TM Piala FA – Selangor Vs Perak (review)

TM Piala FA

Sabtu 7 Mac 2009
Stadium Shah Alam
8:45PM

Skuad Perak yang tewas 1 – 2 kepada Selangor dalam perlawanan timbal balik pertama TM Piala FA musim 2009 peringkat suku akhir di Ipoh akan berkunjung pula ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan timbal balik kedua malam esok.

Sepanjang musim ini pasukan Perak telah bertemu pasukan Selangor sebanyak 3 kali termasuk perlawanan persahabatan pra musim yang berkesudahan tewas 5 – 1, dalam kempen Liga Super juga tewas 3 – 1 manakala yang terbaru ialah Piala FA tewas 1 – 2.

Jika diperhalusi, prestasi Perak menunjukkan peningkatan dan ini bakal menjadi satu titik tolak baru kepada peminat pasukan Perak bahawa tidak mustahil untuk pasukan muda ini mencatatkan kemenangan yang pertama keatas pasukan Selangor selepas ini.

Seperti yang semua sedia maklum, pasukan Selangor kehilangan khidmat pertahanan tengah mereka Khairul Anuar Baharom yang digantung permainan selepas menerima kad merah kerana mengasari pemain Kelantan sewaktu saingan liga super tempohari.

Nasib yang sama juga menimpa pasukan Perak apabila penyerang utama Razali Umar Kandasamy menerima dua kad kuning pada perlawanan timbal balik pertama dengan Selangor rentetan kekasaran beliau terhadap Razman Roslan.

Ini bakal menimbulkan sedikit kerisauan penyokong skuad seladang tatkala pasukan bakal berkunjung ke Shah Alam. Penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata, para peminat tidak seharusnya merasa gusar dengan penggantungan Razali Umar.

“Jika kita imbas semula perlawanan ketika menentang Kuala Muda Naza di Ipoh tempohari, gandingan Shahrizal Saad dan Saufi Sa’aidi mampu menjana serangan mantap yang menyaksikan gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Saufi Sa’aidi”.

“Ketika ini kita masih mempunyai 3 orang penyerang yang boleh diletakkan dihadapan iaitu K. Thinagaran selain dari Saufi Sa’aidi dan Shahrizal Saad. Saya percaya pemain-pemain ini mampu memikul tanggungjawab ini sebaiknya.”

“Tiada sebarang perubahan drastik yang bakal dilakukan kepada barisan kesebelasan yang sedia ada namun salah seorang pemain iaitu Shahrizal Saad atau K. Thinagaran bakal mengisi satu slot penyerang untuk bergandingan bersama Saufi Sa’aidi”.

“Kita juga sentiasa meneliti dan cuba memperbaiki beberapa kelemahan yang diutarakan oleh peminat disini (seladang.net) sambil berharap peminat berlaku adil dalam memberi ulasan atau penilaian tentang sesuatu perlawanan yang disaksikan”.

“Saya dan panel jurulatih lain termasuk ketua jurulatih M. Karuthu tidak menjanjikan “Bulan Dan Bintang” kepada peminat Perak namun kami akan pastikan semua yang hadir akan terhibur dengan corak permainan pantas yang bakal kami pamerkan nanti”.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong (K)
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim (B20)
Arsyah Ayob
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif
K. Thinagaran
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Piala FA – Selangor Vs Perak (review)

  1. YB Post author

    Banner seladang.net akan dipasang di Stadium Shah Alam oleh krew bertugas sewaktu perlawanan Piala FA antara Selangor menentang Perak. Sila masuk dari arah Pintu Utama - Grandstand yang diluar terdapat litar Go Kart. Ikut jalan (terowong) bersebelahan dengan surau di dalam stadium tersebut dan pandang atas bersebelahan dengan tempat duduk VIP (warna BIRU) dan MEDIA (warna OREN).

