TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 4 April 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke 11 kempen TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu dengan pasukan Pahang di gelanggang sendiri sabtu ini. Perak setakat ini menduduki tangga ke 6 Liga Super setelah meraih kemenangan 1 – 2 ke atas Pulau Pinang tempohari.

Pahang yang dibarisi ramai pemain muda dibimbing oleh Tajuddin Nor musim ini serta berada pada kedudukan ke 13 Liga Super dengan 7 mata setelah tewas 2 – 4 kepada Kedah pada perlawanan terakhir mereka di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sudah tentu kemenangan ditagih oleh peminat bolasepak Perak untuk perlawanan ini berdasarkan kepada pencapaian semasa pasukan yang agak baik. Kemenangan ke atas Pahang bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan ditambah dengan prestasi yang semakin meningkat dari jentera serangan yang diketuai oleh Razali Umar Kandasamy.

Kita kehilangan beberapa pemain kerana masalah kecederaan iaitu ketua pasukan, S. Subramaniam selain Syazwan Roslan, Fauzi Ariffin dan Shahrizal Saad namun itu bukan penghalang untuk kita mencari kemenangan ke atas pasukan Pahang sabtu ini menurut penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN semalam.

“Sudah sampai masanya para pemain “bangkit” dan mempamerkan kesungguhan dalam baki beberapa perlawanan pusingan pertama ini. Mereka semua harus bersaing untuk merebut tempat dalam pasukan kerana tiada posisi “tetap” untuk mana-mana pemain, terutama kepada mereka yang tidak beraksi pada tahap yang menyakinkan” ujar beliau.

Penyokong Perak diminta datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Perak. Kemenangan sabtu ini mampu melonjakkan Perak di tangga ke 5  Liga Super jika pasukan Kedah ditimpa kekalahan pada perlawanan mereka nanti.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Muhd Nazri Kamal
Isma Alif
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

  1. irKupa

    yobs..

    another 'must win match'...no other option, only win this match. 3 points needed. be confident but don't over do it...players, try to score more, try not to depend on razali only..show us a good well-organized team play...we play at home anyway, so win this game guys..

    -young generation who loves perak-

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Benar bagai dikata. Kemenangan amat ditagih ketika ini. Secara kasarnya, Pahang bukanlah musuh yang merbahaya. Berdasarkan prestasi semasa, tiada apa yang perlu dirisaukan tentang Pahang.

    Sebaliknya, teruskan momentum terbaik ini untuk terus mencipta kemenangan sekaligus menceriakan ribuan penyokong. Segala komen dan kritikan yang lalu betulkan sedaya yang mampu.

    Ingat, ini perlawanan di laman sendiri. Saya yakin memang kita akan bermain bermati-matian tapi kena 'Smart' (bijak). Lapangkan minda tumpukan 150% perhatian kepada permainan.

    Perak Boleh! Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zul_united

    Salam..
    Perlawanan esok seperti mana yang dikatakan adalah sebagai "must win match".Jika tewas,mungkin boleh dianggap sebagai 'bencana' besar terhadap pasukan.Teman yakin dengan kedudukan semasa kedua-dua pasukan serta menjadi tuan rumah adalah antara kelebihan kita untuk perlawanan esok(Sabtu).Tetapi harus diingatkan juga bahawa kelebihan itu hanyalah 2-3 peratus sahaja kemungkinan untuk kita mencapai kemenangan.Selebihnya adalah atas usaha kita sendiri.Jika kita bermain sambil lewa sudah tentu kesempatan yang besar ini akan diambil oleh skuad lawan yang begitu 'dahagakan' kemenangan untuk terus kekal dalam liga paling berprestij negara kita ini.Tetapi teman percaya dengan kekuatan pasukan yang kita perolehi,kita akan berjaya untuk mencapai kejayaan.AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.

    Kemenangan yang patut dicapai dalam perlawanan ini. 3mata yang wajib diperolehi. Pahang bukanlah lawan sebenar Yob namun itu tidak bermakna Yob perlu memandang enteng pasukan ini.

    Kesilapan dalam perlawanan terdahulu jangan diulangi lagi. Minimumkan kesalahan dalam permainan. Teruskan semangat jitu yang Yob tunjukkan selama ini. Lagi pun ini merupakan perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

    Teruskan berjuang. Bulatkan tekad. Main sebagai satu pasukan yang berwibawa.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ardee

    Salam Yop2 semua
    Perlawanan Sabtu ni perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kemenangan akan menjamin kedudukan yang lebih selesa. Banyakkan jaringan pesanan kepada striker dan defend janganlah leka. Jangan sia-siakan peluang. Bermain di tempat sendiri disaksikan ribuan penyokong, tunjukkanlah kehebatan anda. Moga Skuad PERAK akan berjaya dalam misi dan matlamat yang ditetapkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azwandin

    salamm...

