Perak Vs Daerah Manjung | Friendly Match

Rabu 22 April 2008
Stadium Perak
8:00 malam

Satu perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan Pilihan Daerah Manjung pada malam ini bagi menguji beberapa pemain skuad senior Perak yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini.

Beberapa muka baru dari skuad Presiden juga dijangka akan diturunkan pada perlawanan ini. Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini dan masuk adalah percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Perak Vs Daerah Manjung | Friendly Match

  1. webmaster Post author

    Keputusan Muktamad:

    Perak 4 - 1 Daerah Manjung

    Perak mendahului 4 gol pada separuh masa pertama sebelum dibolosi 1 gol pada separuh masa kedua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam semua.....

    teman semalam bersama san distadium menyaksikan perlawanan tersebut. Pada pandangan teman corak permainan pasukan manjung lebih bagus cuma hanya dibahagian serangan sahaja yang agak teruk. Penjaga gol pasukan manjung lebih bagus daripada penjaga gol yang teramat berpengalaman iaitu Megat,walaupun pasukan Manjung tewas. Teman agak kecewa sedikit dengan pemain yang telah diturunkan oleh jurulatih kerana perlawanan sebegini rupa haruslah menurunkan pemain pemain simpanan yang tiada tempat didalam kesebelasan utama skuad Perak contoh paling utama seperti penjaga gol Perak yang ketiga iaitu Amri. Apa yang lebih mengecewakan sangat iaitu sikap pemain yang bermain sambil lewa, jangan jadi seorang pemain yang lupa daratan ataupun pemain yang terlalu sombong dan bongkak, memang perlawanan ini hanyalah perlawan persahabatan,tetapi ianya amat berguna untuk anda semua mempelajari satu corak permainan yang baru dan corak yang bertenaga. Walaupun kehadiran penonton yang agak terlalu sedikit tetapi majoriti yang hadir memperlekeh atau mempersenda persemabahan anda. Sampai ada yang bersuara mujur tidak dikenakan bayaran tiket,kalau tidak teramatlah rugi.Pujian harus diberikan kepada Hafis Abdul Rahman yang banyak menggerakkan dibahagian serang malah mampu mendorong bola kekaki kawan untuk menjaringkan gol dan mampu untuk menjaringkan gol. Ternyata Hafis Abdul Rahman mampu untuk digandingkan bersama Saufi Sa'aidi dibahagian serang pada perlawanan akan datang iaitu ketika menentang Skuad Pulau Pinang kerana Razali Umar Kandasamy sudah pasti tidak akan dapat bermain disebabkan pergantungan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. san

    Anip, list lineup player perak ade dgn sunrise,

    Gol pertama, kedua dan ketiga dijaringkan oleh saufi, dan gol keempat dijaringkan oleh Hafis Abd Rahman.

    Namun Megat A. Faizal bolos sebijik gol hasil tandukan lemah pasukan lawan

    pertukaran pemain ialah

    Ben digantikan dengan Hafiszuan
    Saufi digantikan dengan Zahir
    Thina digantikan dengan Arifin (Pemain muda)

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zul4all

    Terima kasih dengan sunrise yang memberikan laporan dari segi pandangan peribadi mengenai persembahan pasukan perak dalam friendly tersebut. Namun saya mempunyai pendapat tersendiri mengenai pencaturan Karathu yang banyak menurunkan pemain regular. Pada pandangan saya, friendly ini tidak dianggap ringan oleh Karathu memandangkan perak masih berada dalam posisi yang kompetitif untuk merebut kejuaraan liga atau sekurang-kurangnya mendapat TOP 5 seperti yang diharapkan oleh pengurusan dan para peminat. Oleh itu, perlawanan persahabatan seperti ini adalah sangat penting kepada pemain regular untuk mengekalkan keserasian,stamina dan ketajaman dalam menghasil dan menyudahkan peluang. Dan mungkin juga. inilah barisan yang bakal dipilih untuk menentang Pulau Pinang kelak.

    Lazimnya hanya perlawanan pra-musim sahaja yang digunakan oleh Jurulatih untuk mencuba pemain. Pemain seperti Benedict perlu perlawanan pemanas badan, kerana dia merupakan pemain berkualiti dan akan menjadi tonggak penting dalam pasukan. Namun, dengan prestasi konsisten Mohd Syazwan, Norhazrul, Hafizuan menutup sedikit peluangnya untuk membarisi barisan utama. Manakala Thina, pemain yang pantas dan mampu beraksi di posisi serangan,sayap dan tengah, cuma prestasi merosot menutup peluangnya untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Begitu juga dengan Zahiruddin,bekas kapten Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga pernah beraksi dengan pasukan bawah 19 Malaysia, yang jarang sekali diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

    Saya berharap beliau tidak putus asa dan terus berusaha menunjukkan kualiti sebenar pada dirinya. Sebenarnya,perlawanan pra musim sahaja yang digunakan oleh jurulatih untuk memberi peluang kepada pemain remaja atau pemain baru menunjukkan kelebihan,keistimewaan dalam perlawanan persahabatan yang diatur. Kecualilah,jika pemain yang ingin dicuba, benar-benar mempunyai kualiti setaraf untuk beraksi dengan pasukan utama. Sebagai contoh, peluang yang diberi kepada Mohd Ariffin, Wan Hossen.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Untuk pengetahuan semua, pada perlawanan menentang Pulau Pinang nanti kita akan kehilangan 3 tonggak utama iaitu Razali Umar, Nor Hazrul dan Arsyah Ayob kerana penggantungan.

    Jadi perlawanan ini dilihat lebih kepada mencari keserasian dalam menentukan barisan yang bakal di turunkan nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. khairol

    Umpama perlawanan abang menentang adik. Keputusan 4-1 tidak boleh dijadikan kayu pengukur kekuatan sebenar Perak. Apapun, ini peluang pemain simpanan menunjukkan bakatnya. Ayuh buktikan pemain simpanan pun boleh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam warga SDN..

    Teman sependapat dengan YB..Bagi teman game ni lebih menumpukan pada keserasian gandingan-gandingan baru bagi memperkukuhkan kekuatan pasukan dalam menghadapi sebarang kemungkinan player yang suspended.

    Setuju juga dengan pendapat sunrise tentang bermain sambil lewa ala star menentang manjung district kemarin.Perkara seperti yang saudara sunrise maksudkan itu bagi teman tak sepatutnya berlaku.Janganlah kita mudah lupa akan asal-usul kita.Renung-renungkan kembali dimana kita sebenarnya.Sambil menyifatkan tahap keyakinan yang tinggi juga perlu dalam pasukan.

    Setuju juga dengan keluhan zul4all diatas tentang sikap M.Karathu yang menurunkan barisan regular disamping sebahagian muka baru bagi mewarnai kekuatan pasukan menerima asakan Manjung team.dengan tujuan mendapatkan keserasian dalam setiap gandingan bagi menutup setiap inci kelemahan pasukan.

    Sekian..salam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.