TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 11 April 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Plus FC 1 – 1 Perak

Perak sekadar mencatatkan keputusan seri 1 – 1 menentang Plus FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada perlawanan ke 12 TM Liga Super 2009 walaupun seharusnya mampu meraih 3 mata penuh jika penalti pada penghujung permainan berjaya dijaringkan.

Secara keseluruhan permainan dikawal baik oleh pasukan Plus FC dengan Perak turut melancarkan beberapa siri serangan balas pantas. Keadaan padang sedikit licin akibat hujan renyai yang turun pada awal permainan namun berhenti tidak lama kemudian.

Perak mencipta jaringan pada minit ke 21 hasil sepakan percuma dari jarak 25 meter sebelah kiri pintu gol Plus FC yang disudahkan dengan baik oleh Hafiz Abdul Rahman. Sepakan percuma itu diperolehi setelah Khalis Ibrahim dijatuhkan oleh pertahanan lawan.

Selepas jaringan tersebut, Perak dilihat lebih banyak bertahan dengan memperlahankan tempo permainan manakala pasukan Plus FC menggandakan asakan mereka namun beberapa peluang yang diperolehi gagal disempurnakan dengan baik oleh pemain mereka.

Bermula separuh masa kedua, Perak semakin diasak hebat oleh pasukan Plus FC dan hasilnya melalui satu sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol Perak, Fadzli Saari berjaya menanduk bola masuk melepasi kawalan Megat Amir Faisal pada minit ke 64.

Terdahulu Perak membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Arsyah Ayob pada minit ke 57 menggantikan Mohd Hafiszuan dan pertukaran kedua dengan memasukkan pemain skuad Presiden, Khairul Izzat Jamaluddin yang menggantikan Saufi Sa’aidi.

Keadaan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan pasukan Perak dihadiahkan sepakan penalti ketika permainan telah masuk minit ke 90 setelah Hafiz Abdul Rahman dijatuhkan oleh pertahanan Plus FC di dalam kotak penalti.

Arsyah Ayob dilihat mengambil bola untuk melakukan sepakan penalti dan tendangan beliau yang lebih berupa “hantaran” itu mudah ditepis dan rembatan susulan dari Isma Alif pula berjaya ditangkap di atas garisan gol oleh penjaga gawang Plus FC.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa 2 minit dengan kempen Liga Super berehat buat sementara waktu hampir 3 minggu untuk memberikan laluan kepada perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir TM Piala FA serta Piala AFC 2009.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
Chun Keng Hong
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
S. Subramaniam (K)
Mohd Hafiszuan – 1
Khalis Ibrahim (B20) – 3
Hafiz Abdul Rahman
Isma Alif
Razali Umar
Saufi Sa’aidi – 2

Pertukaran:

Arsyah Ayob – 1
Khairul Izzat Jamaluddin – 2
K. Thinagaran – 3

Krew Info: San, Syidi, Taufiq

Keputusan Perlawanan Lain 11 April 2009:

My Team 1 – 2 Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 2 – 1 Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium MP Selayang

Kelantan 1 – 1 Selangor
Stadium Nasional Bukit Jalil

Terengganu 0 – 2 Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang 1 – 1 Pulau Pinang
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (result)

  1. anipjebat

    salam semua..

    tahniah kerana seri 1-1 dengan Plus FC walaupun kemenangan yang sepatutnya diperolehi..sekurang-kurangnya satu mata lebih berharga daripada pulang tangan kosong..cuma teman terkilan dengan prestasi 2 pemain senior yang diharapkan mampu membimbing pemain-pemain muda kita iaitu Megat Amir dan Arsyah Ayob..ape yang teman nampak sejak akhir-akhir ini prestasi Arsyah Ayob amat mendukacitakan teman dan rakan penyokong yang lain,tidak seperti diawal musim yang mana beliau mampu jadi penggerak dan pencetus gerakan bermakna untuk pasukan Perak..maaf la kalau teman emosional tapi luahan ini ikhlas untuk melihat perkembangan yang positif dan kemajuan pasukan kesayangan kita semua..lama dipendam melihatkan prestasi lembik Arsyah Ayob sejak akhir-akhir ini dan kemuncaknya bilamana melihatkan sepakan penalti yang lemah dari beliau dan akibatnya kerugian yang amat besar bagi pasukan Perak..kita dilihat pasukan yang berpotensi untuk mencabar kejuaraan liga tetapi dengan keputusan sebegini ia menjejaskan kelancaran pendakian pasukan untuk memburu kedudukan terpuji dalam liga..