    memang benar bak kata rakan-rakan semua bahawa esok merupakan perlawanan yang memang telah digazetkan untuk dimenangi. Pahang bukanlah sebuah skuad dalam kategori 'merbahaya'...dan 3 mata wajib dikutip malam esok

    namun, ini bukan bermakna kita boleh memandang enteng perlawanan malam esok.pemain perlu 'all-out' untuk memastikan Pahang pulang dengan tangan kosong. bahagian serangan perlu lebih tajam dan tak mensesiakan peluang-peluang mudah. pemain juga harus lebih tepat membuat hantaran dan jangan merugikan penguasaan bola yang dimiliki dengan hantaran meliar.satu lagi, jangan ketika dah sesak baru nak hantar bola kepada rakan (ini memang selalu diperhatikan berlaku).pertahanan pula tumpukan perhatian 100% dan jangan buat kesilapan mudah.sekiranya ini dapat dilaksanakan, pasti bahagian pertahanan mampu setanding dengan pasukan-pasukan 'heavyweight' lain.

    gunakan 3 kelebihan kita...yang pertama; sokongan penyokong. tak dinafikan ini senjata utama apabila pasukan turun bermain di laman sendiri

    kedua; semangat juang.memang nyata skuad tahun ni punya semangat juang yang lebih padu daripada skuad musim lalu.keberanian dan kesungguhan ini perlu ditunjukkan pada setiap perlawanan

    ketiga; kepantasan. satu lagi senjata skuad musim ini. pemain-pemain muda ini memang begitu pantas dan pasti membuatkan barisan pertahanan lawan tidak senang duduk..namun untuk malam esok kita akan berhadapan juga dengan skuad muda penuh kepantasan jadi komitmen terhadap aspek ini perlu ditekankan lagi

    ayuh Perak! teruskan pendakian!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sunrise

    salam

    Diharapkan skuad muda Perak akan mempamerkan persembahan yang amat bermutu,malahan pula perlawanan kali ini akan dibuat siaran langsung.Kemenangan pula adalah suatu keputusan yang amat bermakna untuk skuad muda Perak kecapi,agar mata dan kedudukan skuad Perak tidak akan ketinggalan jauh. diharapkan juga kepada penyokong penyokong setia Perak akan turut memenuhi stadium Ipoh demi menjaga martabat dan maruah kita semua.

    Buktikan kepada semua walaupun skuad muda Perak tidak memiliki pemain bertaraf bintang tetapi di Perak memiliki penyokong yang sentiasa bertaraf bintang. Dalam masa yang sama ianya mampu memberi semangat kepada pemain untuk bermain dengan lebih bertenaga. walaupun ada diantara pemain yang kini mula menjadi lemah untuk kekal bersama skuad Perak tetapi dengan adanya kita penyokong dibelakang mereka mampu untuk mengembalikan semangat yang sudah mula pudar.Nasihat teman kepada pemain pemain muda yang kini sudah mempunyai sikap tawar hati untuk bermain dalam skuad Perak akan dapat kembalikan semangat anda yang dahulunya berada di puncak.

    Lupakan seketika masalah yang anda hadapi,anda masih muda dan pelbagai rintangan yang bakal anda hadapi dimasa akan datang,jadikan masalah anda kini sebagai pengalaman yang teramat berguna. Kita hidup didunia ini hanya sementara bukanlah selama lamanya. Jasa Anda semua akan dikenang selama lamanya. Berilah sesuatu kegembiraan kepada kami yang mampu untuk kami kenang buat selama lamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    Salam...

    Harapan semua peminat tinggi menggunung tetapi jangan terlalu leka dan lalai tatkala melepaskan peluang untuk mencari gol dan seterusnya kemenangan 3 mata berharga.

    Para pemain jangan main sambil lewa dan bukti kebolehan kalian untuk game yang ke-11! Tiada lagi junior untuk game kali ini...kalian adalah wira yang bakal menaikkan kembali martabat Skor Yob Skor...

    Kerjasama semua pemain serta tidak lupa juga buat semua penyokong setia, tanpa sokongan padu pasukan kesayangan kita tidak akan ke mana tetapi kita tetap percaya dan berdiri teguh bersama-sama walau apa pun jua yang terjadi kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh... ayuh! kita gegarkan liga super dengan semangat juang yang tinggi...

    Selamat berjuang dan semoga kemenangan menyebelahi kita..InsyaAllah...

    Apa yang penting.. KERJASAMA!
    Apa yang penting.. KERJASAMA!
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yopnph

    salam,

    moga kemenangan akan berpihak kepada seladang muda kita.doa dari jauh untuk pasukan , kuat semangat pedulikan apa pandangan negetif dari orang lain.seladang akan terus maju jaya. yop tunggu kehadiran anda di Kota Bahru.

    skor yop skor.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.