    Banner seladang.net sebenar

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anipjebat

    salam..
    harapan untuk layak ke peringkat seterusnya masih ada walaupun berliku namun ianya tidak mustahil..gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menjaringkan gol,jangan dibazirkan peluang yang terhidang..harapan semoga pasukan Perak bermain mati-matian untuk mendapatkan slot ke separuh akhir..berusahalah wahai pemain2 sekalian,anda mampu mengubahnya..kembalikan semula zaman kegemilangan Perak dalam arena bola sepak negara..buat Thinagaran,jika anda terpilih mengisi tempat Razali,berusahalah sebaik mungkin untuk memenangi semula hati peminat..buktikan kepada penyokong semua yang anda masih berharga..jadikan setiap kritikan yang dilemparkan oleh peminat terhadap anda sebagai kritikan yang membina untuk anda membentuk jatidiri yang mantap dan menjadi pemain yang disegani pada masa akan datang..kami sebagai penyokong yang sentiasa berdiri dibelakang pasukan tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari anda tetapi cukup sekadar komitmen dan kerja keras dari anda serta kerjasama dalam pasukan bila diatas padang..buang sikap ego,buang sikap tamak,anda mampu menjadi pemain yang baik dikalangan terbaik dalam pasukan..ayuh seladang mantap,sematkan dalam diri masing2 mentaliti yang dahagakan kejayaan tanpa mengenal erti penat dalam memburu kemasyhuran..perjuanganmu sabtu ini diiringi doa dari kami..berjuanglah habis-habisan sehingga wisel penamat..Selangor tidaklah sehebat mana yang tidak boleh dijinakkan..berjuanglah demi maruah pasukan Perak..dimana ada kemahuan,disitu ada jalan..semoga berjaya..

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. bobiNHo84

    salam...

    Perlawanan malam esok adalah sangat penting penting kerana Selangor adalah musuh utama Perak dari dulu lagi..
    Diharap pemain-pemain yang diturunkan malam esok supaya bermain bersungguh-sungguh dan tak mengenal erti penat lelah..
    Menang kalah kita sendiri pun tidak tahu lagi..yang penting kita mencuba sehabis baik...hingga ke titisan darah terakhir.

    Selangor mungkin nampak maam takde apa-apa,tapi sebenarnya pasukan Selangor berada di dalam keadaan tertekan..Umpama "cover macho" je..padahal mereka lagi takut kalah dengan Perak kerana pada perlawanan ini Selangor adalah "PASUKAN PILIHAN"..

    Diharap malam esok Stadium Shah Alam akan dipenuhi dengan penyokong Perak..

    wassalam....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Segalanya dia terletak pada anda wahai pemain-pemain Perak. Kita hanya memerlukan kemenangan di Shah Alam. Satu gol tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya 2 gol tanpa balas. Itu lah sasarannya.

    Pastikan prestasi anda adalah yang terbaik bagi memastikan kita layak ke Separuh Akhir nanti. Sedari awal musim sememangnya saya menaruh kepercayaan kepada semua pemain muda ini, dan kini saya bangga kerana keyakinan saya tidak sia-sia kerana persembahan anda sebelum ini mengalami peningkatan yang mendadak.

    Oleh itu, teruskan. Berusahalah perbaiki segala kelemahan yang ternyata masih ada. Segalanya di tangan anda dan anda mampu mengubahnya.

    SKOR YOB SKOR! Pantang Maut Sebelum Ajal!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Teruskan berjuang wahai yob sekalian. Masih ada 90minit untuk membuat perhitungan dengan gergasi merah yang kerdil sebenarnya. Buktikan sesuatu yang sememangnya yob sekalian mampu mengapainya.

    Tingkatkan prestasi. Kesilapan lalu jangan diulangi. Bangunlah berusaha sebaik mungkin. Semuanya bergantung kepada anda, Perak Jr.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Salam sahabat SDN semua...

    Semoga hari anda senantiasa indah dan ceria selalu hendaknya...1st of all,tentang kehadiran big fan yop kat Shah Alam besok,teman menaruh kepercayaan penuh mengatakan yang stadium tersebut bakal dibanjiri dengan lautan manusia yang memakai baju bewarna kuning.