    come on Arsyah Ayob,do something untuk mengembalikan prestasi gemilang anda bersama pasukan Perak untuk dikenang oleh penyokong setia pasukan..anda pada kacamata teman merupakan pemain yang paling cepat pancit ditengah padang kerana anda bermain menggunakan kudrat sepenuhnya tanpa kreatif menggunakan akal..dengan pemain yang ada tahun ini sepatutnya cara anda bermain lebih mudah melalui hantaran-hantaran yang berkualiti tanpa perlu menyusahkan diri memegang bola terlalu lama yang akhirnya membuatkan anda cepat penat..contohi gaya permainan Ahmad Shahrul,tidak banyak berlari tapi sumbangan untuk pasukan cukup bernilai..Megat Amir teman malas nak komen panjang sebab semua penyokong sudah sedia maklum dengan kehebatan beliau.

    so untuk tempoh rehat yang ada ini harapnya semoga barisan jurulatih pasukan dapat lakukan sesuatu untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan..teman rindukan aksi seperti pertemuan dengan Kelantan tempoh hari..walaupun tewas pada pertemuan tersebut tetapi semua penonton terhibur dengan corak permainan yang disajikan..cadangan teman semoga Hafiz Abdul Rahman selalu digunakan dan ubah posisi Shahrizal Saad dari striker kepada attacking midfielder..cara beliau membuka permainan mengingatkan kembali teman kepada Azrul Amri Burhan suatu ketika dahulu..walaupun tidak sama tetapi mirip tu tetap ada..lagipun dengan kepantasan yang dimiliki Razali menjadikan Shahrizal bukan gandingan yang ideal untuknya..renung-renungkan untuk kebaikan bersama..wassalam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Anip, saya bersetuju 110% dengan pendapat anda tentang Arsyah Ayob. Kami penyokong Perak mahukan persembahan 'TULEN' anda.

      Jangan cuba 'mempermainkan' kami penyokong yang selama ini cukup derita dengan pelbagai masalah pasukan kesayangan kami ini. Saya sayangkan Perak dan kerana itulah saya masih setia berdiri sebagai seorang penyokong.

      Tiada alasan untuk anda (Arsyah) mempamerkan aksi longlai dan tidak bemaya, anda antara pemain berpengalaman, kena sedar perkara-perkara realiti sebegini.

      Ingat Arsyah. 'Kembalikan Perak'.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.

    Apa sebenarnya yang kurang dalam tim Perak?

    Semalam, tiada percubaan bahaya di babak pertama. Bahagian tengah 'mati' buktinya adalah Razali dan Saufi 'makan angin' di atas sebab 'bola tak sampai'.

    Hafiz Abdul Rahman selepas ini perlu pendedahan lagi untuk membiasakan beliau bermain dalam kesebelasan utama. Asah lagi kebolehan bermain di bahagian tengah dan serangan kerana beliau dilihat mampu mencipta larian dicelahan pertahanan lawan yang sukar disekat lawan.

    Pemain no.29 ( Khairul IzZat). Tindakan berani mempertaruhkan pemain muda ini dikala kita ketandusan gol kemenangan semalam. Ternyata, kali pertama penampilannya agak gugup, namun setelah hampir 5 minit bermain dia berjaya menyesuaikan keadaan. Ada gerakan yang dicipta dan bisa menggusarkan pertahanan lawan.

