Perlawanan TM Liga Super 2009 - 11 April 2009
April 11th, 2009 by webmaster

7 perlawanan TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan 4 perlawanan adalah di sekitar Lembah Klang. Pendahulu Liga Super, Perlis bakal berkunjung ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk bertemu pasukan My Team manakala pasukan di tangga terbawah, PDRM akan melayani kunjungan pasukan Negeri Sembilan di Stadium MP Selayang.
Pasukan Kelantan yang sepatutnya bertemu Selangor di Kota Bahru terpaksa bermain di gelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan penyokongnya yang merusuh tempohari justeru mengundang hukuman berat dari FAM apabila venue Stadium Sultan Mohd Ke-IV digantung sehingga penghujung Disember ini.
Satu lagi perlawanan yang dijangka menarik ialah pertembungan pasukan Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta kehadiran pasukan Perak ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk melawan Plus FC.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 11 April 2009:
Plus FC vs Perak
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
My Team vs Perlis
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Muda vs Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar
PDRM vs Negeri Sembilan
Stadium MP Selayang
Kelantan vs Selangor
Stadium Nasional Bukit Jalil
Terengganu vs Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Pahang vs Pulau Pinang
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jadual TM Liga Super 2009 | Pusingan Kedua
- Jadual TM Liga Super 2009 | Pusingan Pertama
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 26 Mei 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 31 Mac 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 12 Mei 2009
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
