Perak Vs USM | Friendly Match
April 24th, 2009 by webmaster
Ahad 26 April 2008
Stadium Perak
5:00 petang
Satu lagi perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan yang baru dipilih oleh FAM untuk menyertai Liga FAM musim ini iaitu pasukan USM (Universiti Sains Malaysia) pada hari Ahad ini.
Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini dan masuk adalah percuma.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perak Vs Pilihan Daerah Tapah | Friendly Match
- Perak Vs Daerah Manjung | Friendly Match
- TLDM Vs Perak | Friendly Match
- Perak Vs Malinja FC | Friendly Match
- Perak Vs Pilihan Kuala Kangsar | Friendly Match
5 Responses to “Perak Vs USM | Friendly Match”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

semoga pemain perak menggunakan kesempatan liga yang berehat panjang untuk memulihkan kecederaan.. di samping itu menggunakan kesempatan perlawanan persahabatan ini sebagai pengekal daya prestasi..
Salam…
Diharapkan kesemua pemain pemain yang bakal diturunkan Ahad ini akan menunjukkan satu persembahan yang berkualiti. Jangan terlalu memandang rendah pada pasukan lawan. Ingat perlawanan persahatan adalah satu pentas yang amat berguna untuk anda. Kepada penyokong penyokong setia diharapkan agar dapat memberi ruang diri anda untuk menghadirkan diri kestadium untuk memberi sokongan kepada pemain pemain pasukan Perak,walaupun ianya hanya sebagai perlawanan persahabatan tidak bermakna kehadiran kita kestadium tidak perlu.
Salam.
Ternyata, barisan jurulatih Perak bersungguh-sungguh untuk memastikan Seladang benar-benar efektif untuk harungi baki Pusingan Pertama TM Liga Super dan meneruskan Pusingan Kedua dengan lebih sempurna dalam memastikan kita berada dalam kelompok pasukan terbaik di Malaysia.
Diharap semua pemain menggunakan peluang ini untuk membuktikan keupayaan diri masing-masing dan pada saya peluang untuk membarisi kesebelasan utama sentiasa terbuka sebilang masa.
Keputusan Muktamad:
Perak 2 - 0 USM
Gol pertama dijaringkan oleh Nazri Kamal melalui sepakan penalti manakala gol kedua oleh Hafiz Abdul Rahman.
Salam warga SDN..
En.Hafiz Abdul Rahman nampak begitu konsisten sejak akhir-akhir ni.Saya meramalkan yang beliau bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh certain player kita yang suspended or prestasi player kita yang ade setengahnya merudum jatuh.Deria/nafsu menjaringkan gol seakan penyerang prolifik.Syabas buat beliau!!!
Diharapkan En.M.Karathu dapat mempelbagaikan lagi bentuk cabaran dan ujian pada sesetengah player muda kita yang dijangkakan akan mempelbagaikan lagi bentuk keupayaan menjelang game menentang Penang di Ipoh nante.
Syabas pada pihak pengurusan Seladang.Semoga bintang baru akan terbit dari short train nie.Buktikan pada kami,kamampuan Yop.
Salam Qaulan..