    Kehadiran tersebut bukanlah sampingan dari aktiviti hujung minggu.Tapi mempunyai Visi dan misi yang besar dimana mengharapkan Perak jr dapat membuktikan sesuatu pada fan dan seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir dengan penuh gah dan gayanya.

    Bagi semua player yang telah pun diberi kepercayaan untuk bermain bagi 90 minit seterusnya nanti di Shah Alam,teman harapkan mike mampu untuk buktikan sesuatu yang nyata pada tahap serta kemampuan miker.Buktikan saper diri miker tu.Buktikan ape yang miker ada dan mampu persembahkan buat kami.

    Jangan disebabkan ada pihak yang mempertahankan kedudukan mike,pilihan pemain yang terhad bagi coach serta pujian melangit yang tinggi bagi setengah player untuk game yang lepas,anda alpa,lupa diri serta gah mengatakan anda hebat.Harus diingat,setiap inci pergerakan anda,ada sahaja mata yang memandang.Jadi,suka saya mengingatkan miker semua agar dapat membuktikan serta mempersembahkan mutu permainan yang baik lagi berkualiti.

    Pada En.Kamarul Effandi,saya mahukan sesuatu dari anda.Suatu perubahan yang paling ketara berkenaan perkara yang telah saya kritik sebelum ini.Jika anda merasakan ianya bertujuan bagi menutup setiap kelemahan yang ada pada diri anda bagi perlawanan sebelum ini.Post anda adalah post yang paling sesuai untuk baca rentak/tempo perlawanan selain dari post lastman.Sebab itu sukar bagi saya untuk menerima jika anda tidak mampu untuk melakukan sebahagian kecil skop tugas anda selain hanya menjaga gawang semata-mata.Dari situlah kita mampu menilai respon anda sebagai seorang keeper yang terbaik untuk Perak.Dari situ jugalah anda mampu menilai serta membuat sesuatu keputusan yang bagi anda adalah tepat serta berbaloi untuk dilakukan.Jangan bergantung harap pada kudrat je yop.So,untuk anda,teman give 100% support and kredit untuk anda buktikan didepan kami nanti.

    Sebagai contohnya disini,alertnya Pepe Reina(Liverpool),apabila dapat mematahkan serangan pihak musuh,beliau terus baling bola pada Xabi Alonso ditengah,Alonso hanya berlari kurang lebih 1 meter then pass to Keane then,Goal!!!easy bukan???Itulah yang teman nak miker belajar.Alert selalu.Respon mampu menghidu peluang yang mampu untuk rakan-rakan merencanakan serangan serta memperolehi Goal.

    Bagi Thinagaran,tunjukanlah pada kami kemampuan sebenar diri anda,larian deras anda,kebolehupayaan anda memintas 2-3 orang player serta kecekapan anda menghidu peluang bagi rakan-rakan yang mempunyai ruang dan peluang bagi memperoleh gol.Kemana perginya kebolehupayaan anda sebelum ini??Adakah kerana anda dah share dengan rakan-rakan yang lain??Kalo iyer,anda seorang yang bagus..tapi pergi amik power yang ada dekat Razali sebab dia tak main.OK??

    1st teman perhatikan mike main dulu,teman sangkakan miker ni jelmaan express Parit (En.M.Nagaraja).Huh...gaya larian dan potongan bola yang seakan-akan seiras..Diharapkan saudara berupaya membuktikan saudara adalah selayaknya berada dalam skuad serta buktikanlah pada saper pun jua yang berada di belakang saudara, dari saudara mula bermain bola sehinggalah saudara berada pada kondisi sekarang.Tentu mereka akan bangga dengan saudara!!!

    Pada En.Saufi,perbanyakan shooting.Tak kiralah ianya dalam kondisi bagaimana sekalipun.Tapi make sure shoot on target.

    En.Nazri Kamal,anda seorang yang cool.gaya anda samacam Xavi Xernandez(BARCA).Pemilihan anda sebagai arkitek dibahagian tengah adalah tepat sejajar dengan watak anda sedemikian.Namun hantaran jauh serta lorongan bola yang menarik serta mempunyai value untuk memperolehi gol adalah dituntut sama sekali.more practise dalam shooting jarak 20 m keatas dari pintu gol.