    Gerakan terbaik Khairul adalah apabila cuba melepasi pertahanan lawan dicelahan 2-3 orang pertahanan dari luar kotak penalti sehingga ke tengah kotak penalti. Jika tidak dijatuhkan pertahanan lawan, memang 90 peratus bola akan menerjah jaring. Daripada situ lah Perak dihadiahkan sepakan penalti.

    Pertahanan Perak. Patut diberi pujian kecuali Penjaga Gol yang agak gugup walaupun menangkap bola 'kacang'. Membuatkan penyokong kurang senang. Gandingan Subra, Chun, Hazrul dan Puvin nampak berhasil dan teruskan.

    Bahagian Tengah. Memang nampak hancur. Hafiz boleh dikatakan agak baik kerana berjaya menjaringkan gol tapi terlalu banyak kehilangan bola. Hafiszuan (Pasak) memang 'Off Form' dan memang patut dikeluarkan pada babak kedua, tiada langsung hantaran 'key pass' untuk 'Target Man' .

    Khalis, kadang-kadang sukar mengawal bola dan sering kehilangan bola 'mudah'. Juga tiada larian-larian yang menghuru-hara kan pertahanan lawan seperti perlawanan sebelumnya. Isma, agak baik. Tapi itu bukan Isma yang saya kenali. Banyak hilang bola dalam kawalan dan lewat membuat hantaran.

    Untuk komen Arsyah Ayob sila rujuk komen AnipJebat di atas.

    Keseluruhannya, pada pendapat saya prestasi Perak semalam adalah 'The Worst'. Seolah-olah tiada idea. Ingatan untuk Arsyah, anda adalah moral pasukan. Jangan cuba-cuba kecewa pemain lain dan kami semua dengan aksi 'basi' anda. Kami nampak turunnya prestasi anda.

    Perak De' Best. Perak Boleh. Adioss...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    salam,

    teman kecewa kerana tugas mudah untuk mendapat 3 mata dipersia dengan seri. ada masalahkah dalam team Perak? jika ada, sila perbaikinya sebelum terlambat!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam.

    Tahniah kepada Pasukan Perak yang berjaya memperolehi 1 mata hasil daripada persembahan hambar yang amat mengecewakan para penyokong Perak yang hadir ke stadium bagi menyaksikan aksi pasukan kesayangan. Kita mempunyai peluang kemenangan yang begitu cerah pada minit-minit akhir perlawanan apabila memperolehi sepakan penalti, tetapi sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh seseorang untuk mengambil sepakan penalti amat mengecewakan kami.

    Pujian harus diberikan kepada 2 atau 3 orang pemain sahaja yang beraksi pada perlawanan tersebut. Perlawanan tersebut seolah-olah makan angin atau pergi melancong. Untuk pemain Perak yang rasa-rasa dia telah melakukan kesilapan, tolong jangan ulangi kesilapan itu lagi. Ubah sikap demi bola sepak, demi para peminat dan bola sepak Malaysia. Apa-apa pun, perlawanan menentang KL Plus amat mendukacitakan dan mengecewakan. Ingatlah, peminat bolasepak Perak bukan sahaja di dalam Malaysia, malah di serata dunia.

    Demi bola sepak, tolong kembalikan bolasepak kita. Kita mampu mengubahnya.

    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam.....

    tahniah kepada pasukan Perak masih mampu membawa pulang 1 mata,walaupun sebenarnya 3 mata 99.9 peratus sudah pasti menjadi milik pasukan Perak.Disebabkan Arsyah Ayob yang teramat bijak kerana terlalu teruja untuk mengambil sepakan penalti menyebabkan 3 mata terlepas begitu saja. Apa sudah jadi?, adakah anda seorang pemain yang memang tidak sukakan kemenangan?

