Jersi SDN 2009 | Second Batch – Gold Edition

Logo | seladang.net

Hari ini komuniti SDN akan mengeluarkan Edisi Kedua Jersi SDN yang dipanggil Gold Edition. Seperti edisi sebelum ini, hanya 11 helai sahaja jersi yang akan dijual berdasarkan kepada konsep “first eleven” yang sering digunakan di dalam bolasepak.

Untuk “batch” kedua ini hanya ada 9 helai sahaja yang tinggal untuk dibeli oleh pengguna secara UMUM. Jersi telah dibuat khas dengan “design” yang tersendiri dari kain jersi ala Dri-Fit serta menggunakan teknik sulaman (embroidery) pada setiap logo.

[slideshow=8]

Jika diperhatikan “slideshow” diatas, pada setiap lengan kanan jersi akan terdapat bulatan (circle) yang menggunakan angka “ROMAN” sebagai nombor pilihan pembeli.

Terhadnya edisi jersi ini adalah kerana setiap pembeli hanya akan menerima sehelai baju mengikut nombor pilihan mereka berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Dalam erti kata lain setiap helai jersi yang anda beli cukup unik dan tidak dimiliki oleh sesiapa.

Setiap helai jersi dijual dengan harga RM 60 termasuk bayaran penghantaran pos berdaftar untuk Semenanjung Malaysia. Dengan setiap pembelian ini juga anda akan menyumbang sebahagian kecil wang pembelian tersebut kepada tabung Aktiviti SDN.

Senarai nombor, saiz dan pembeli:

Saiz: 4XL / 3XL / 2XL / XL / L / M / S

No Saiz Nama Bayaran
I L
RAZLAN
-
II M
AD13RANO
-
III L
MIEZ3
-
IV XL
BELANAK
-
V XL
SM1982 YA
VI M
MZAIN
-
VII M SYIDI -
VIII M
ANIPJEBAT
YA
IX M
SUNRISE
-
X XL
VIP NIL
XI 4XL
MEOR
-

Dua nombor telah siap ditempah khas iaitu VII dan X. Kepada mereka yang berminat untuk membeli jersi edisi terhad ini sila ikut contoh seperti yang dinyatakan dibawah:

Username: Ahmad
No Pilihan 1: IV
No Pilihan 2: V
No Pilihan 3: II
Size: M
No HP: 015-2345678
Alamat Pos: No 5, Jalan Seladang, Perak

Sila nyatakan 3 nombor pilihan anda mengikut turutan untuk mengelakkan nombor yang anda kehendaki telah pun ditempah oleh pembeli lain. Setiap pembeli hanya boleh menempah satu sahaja jersi SDN untuk kegunaan mereka sendiri.

Jika pembeli yang sama hendak membeli jersi yang kedua (nombor lain), hendaklah dibuat selepas tempoh 12 jam tempahan pertama berakhir. Namun bergantung jika terdapat lagi baki jersi yang tidak dibeli oleh mana-mana pengguna SDN.

Urusan pembayaran akan dimaklumkan setelah semua jersi siap ditempah oleh pembeli. Anda akan dimaklumkan melalui email cara-cara pembayaran serta nombor akaun dan melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh 3 hari selepas email dikirim.

Pihak kami berhak untuk membatalkan pembelian anda jika didapati gagal melunaskan pembayaran tersebut dalam tempoh masa yang diberi. Jersi tersebut akan dijual semula kepada pengguna lain yang berminat.

Nota: Gold Edition – membawa maksud penggunaan benang warna emas pada nombor Roman di lengan kanan jersi dan logo www.seladang.net di belakang jersi.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Jersi SDN 2009 | Second Batch – Gold Edition

  1. admin

    Terima Kasih kepada semua pembeli yang telah membeli jersi SDN - Gold Edition kali ini. Kami turut memohon kemaafan kepada mereka yang tidak dapat memiliki jersi SDN - Gold Edition ini walaupun telah menempahnya.

    Edisi seterusnya adalah jersi SDN - Silver Edition yang dijangka akan dikeluarkan penghujung bulan nanti. Mungkin jersi tersebut adalah yang terakhir untuk "design" yang serupa sebelum kita akan bertukar kepada "design" lain.

    Apapun segalanya bergantung kepada permintaan pembeli semua.

    Terima Kasih.

    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.