    En.Isma Alif,Sikap anda saya cukup-cukup respect.Anda sedar serta bijak dalam membuat keputusan.Contohnya,bila anda tidak mampu untuk lepas dari halangan pemain lawan anda akan cuba melarikan sikit diri anda serta membuat satu crossing yang,Pergghh...memang cun.Lipat gandakan lagi usaha anda!!

    En.Arsyah,we want more attacking..Manfaatkan setiap peluang yang terhidang.Anda manfaatkanlah kebolehan anda dalam menghidu setiap peluang menghasilkan gol buat pasukan.Komunikasi antara anda,Saufi,Thinagaran dan Isma amat ditagih dalam buruan mendapatkan gol.Create ur own dimension.

    Bagi benteng kebal kita,miker berempat haruslah sentiasa berhubungkait dengan Nazri serta Kamarul Effandi,create your leader dari anda berempat.Ini bertujuan bagi memastikan setiap hubungan serta komunikasi berkesan antara anda berenam adalah baik.Salah paham antara pemain adalah menyumbang kepada faktor BOLOS!!!

    Pada En.coach M.Karathu pula,saya cadangkan kita bermain corak serangan habis-habisan.Ini memandangkan Selangor akan bermain secara bertahan memandangkan secara matematiknya kita ketinggalan 1 gol setengah dengan pihak lawan atas perkiraan jaringan ditempat lawan.2-0 satu keputusan yang baik,namun jika dapat 3 ianya sudah begitu selesa.

    Teman cadangkan formasi 3-4-3 sebagai bekalan untuk kita memperolehi gol awal serta gol kemenangan seterusnya.Thinagaran dan Saufi bermain di kiri dan kanan Sharizal Saad yang diletakkan dibahagian tengah.Arkitek dibahagian tengah centre pula diberikan pada En.Nazri dan En.Hafiszuan.Disamping Isma alif bersama seorang lagi rakan yang sesuai,diletakkan di bahagian kiri dan kanan Nazri dan Hafiszuan. Hafiszuan more pada defensive and Nazri more pada support attacking.saya harapkan sedikit sebanyak dari cadangan serta buah pikiran saya ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea pada pihak tuan.namun ianya hanyalah sekadar cadangan kerana tuan lebih mengenali kebolehan serta keupayaan sebenar pemain-permain ini.

    Prediction teman untuk game ni,Perak 3 and Selangor 0.Semoga yop Jr masih lagi gairah untuk meneruskan road to Malaysia FA CUP!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      "en. penyokong" juga jangan dilupakan juga chuck... tanpa mereka siapalah Seladang Muda sekarang ni.

      Ayuh mike-mike yang berpeluang ke stadium, kita penuhi 'saf' penyokong Perak, tidak mustahil pemain Perak meraikan kemenangan dihadapan kita esok!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. irKupa

    salam..

    Sebagai peminat setia, teman yakin bahawa kalian mampu menghasilkan persembahan yang bermutu seperti bertemu beberapa pasukan dalam tahun ini..persembahkan kualiti permainan yang baik, terjemahkan peluang yang ada serta kuatkan mentaliti anda sebagai pemain bola sepak negeri yang sememangnya dikenali kerana menghasilkan pemain2 yang berkaliber setiap tahun...gunakan kekuatan stamina kalian dengan sebaiknya bagi menghadapi perlawanan yang penting ini. Telah 2 kali temanmenyaksikan sendiri tahun ini, bagaimana Perak berjaya mengawal permainan dengan menggunakan segenap kudrat stamina bagi mengasak pasukan berpengalaman Selangor ini. Kalian mampu mengulanginya dengan syarat tiada kesilapan bodoh dari individu. Bermain lah dengan berpasukan. Kepada penyokong/ anak jati Perak yang berada di Lembah Klang, tutunlah ke stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan yang jitu kepada anak2 muda Perak beraksi..sokongan anda diperlukan...akhir kata, persembahkanlah permainan berkualiti, semestinya kemenangan yang kita cari...

    sekian..

