TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 2 Mei 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke 13 TM Liga Super 2009 pasukan Perak adalah bertemu semula dengan pasukan Pulau Pinang di gelanggang sendiri esok. Perak pada perlawanan di tempat lawan sebelum ini telah berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 2 – 1.

Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh penjaring terbanyak skuad seladang iaitu Razali Umar Kandasamy. Seperkara yang mendukacitakan kem Perak ialah ketiadaan beliau pada perlawanan kali ini kerana telah menerima kad kuning ke 3 tempohari sewaktu menentang Plus FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Tidak cukup dengan itu, skuad seladang juga kehilangan 2 orang pemain yang turut menjalani penggantungan perlawanan iaitu Nor Hazrul dan Arsyah Ayob. Dengan beberapa pemain utama masih mengalami kecederaan, keadaan pasti sukar buat jurulatih M. Karuthu merencanakan strategi berkesan ketika berhadapan Pulau Pinang nanti.

Tugas sebagai penggempur sudah pasti disandarkan kepada Saufi Sa’aidi sambil dibantu oleh Hafiz Abdul Rahman atau Nazri Kamal di bahagian serangan. Mohd Hafiszuan bakal mengisi posisi kiri pertahanan manakala S. Subramaniam di sebelah kanan.

Dibahagian tengah mungkin ada percaturan baru dari jurulatih dengan memasukkan Zahiruddin Sabri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Arsyah Ayob atau meletakkan kembali K. Thinagaran yang sudah lama tidak beraksi sejak kebelakangan ini.

Perak perlu memburu kemenangan berterusan untuk memastikan pasukan seladang mampu menduduki antara 5 pasukan terbaik dalam liga super. Sokongan penonton amat penting bagi menjana semangat pemain disamping turut membantu kantung pasukan.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong
S. Subramaniam (K)
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Zahiruddin Sabri
Hafiz Abdul Rahman
Isma Alif
Muhd Nazri Kamal
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pulau Pinang (review)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Setelah lama menyepi, kini teman hadir untuk beri
    komentar didalam ruangan yang tercinta ini...

    Disebalik kesibukan yang teramat teman, timbul rasa rindu
    pada pasukan no 1 di hati ini...
    Alhamdulillah, atas ketentuanNya teman ditakdirkan betukar jadual kerja mulai esok....
    Serik rasanya bekerja Shift Malam selama 4 minggu ni...

    Akhirnya dapat jugak teman pergi ke stadium esok...
    Moh ramai-ramai kita banjiri stadium ipoh esok....

    Buat pasukan seladang kita, berjuang bersungguh-sungguh,
    sasaran kita (untuk duduki senarai top 5 dalam liga)
    sudah hampir jadi kenyataan...

    Moga peroleh kekuatan yang berbisa esok...
    Moga dikurniakan idea-idea dan gerakan serangan yang mantap...

    Ayuh seladang mantap!!!!!
    Maseh ada yang setia menyokongmu.....

    "Selamat Ulangtahun Ke-2 buat Seladang.net"

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam...

    Semoga perlawanan esok malam akan beroleh satu keputusan yang positif.. dengan kemenangan maka tampuk kelompok 5 pasukan terbaik dalam liga makin hampir dikecapi..

    semoga segala perancangan dalam menghadapi perlawanan kelak akan menjadi tatkala ada beberapa pemain yang digantung perlawanan serta cedera.. kepada pemain yang bakal bermain... jangan mudah putus asa dan percaya lah pada diri sendiri.. renungkan diri dalam cermin dan saksikan wajah sang juara di cermin! Ya.. tiada yang mustahil seandainya kita berganding bahu antara satu sama lain... kalian adalah yang terbaik!

    ayuh... usah menoleh kebelakang lagi... teruskan perjuangan dalam sisa pusingan pertama dengan keputusan yang gemilang dan cemerlang... tetapkan semangat juang tinggi.. usah dilayan kerenah serta anasir2 yang negatif yang cuba membinasakan impian kita di Liga Super... think positif dan ayuh kita hadiahkan kemenangan bergaya buat semua penyokong Skor Yob Skor...

    selamat maju jaya dan semoga kejayaan mengiringi kita semua... InsyaAllah...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Setelah lama Liga Super berehat kini kembali untuk meneruskan kerancakan saingan liga berprestij ini.

    Pada pandangan saya, kita bakal mengalami sedikit 'tempang' apabila 2-3 pemain utama kita tidak dapat beraksi dalam perlawanan Sabtu ini. Namun begitu, dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain-pemain yang sebelum ini memanaskan bangku simpanan, saya amat yakin yang kita mampu menewaskan P.Pinang untuk kedua kalinya.

    Kelibat Hafiz Abd Rahman amat dialu-alukan setelah mempamerkan aksi yang cukup membanggakan dalam perlawanan tempohari di Cheras. Begitu juga dengan pemain muda Khairul Izzat, saya amat berharap dia dapat beraksi lagi menentang P.Pinang nanti.

    Untuk semua pemain, berkerja keraslah kalian. Ingat, ini 'periuk nasi' kalian dan carilah keberkatan di dalamnya. Keikhlasan kalian adalah tonik yang akan mendorong kalian pergi lebih jauh dalam bidang yang kalian ceburi.

    Selamat berjuang! Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.