    Kepada Arsyah Ayob tolonglah jangan jadi pemain yang derhaka kepada jurulatih,kalau anda bukan pemain yang ditugaskan untuk melakukan sesuatu di padang tolong hentikannya.Jangan jadi seorang pemain yang tidak berdisiplin.Keseluruhan permainan pada perlawanan kali ini adalah satu persembahan yang teramat buruk pernah dilakukan oleh pemain pemain Perak musim ini,kemanakah hilangnya corak permainan yang pantas dan corak bertahan yang mantap pernah dilakukan oleh anda?

    Adakah ianya sudah dibuangkan ke laut?atau sudah tidak akan wujud lagi selepas ini?Kami penyokong mahukan kualiti daripada anda wahai pemain,kami tidak kisah pasukan kalah atau menang yang penting kualiti dan mutu permainan dapat dipersembahkan.Tidak mustahil apabila persembahan yang bermutu dan berkualiti dapat dilakukan kemenangan sudah pasti terjelma. Kemanakah hilangnya semangat anda untuk terus berjuang?Adakah ianya sudah ditanam kedalam tanah terus?

    Komen terhadap penjaga gol

    Sudah tiba masanya untuk Megat Amir bersara.....kerana anda sudah sememangnya tidak layak menjadi pemain,fikir-fikirkanlah.

    Komen terhadap Hafiz Abdul Rahman,beliau seorang pemain yang kelam kabut dan tidak pandai untuk mengatur gerakan gerakan yang menarik,tetapi kebaikan beliau mampu untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan mampu untuk menjaringkan gol.Diharapkan selepas ini andai Razali Umar atau Saufi Sa'aidi tidak dapat bermain letakkan beliau sebagai penyerang bukan diposisi tengah.Beliau juga seorang pemain yang rajin,sepanjang 90 minit beliau bermain jelas dan nyata tenaga beliau sememangnya berguna kepada pasukan cuma perlu diberi latihan yang lebih keras dan lebih mendalam.

    Komen terhadap jurulatih M Karuthu,diharapkan anda akan dapat melakukan sesuatu ketika sesi latihan,jangan terlalu banyak memberi latihan stamina sahaja, pemain pemain perlu diberi latihan taktikal yang banyak,demi memartabatkan kembali skuad Perak yang mula hilang fokus.Ketika perlawanan pula anda haruslah banyak menegur pemain pemain apabila persembahan sudah mula berterabur ataupun dalam keadaan pemain yang mula bermain longlai.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YB

    Rating & Review: Plus FC vs Perak

    Megat Amir Faisal:
    Penjaga gol paling senior dalam pasukan namun cara permainan cukup "GABRA". Bola-bola tangkapan rutin pun sentiasa asyik terlucut. Point: 4.5/10

    Chun Keng Hong: Secara keseluruhan bermain baik namun gol tandukan lawan sepatutnya mampu dikeluarkan terlebih dahulu oleh beliau. Tunggu dihadapan pemain lawan bukan dibelakang!. Point: 6/10

    Mohd Nor Hazrul: Tidak sebaik ketika bermain disebelah kanan namun mampu mengawal zone dengan baik. Point: 6/10

    K. Puvinderan: Beberapa kali berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya tetapi perlu lebih tangkas. Point: 5.5/10

    S. Subramaniam: Nampak seperti tidak pulih sepenuhnya, ambil masa cuti ini untuk memulihkan diri sebaiknya. Hantaran banyak tersasar dan kepantasan juga berkurangan. Point: 6/10

    Mohd Hafiszuan: Apa sudah jadi kepada pemain ini? bola sentiasa terlucut, lambat membantu pertahanan serta bantuan kepada jentera serangan juga agak berkarat. Kembalikan semula kebahagian tengah pertahanan. Point: 5/10

    Khalis Ibrahim: Menghidupkan sayap kanan pasukan tetapi perlu lebih banyak berkomunikasi dengan rakan lain. Point: 6.5/10

