari apa yang anda tunjukkan semalam. Teruskan usaha gigih anda yang penuh dengan semangat juang yang tinggi. Konsisten dalam setiap perlawan yang bakal dihadapi.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Salam..

    Jika ditanya kepada penyokong atau pasukan lain kuat ke Perak? Mesti ramai yang akan jawab, 'kalau nak diikutkan tidak lah hebat mana pun, sebab tak ada 'Star' dalam tim Perak'.

    Sebenarnya, mereka masih kabur dengan prestasi semasa pasukan Perak yang sebenarnya memiliki potensi yang diluar jangkaan. Kini Perak masih tercari-cari konsistensi dalam setiap perlawanan. Berdasarkan rekod sebelumnya, yang mana kita berjaya menyekat kemaraan Perlis dengan keputusan seri tanpa jaringan dan disusuli dengan kemenangan dengan Sang Harimau Kumbang digelanggang lawan, membuktikan ada bibit-bibit kebangkitan Skuad Seladang.

    Baiki kelemahan yang sentiasa berulang dalam setiap perlawanan. Sebagai contoh, bahagian tengah dan pertahanan. Dikhabarkan, pertahanan kita agar longgar semalam. Banyak kesilapan dilakukan yang jika pihak lawan memiliki penyudah yang mantap sudah pasti kita sukar meraih kemenangan.

    Barisan serangan juga banyak mensia-siakan peluang yang sepatutnya diterjemahkan dengan jaringan gol. Setakat ini, kita boleh berbangga dengan Razali Umar yang semakin menonjol sekali gus membuka mata pihak-pihak lain yang 'kurang nampak' pasukan kita.

    Teruskan perjuangan...Selepas ini tumbangkan Tok Gajah yang tumbang semalam ditangan Sang Kenari.

    Keep It Up..SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. azwandin

    Tahniah Perak menang perlawanan ini....kemenangan ini merupakan yang pertama dicatat ke atas pasukan negeri selepas 4 percubaan disusuli dengan kekalahan ( Selangor, N.Sembilan, Kelantan, Terengganu) dan 1 seri (Perlis). walaupun P Pinang bukanlah sebuah pasukan yang semantap pasukan-pasukan lain di dalam liga, namun sekurang-kurangnya kemenangan ini menyuntik moral yg segar kepada pemain kita.

    Walau bagaimana pun, masih terlalu banyak kepincangan di dalam barisan muda ini. Sebenarnya, perkara ini sudah dapat dijangka dengan skuad yang memang benar mentah pengalaman pada aksi tertinggi, paling ketara adalah kekurangan sentuhan seseorang yg mampu menjadi 'leader' dalam skuad, hantaran yang sering meliar, sentuhan penyudah yang masih tumpul, kesilapan 'budak sekolah', kelekaan benteng pertahanan dan ketandusan idea merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan..

    Bagi saya, saya lebih puas hati sekiranya skuad ini dapat menumbangkan pasukan-pasukan yang diwakili oleh bekas pemain-pemain perak yang telah berhijrah pada musim ini. Selangor, Kedah, Kelantan dan Perlis merupakan lubuk kepada pemain-pemain ini. Ada juga terasa begitu sakit hati dan geram melihat Perak tumbang kepada Selangor dan Kelantan apatah lagi melihat gelagat provokasi yang ditunjukkan Hamsani Ahmad dan juga Khalid Jamlus. Diharapkan perlawanan seterusnya kelak menentang Shahrulnizam Mustafa dan skuad Kedah nya akan memberi keputusan yang lebih menceriakan.

    Ini pendapat saya bagi skuad musim ini;

    Penjaga gol : Kamarul walaupun nampak mentah, namun secara kasarnya lebih baik dari megat. Walaubagaimanapun, dia perlu lebih matang dan belajar mengawal tempo permainannya selepas ini..contoh terbaik kesilapan mudah yang dilakukannya ialah memberi penalti percuma kepada selangor ketika Suku Akhir Piala FA di Ipoh ketika pasukan berjaya mengekang hebat Selangor, tindakannya melunturkan semangat rakan-rakan lain.

    Pertahanan : Subramaniam gagal menunjukkan contoh baik sebagai kapten di dalam pasukan, sering gagal mengawal emosi, Noor Hazrul berjaya menggalas tugas dengan baik di bahagian bek kanan namun, bahagian ini sering hilang tumpuan terutamanya sekiranya barisan serangan gagal menjaringkan gol.

    Tengah : Kehadiran Khalis memberi sedikit suntikan kepantasan kepada pasukan, keberaniannya dengan hantaran lintang mampu mencemaskan benteng lawan, Nazri Kamal ada menunjukkan sedikit peningkatan terutama dari segi memenangi bola namun masih sedikit takut untuk memegang bola lebih lama lagi, ada kalanya bahagian tengah tidak digunakan dan 'mati'..perlu diberi penekanan.

    Penyerang : Tidak dinafikan Razali Umar merupakan permata Perak untuk mencari gol, keberanian menggelecek dan bersaing membuatkan Razali mampu menjadi seorang pemain disegani di negala ini kelak..namun, Razali perlu lebih tajam dan tidak terlalu lama menyimpan bola, contoh terbaik menentang Kelantan ketika dia mempunyaI 3-4 peluang satu sama satu dengan penjaga gol namun hanya satu yang menemui gol, sudahnya, Perak menanggung kekalahan pada perlawanan tersebut. Saufi pula perlu lebih banyak belajar dan memperbaiki kelemahan membuat hantaran yang jelas sekali kelihatan.

    Moga Perak mampu mencapai sesuatu di luar jangkaan tahun ini!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.