TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 11 April 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Kempen TM Liga Super 2009 telah masuk perlawanan yang ke 12 buat pasukan Perak apabila bakal bertemu pasukan kelab dari Lembah Klang bimbingan Mohd Zan Mat Aris iaitu Plus FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sabtu ini.

Plus FC pada perlawanan pertama mereka menentang skuad seladang telah tewas 2 – 0 di Stadium Perak sambil menyaksikan Ramesh Lai Ban Huat diarah keluar padang oleh pengadil seawal minit ke 11 separuh masa pertama kerana menyiku Saufi Sa’aidi.

Perlawanan yang dilangsungkan 28 Februari itu turut menjadi satu sejarah buat Saufi Sa’aidi apabila menjaringkan gol pertama buat dirinya untuk pasukan Perak walaupun lebih banyak memanaskan bangku simpanan pada beberapa perlawanan sebelum itu.

Perlawanan ini seharusnya mampu menghasilkan 3 mata penuh berdasarkan kepada prestasi semasa Perak berbanding Plus FC. Perak ketika ini menduduki tangga ke 6 liga super dengan 19 mata berbanding Plus FC yang mengutip 13 mata ditangga ke 10.

Penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN berkata, ketiadaan Nazri Kamal yang menerima kad merah ketika menentang Pahang baru-baru ini tidak akan menjejaskan jentera tengah Perak kerana Hafiszuan mampu mengisi kekosongan tersebut.

“Hafiszuan akan mengisi tempat tersebut kerana kita akan meletakkan ketua pasukan S. Subramaniam dibahagian kanan pertahanan mengambil alih tempat Nor Hazrul yang kini berpindah ke sebelah kiri pertahanan setelah ketiadaan Hafiszuan.”

“Pada pertemuan ini juga, posisi penjaga gawang hampir pasti disandang oleh Megat Amir Faisal setelah Kamarul Effandy yang beraksi cemerlang setakat ini mengalami kecederaan retak tulang jari kanan ketika perlawanan bertemu Pahang tempohari.”

“Beliau dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya 2 minggu dan peluang ini sewajarnya digunakan oleh Megat Amir Faisal untuk mengembalikan kepercayaan panel jurulatih dan penyokong Perak umumnya setelah mempamerkan aksi hambar sebelum ini” tegasnya.

Kepada penyokong bolasepak Perak yang berada di Lembah Klang jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sabtu ini bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Perak bersama ahli-ahli SDN yang lain.

Kesebelasan kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
S. Subramaniam (K)
Chun Keng Hong
K. Puvinderan
Mohd Nor Hazrul
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Mohd Hafiszuan
Isma Alif
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (review)

  1. chuck

    Salam Perjuangan!!!

    Untuk game seterusnya pada malam minggu di KL besok,teman mengharapkan skuad Yop menepati sasaran dan ramalan untuk mendapatkan 3 mata penuh serta seterusnya berjaya menempatkan pasukan dalam skuad elit 5 pasukan teratas.

    Saya harapkan momentum kemenangan yang ada kini,ditambah baik bagi menjamin penuh kejayaan pasukan di KL nanti.

    Respon player dalam menghidu setiap peluang terhidang amat kami nanti serta tagihkan.

    Justeru dengan itu,marilah kita bersama-sama berdoa agar kejayaan memihak kepada pasukan.

    Akhir kata,kita semakin hampir menuju puncak.Pergerakan pasukan seperti black horses.Sukar untuk diramal dan dijangkakan.So pada pasukan KL,Beware!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    Salam.

    3 mata berharga perlu dipungut dalam perlawan ini demi meneruskan rentak kemenangan yang diperolehi. Kerjasama sepasukan serta semangat juang yang tinggi mesti diteruskan bagi memastikan kesinambungan gerak tidak menjadi sumbang ketika kemenangan berada dalam genggaman.

    Rebut setiap peluang yang ada apabila berada di dalam D agar tidak menyesal di kemudian hari. Minimumkan kesilapan di dalam padang.

    Buat Megat, gunakan kesempatan yang telah saudara terima. Lakukan sesuatu yang boleh saudara menutup mulut penyokong Seladang atas permainan anda sebelum ini.

    Teruskan perjuangan wahai Yob sekalian. Kalian berada dalam kedudukan terbaik bagi mendatangkan kegerunan kepada lawan apabila bertemu di atas padang. "Junior" hanya pada usia bukan kematangan beraksi di atas padang.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Sedar atau tidak, Kesebelasan Utama Perak hampir-hampir kepada asal penampilan dulu. Benar seperti yang dikatakan penulis di atas ketiadaan Nazri Kamal tidak meninggalkan kesan sebaliknya, M Karuthu telah merencana segalanya dan kini tibalah masa untuk mengimplimenkan perancangan itu.

    Dipendekkan cerita, malam esok main baik-baik, jangan membuatkan penyokong menyampah. Kesilapan lalu yang ditegur, 'diharamkan' ulang kembali. Lupakan terus.

    Ingat, Perak di tangga Ke 6 dan perlu menang dan memang kita adalah pilihan sabtu malam nanti. Ayuh! Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam...

    demi memartabatkan skuad muda Perak diharapkan malam esok kemenangan dikecapi. jangan terlalu dibuai dengan kejayaan yang lepas.ingat selagi nyawa masih dibadan perjuangan tiada hentiannya.Memang benar seperti dikatakan oleh seseorang,jangan terlalu meminta sesuatu dari skuad muda,tetapi tidak salah kami penyokong meminta sesuatu kejayaan yang teramat bermakna pada tahun ini untuk dijadikan kenangan yang teramat manis. Anda pemain muda sememangnya bagus,tetapi mentaliti setiap anda haruslah sentiasa berada ditahap yang tertinggi,jangan mudah terpedaya ataupun jangan cepat melatah.Kepada jurulatih diharapkan dapat melakukan sesuatu agar skuad muda Perak kali ini sentiasa berada dilandasan yang tepat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. taufiq

    Salam..

    Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Seladang Jr kerana menunjukkan semangat yang tinggi semasa menentang Pahang tempohari, walaupun bertarung dengan 10 orang. Tetapi perlawanan seterusnya ini, diharapkan persembahan yang mantap akan dipersembahkan demi menyemarakkan lagi maruah bolasepak kita.Kami warga seladang.net dan semua penyokong Perak sentiasa berada di belakang anda. Pastikan 3 mata di tempat lawan.

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    salam...Perak mampu menjaringkan gol jika bermain seperti minggu lepas.semangat begitulah yang perlu ada.Razali Umar pasti akan menjadi targetman untuk pertahanan KL Plus,jadi...peluang beginilah yang perlu dilihat oleh Saufi Saadi dan pemain lain.di bahagian pertahanan tidaklah menjadi kerisauan kerana keampuhan dibahagian ini.saya lebih gemar untuk M Karathu meletakkan Hafiz Abdul Rahman bermain 1-11 kerana kecemerlangan beliau semasa 2nd half bertemu Pahang minggu lepas yang berganding cantik dengan Hafizuan.
    Kesimpulannya...insyallah,Perak menang malam ini.semoga Razali Umar aka Adebayor Perak pasti akan menjadi duri dalam daging bagi pasukan KL Plus.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.