    -kejor yob score-

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. taufiq

    Salam...

    Teman harap satu persembahan yang menarik bakal disajikan oleh pasukan Perak pada saingan suku akhir pusingan kedua nanti. Coach Selangor ternyata sudah pun berpuas hati dengan bekalan golnya yang diperolehi di Stadium Ipoh tempohari. Tetapi kita mampu buktikan bahawa masih belum mencukupi bekalan yang dibawa Selangor. Nampaknya mereka memandang rendah kemampuan kita. Mereka terlalu yakin akan kemampuan mereka di tempat sendiri. Ayuh Seladang jr, tumbangkan 'Red Giant' di hadapa penyokong setia mereka. Tunjukkan kepada Malaysia bahawa kita yang terbaik.

    Apa pun, kekalkan rentak permainan, tingkatkan semangat kerjasama berpasukan dan buktikan kita adalah pasukan yang terbaik..

    We Are Perakian, Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. sunrise

    Salam.

    Diharapkan Skuad Muda Perak dapat mempamerkan satu persembahan yang bermutu, jangan terlalu leka dan cepat mengalah. Kuatkan semangat untuk berjuang habis-habisan tidak kira menang atau kalah yang penting tingkatkan kematangan permainan dan jangan terlalu tertekan dengan situasi sekarang. Apapun yang paling penting setiap pemain dapat memahami dengan peranan masing-masing ketika di tengah padang. Kalau ingin bermain dalam keadaan tempo yang pantas kesemua sekali bermain secara pantas, jangan lakukan seperti pusingan pertama di Stadium Ipoh. Pertahanan perlu peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh pihak lawan, penyerang harus bijak mengatur serangan dengan pantas, bahagian tengah pula perlu bijak mengatur strategi jangan terlalu gopoh. Kepada Penjaga Gol tingkatkan lagi mutu permainan anda, buat tindakan dengan tepat. Kalah atau menang itu semua nasib dan takdir, yang penting usaha dilaksanakan dengan bersungguh sungguh. Kurangkan kesilapan, jangan lakukan perkara yang sama berulang kali.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. khairol

    Salam Pertemuan.

    Jika di lihat sepanjang kempen Piala FA 2009, keputusan di gelanggang lawan adalah lebih baik berbanding di halaman sendiri.

    'Aggregate' 11-1 ke atas SDM Kepala Batas pada pusingan pertama melayakkan Perak ke pusingan seterusnya, namun aksi di gelanggang lawan lebih menghasilkan gol dari gelanggang sendiri.

    Berikutnya, kemenangan ke atas KM Naza pada pusingan sebelum ini di Alor Setar sebagai panduan, walaupun pada awalnya hanya mampu mencatat keputusan seri di Ipoh, perjuangan sehingga 120 minit di halaman KM Naza membolehkan Perak mara dengan aggregate 3-2.

    Apakah akan ada keputusan yang lebih baik di gelanggang lawan pada pertemuan kedua berhadapan Selangor di Shah Alam pada peringkat Suku Akhir.. (mudah-mudahan berjaya)

    Walaupun ia sekadar teori mahupun secara kebetulan, aksi 90 minit lagi akan menjadi penentu ( tidak mustahil akan berlarutan ke masa tambahan).

    Ayuh kita bersorak di Shah Alam, semoga suara kita menjadi perangsang buat pemain-pemain dalam memburu piala yang kita juarai edisi sulungnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. zul4all

    Saya berharap Thina akan diturunkan sebagai penyerang, beliau lebih baik beraksi di bahagian depan, beri posisi 'Wing' kiri kepada Isma Aliff, Isma lebih baik dan corak permainannya begitu 'simple', saya tertarik dengan aksinya berbanding yang lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. belanak

    salam..

    teruskan perjuangan hingga ke wisel penamat...
    jangan putus asa..jangan leka dan teman percaya ada sinar kejayaan menanti kita semua seandainya kita yakin dan berusaha dengan lebih tekun...

    ayuh...PERAK boleh dan penyokong akan tetap bersamamu..

    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob SKor..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.