Jersi SDN 2009 | Perhatian Kepada Pembeli !!!
April 29th, 2009 by webmaster

Kepada yang telah menempah jersi SDN 2009 - Black Edition dan Gold Edition, dukacita dimaklumkan bahawa jersi-jersi tersebut tidak dapat diserahkan dalam masa terdekat ini kerana penghantarannya telah dibatalkan rentetan masalah kualiti pembuatan jersi tersebut yang tidak menepati piawai yang dikehendaki oleh pihak pengurusan SDN.
Pihak pengurusan SDN dan wakilnya telah berbincang dengan pihak pengeluar tentang penyelesaian kepada permasalahan ini. Justeru itu kerjasama dari pembeli juga amat diperlukan dalam memberikan maklum balas berhubung masalah tersebut berdasarkan pilihan yang telah dipersetujui oleh pengurusan SDN serta pengeluar jersi.
Berikut adalah antara butiran dari perbincangan tersebut:
- Pihak pengeluar jersi sanggup membuat semula jersi tersebut mengikut tahap piawai yang dikehendaki oleh pengurusan SDN tanpa sebarang kos tambahan (wang) kepada pembeli yang telah menempah jersi tersebut.
- Pihak pengeluar memerlukan tempoh sehingga 14 hari (maksimum) untuk kerja-kerja penambahbaikan kualiti jersi hinggalah kepada proses pembuatan dan penghantaran kepada pembeli.
- Pengurusan SDN dan wakilnya akan sentiasa memantau dan memastikan bahawa kualiti jersi yang bakal dibuat ini lebih baik dan terjamin mutunya sebelum dihantar kepada pembeli.
- Pihak pengeluar juga berjanji untuk cuba menyiapkan jersi tersebut lebih awal dari tarikh yang dijanjikan tanpa mengabaikan tahap piawai yang ditetapkan.
- Kepada pembeli yang telah “tawar hati” atau “risau” dengan situasi ini pihak pengeluar jersi bersedia memulangkan wang anda dalam tempoh 24 jam berdasarkan kepada prosedur di bawah.
Kepada pembeli yang mahukan pemulangan wang (refund) sila ikut format berikut:
Username:
Jenis Bank:
Nama Pemilik Akaun:
Nombor Akaun:
Kepada mereka yang mahukan “refund” tersebut, nama anda akan dikeluarkan sebagai pembeli dari senarai di bawah dan jualan akan dibuka semula kepada pembeli yang berminat mendapatkan jersi edisi terhad ini berdasarkan nombor yang ada.
Kepada pembeli yang sanggup menunggu diminta untuk memberikan sedikit komen pada ruangan komentar dibawah. Mereka yang tidak meminta “refund” sehingga 5:00 petang, Isnin 4 Mei 2009 akan dianggap sebagai bersetuju meneruskan pembelian ini.
Pihak pengurusan SDN memohon maaf atas masalah yang berlaku kepada semua pembeli. Pada kesempatan ini juga pihak pengurusan SDN mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengeluar yang sudi memberikan kerjasama demi memastikan pembeli jersi edisi terhad SDN mendapat yang terbaik dari kami.
Terima Kasih
admin
Jersi SDN Black Edition
| No | Saiz | Nama | Bayaran |
|---|---|---|---|
| I | 4XL | YB | YA |
| II | XL | VIP | NIL |
| III | L | ANIP | YA |
| IV | L | CHUCK | YA |
| V | XL | UDINESE | YA |
| VI | M | ZULZIA | YA |
| VII | M | SYIDI | YA |
| VIII | XL | SAN | YA |
| IX | M | TAUFIK | YA |
| X | XL | SUNRISE | YA |
| XI | XL | KERISTUJUH | YA |
Jersi SDN Gold Edition
| No | Saiz | Nama | Bayaran |
|---|---|---|---|
| I | L |
ACAP |
YA |
| II | M |
ZULZIA |
YA |
| III | L |
MIEZ3 |
YA |
| IV | XL |
BELANAK |
YA |
| V | XL |
SM1982 | YA |
| VI | S |
AZWANALI |
YA |
| VII | M | SYIDI | YA |
| VIII | M |
ANIPJEBAT |
YA |
| IX | 4XL |
FADLY |
YA |
| X | XL |
VIP | NIL |
| XI | 4XL |
MEOR |
YA |
Lambakan Jersi SDN 2009 yang “reject”

- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jersi SDN 2009 | First Batch - Black Edition
- Jersi SDN 2009 | Pembayaran
- Jersi SDN 2009 | Second Batch - Gold Edition
- Jersi SDN 2009 | Maklumbalas Pembeli
- Jersi SDN 2009 | Gold Edition - Jualan Semula
12 Responses to “Jersi SDN 2009 | Perhatian Kepada Pembeli !!!”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Salam..
Diharapkan dengan hasil perbincangan kedua belah pihak tersebut,mutu serta kualiti baju yang bakal pembeli nikmati nanti untuk 1st and 2nd batch adalah baik dan bersesuaian dengan maksud memenuhi piawai serta standard yang ditetapkan.
Mungkin segelintir pembeli ade yang terasa dengan kesilapan yang berlaku tersebut,memandangkan ini kerana ramai diantara mereka telah menanti harap akan merasmikan pemakaian beramai-ramai jersi tersebut pada game menentang Penang di Ipoh nanti juga dalam masa yang terdekat ini.Lebih mengharukan lagi,ada segelintir dari mereka yang saban hari menunggu posto didepan pintu tanpa berganjak.Bagi tujuan melicinkan proses serah-terima jersi tersebut.