    Hafiz Abdul Rahman: Man Of The Match malam tadi dengan sepakan percuma cantik. Permainan agak kelam kabut dengan bola sentiasa terlepas dari kawalan namun kerajinan untuk memberi tekanan kepada benteng lawan harus dipuji. Perlu diturunkan lagi selepas ini untuk perlawanan akan datang. Point: 7.0/10

    Isma Alif: Bukan bermain pada tahap sebenar beliau, kurang mendapat bola dari rakan lain tetapi kerap membantu pertahanan. Point 6/10

    Razali Umar: Pemain paling kurang mendapat bola dari rakan, dikawal sekurang-kurangnya dua orang pemain lawan. Perbanyakkan "hit & run" setiap kali mendapat bola, tidak ramai pemain di Liga M mampu mengejar anda!. Point 5.5/10

    Saufi Sa'aidi: Permainan semakin menurun dari hari ke hari. Kerap mencari bola dibahagian tengah sambil membantu serangan tetapi kurang kreatif untuk membuat hantaran kepada rakan-rakan lain. Point 5.5/10

    Arsyah Ayob: Kemasukkan pada separuh masa kedua memberikan sedikit suntikan kepada jentera tengah namun gagal menjaringkan gol penalti yang diambil. Tolong jangan ambil sepakan penalti pada masa mendatang ini! Point 5/10

    Khairul Izzat: Pemain yang pertama kali diturunkan dari skuad Presiden. Ada kemampuan dengan larian pantas serta membantu serangan. Harus diberikan peluang untuk beraksi pada masa akan datang. Point: 6/10

    K. Thinagaran: Bermain pada akhir 2 minit permainan, Tiada rating.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. san

    mata berharga dari tiada..

    Sememangnya san tidak mengharapkan kemenangan dalam game ini, namun apa yang patut ditunjukkan ialah semangat berpasukan dan fokus dalam padang.

    Apapun diharap pemain semua dapat meningkatkan kualiti atas padang.

    Go Perak Go!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    Salam

    Kepada semua peminat Skor Yob Skor. Syulur alhamdulillah kerana dapat 1 mata (walaupun leh dapat 3 mata sebenarnye, mengikut komen2 di atas), semoga semua pemain dapat renung2kan kembali kesilapan dan perbaiki dalam waktu rehat ini.

    Jangan putus asa dan teruskan perjuangan kalian, pastikan baki sebelum pusingan 1 ini dapat dicapai malah lebih dari apa yang diimpikan. InsyaAllah dengan berkat kesungguhan serta kerjasama semua pihak.

    YB,teman harap pada komen akan datang adalah kiranya rating dan review macam kome buat sekurang-kurangnya pemain, coach, pihak pengurusan serta peminat yang tidak dapat hadir ke stadium dapat mengetahui kedudukan rating setiap pemain dari kaca mata peminat, dan seterusnya dapat mengenal dan memperbaiki kesilapan untuk game akan datang. Komen kome tu menarik dan teman suka sangat, kalau boleh untuk setiap game (kalau ada kerajinan dan sumbangan ikhlas dari mereka yang pergi stadium (LIVE rating tu!)

    Akhir kata, maju lah bolasepak untuk negeri PERAK.
    Skor Yob Skor..
    Apa yang penting.. KERJASAMA..
    Apa yang penting.. KERJASAMA..
    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. azwandin

    Salam rakan-rakan semua.

    Disebabkan saya tidak mengikuti perlawanan tempoh hari, maka tidak perlulah saya komen lebih-lebih kali ini. Cuma melalui komen-komen rakan-rakan yang lain, dapat saya simpulkan 2 perkara utama ;

    1- Jangan sia-siakan peluang gol ketika pasukan bermain buruk, ini lagi merugikan daripada bermain baik tetapi kalah.

    2- Buangkan sikap ambil mudah dan berikan komitmen 100% setiap perlawanan.

    Moga cuti lama dapat meningkatkan lagi prestasi dan bukan menjadikan prestasi pasukan lebih buruk daripada sekarang!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.