Jersi SDN 2009 | First Batch – Black Edition

Logo | seladang.net

Buat pertama kali dalam sejarah penubuhan komuniti SDN, kita akan mengeluarkan Edisi Khas Jersi yang dipanggil Black Edition. Keutamaan diberi kepada krew-krew SDN yang selama ini telah bertungkus-lumus membantu perjalanan halaman ini sejak sekian lama.

Untuk edisi kali ini hanya ada 11 helai sahaja jersi yang akan dijual berdasarkan kepada konsep “first eleven” yang sering digunakan dalam bolasepak. Untuk “batch” pertama ini hanya ada 4 helai sahaja yang tinggal untuk dibeli oleh pengguna secara UMUM.

Uniknya jersi ini kerana telah dibuat khas dengan “design” yang menarik dari kain jersi ala Dri-Fit serta menggunakan teknik sulaman (embroidery) pada setiap logo.

[slideshow=7]

Jika diperhatikan “slideshow” diatas, pada setiap lengan kanan jersi akan terdapat bulatan (circle) yang menggunakan angka “ROMAN” sebagai nombor pilihan pembeli.

Terhadnya edisi jersi ini adalah kerana setiap pembeli hanya akan menerima sehelai baju mengikut nombor pilihan mereka berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Dalam erti kata lain setiap helai jersi yang anda beli cukup unik dan tidak dimiliki oleh sesiapa.

Setiap helai jersi dijual dengan harga RM 60 termasuk bayaran penghantaran pos berdaftar untuk Semenanjung Malaysia. Dengan setiap pembelian ini juga anda akan menyumbang sebahagian kecil wang pembelian tersebut kepada tabung Aktiviti SDN.

Senarai nombor, saiz dan pembeli:

Saiz: XL / L / M / S

No Saiz Nama Bayaran
I 4XL YB YA
II XL VIP NIL
III L ANIP YA
IV L CHUCK YA
V XL UDINESE YA
VI M ZULZIA YA
VII M SYIDI YA
VIII XL SAN YA
IX M TAUFIK -
X XL SUNRISE -
XI XL KERISTUJUH -

Kepada mereka yang berminat untuk membeli jersi edisi terhad ini sila ikut contoh format seperti yang dinyatakan dibawah:

Username: Ahmad
No: IV
Size: M
No HP: 015-2345678
Alamat Pos: No 5, Jalan Seladang, Perak

Hanya tinggal nombor IV, V, VI dan XI sahaja.

Urusan pembayaran akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan tempoh penghantaran jersi akan dilaksanakan dalam masa 2 minggu bermula dari artikel ini dikeluarkan.

Nota: Black Edition – membawa maksud penggunaan benang warna hitam pada logo nombor Roman dibahagian lengan kanan jersi.

Pemberitahuan: Kepada semua pembeli, email telah dikirimkan untuk memaklumkan cara-cara pembayaran dan nombor akaun.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Jersi SDN 2009 | First Batch – Black Edition

  1. admin

    Terima Kasih kepada semua pembeli yang telah membeli jersi SDN - Black Edition kali ini. Kami turut memohon kemaafan kepada mereka-mereka yang tidak dapat memiliki jersi SDN - Black Edition ini walaupun telah menempahnya.

    Sebagaimana yang kita semua maklum, hanya ada 11 helai sahaja jersi dikeluarkan untuk edisi kali ini. Namun untuk tidak menghampakan pembeli yang lain, mulai minggu hadapan pihak kami akan mengeluarkan 11 helai lagi jersi Second Edition yang dipanggil Gold Edition.

    Nantikan minggu hadapan...

    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.