Perlawanan TM Liga Super 2009 – 4 April 2009

TM Liga Super

7 lagi perlawanan TM Liga Super 2009 akan dilangsungkan malam ini dengan pendahulu Liga Super yang baru, Perlis berpeluang mengekalkan kedudukan selaku pendahulu apabila menanti kunjungan pasukan Plus FC di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Kelantan pula akan bertandang ke Darul Aman melawan Kedah yang semakin konsisten meraih kemenangan sejak beberapa perlawanan yang lalu. Terengganu yang masih segar dengan kejayaan membaham Selangor di tempat sendiri akan berkunjung ke Stadium Bandaraya menentang pasukan Pulau Pinang yang tewas kepada Perak sebelum ini.

Sementara itu Negeri Sembilan yang bergaya menewaskan Kelantan di Kota Bahru akan menanti kunjungan Kuala Muda Naza di Paroi dan perlawanan tumpuan Liga Super yang bakal disiarkan oleh RTM 1 untuk malam ini ialah pertemuan antara pasukan Perak menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh. (Tertakluk kepada perubahan disaat akhir).

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 4 April 2009:

Kedah vs Kelantan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor vs PDRM
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Kuala Muda
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC vs My Team
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Plus FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Pulau Pinang vs Terengganu
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Perak vs Pahang
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)