Jesteru itu,saya mewakili pendapat sebilangan ahli yang lain agar tindakan pemantauan hendaklah diambil pada yang terlibat dalam proses pembikinan jersi tersebut agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.
Tindakan tegas serta charge lewat hendaklah dikenakan jika pengeluar tidak upaya menyiapkan jersi tersebut dalam tempoh 14hari seperti yang diminta.Kegagalan pengeluar mematuhi peraturan tersebut adalah secara terangan menunjukan mereka sendri tidak komited dan bersungguh-sungguh.
April 29th, 2009 at 10:58 am
Untuk pengetahuan mike chuck, semua jersi-jersi tu sudah siap, cuma panel penentu piawai SDN yang tidak setuju dengan kualiti akhir jersi tersebut sahaja.
Mutu kain memang sangat mantap, cuma beberapa masalah teknikal lain yang agak panjang lebar kalau nak diterangkan secara terperinci.
Tidak perlu sebarang tindakan kepada pengeluar memandangkan mereka sebenarnya sudah cukup komited untuk memberikan kerjasama dalam menghasilkan semula jersi yang lebih berkualiti kepada semua pembeli.
Oleh kerana pemantauan yang teliti dari pihak SDN, jersi tersebut tidak dihantar kepada pembeli walaupun pengeluar sebenarnya boleh bersikap “lepas tangan”.
Teman juga mewakili beberapa rakan pembeli yang lain mencadangkan supaya mike (chuck) meminta refund semula supaya tidak membuatkan mike ternanti-nanti di depan pintu rumah kelak.
Terima Kasih
salam,teman takpe,tak kisah asalkan dapat,teman sanggup tunggu jersi teman tu..
salam
teman sebagai salah seorang ahli SDN yang tetap akan menanti dengan penuh semangat demi mempromosikan produk SDN kepada orang di luar yang tidak mengenali SDN.
ini yang teman bangga dengan pengurusan SDN.. lebih utamakan kualiti.. lambat dapat jersi tak mengapa yang penting pengurusan SDN buat yang terbaik untuk ahli SDN. tahniah dan terima kasih atas keprihatinan pengurusan dalam masalah tersebut.
salam.teman bersetuju dengan pendapat sunrise dan serigala..teman tak kisah bile dapat..baju ni bukan senang nak dapat.kite juge boleh promote produk sdn.macam ape yang dikatekan oleh sedare sunrise..janji baju itu dapat.teman tak kisah menunggu.perak no 1.word life..
salam semua…
teman tak kisah dapat lambat pun sebab bendanya terhad..kalo nak cepat baik beli kat stadium je..tapi disebabkan nak yg lain dari yang lain maka teman sanggup menunggu..biar lambat takpe janji kualiti terbaik…tahniah pihak pengurusan SDN kerana mementingkan kualiti bukannya kuantiti.
Salam..
Teman tunggu je sampai jersi sampai. susah tuh nak dapat jersi nih…biar lambat janji kualiti ada… teman tak kisah lambat mana pun.. janji teman nak jugak jersi tuh…
bak kata pantun… 2, 3 kucing berlari.. mana nak sama si kucing Mike Tyson.. 2, 3 boleh ku cari.. mana nak sama jersi SDN special edition..
apa yang penting.. KERJASAMA..
apa yang penting.. KERJASAMA..
Jersi SDN Black Edition
Username: Zulzia
Size: M
No.: VI
Gambar sebenar jersi yang sudah siap, nampak mantap tapi sayang terpaksa dibuat semula kerana beberapa masalah teknikal yang berlaku sewaktu proses pembuatan.
(Background jersi touchup by Photoshop)
Salam..
Pada saya masalah tetap ada di mana-mana, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Jadi, jangan terlalu mudah melatah dan berdukacita kerana perkara sudah pun berlaku. Apa yang patut dilakukan sekarang? Sabar je lah..
Be Gentlemen. Bukan jersi berkenaan tidak dapat diedarkan langsung, cuma lambat sedikit atas sebab tertentu yang telah pun diselesaikan dengan baik. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.
Tuan-Tuan tengok lah sendiri design sebenar jersi SDN di atas. Apa pendapat Tuan-Tuan? Pada saya ianya amat unik dan dan bukan di’sedut’ dari mana-mana rekaan sebelum ini.
Jadi, sabar dan sabar.
salam
Pasal jersi tu, teman sabo menunggu daripada tak dapat langsung….
Lagipun tengok jersi tu memang cun…….
Salam.
Sesuatu yang berkualiti dan yang terbaik memang sukar untuk didapati. Hanya yang mampu bersabar dan tidak mudah putus asa sahaja yang mampu menggapainya. Kepada para pembeli, teman rasa ini bukan masalah yang besar buat kalian andai kalian fikir betapa kita hanya menghulurkan duit tanapa ada usaha yang lebih untuk melakukan apa-apa bagi mendapatkan yang terbaik. Betapa teruknya kita andai mahukan yang terbaik dan berkualiti tanpa ada sebarang usaha. Fikir-fikirkanlah.
Kejor Yob Kejor.
Skor Yob Skor.
Kejor Yob Skor.