TM Piala FA – Perak Vs Selangor (review)

TM Piala FA

Selasa 3 Mac 2009
Stadium Perak
8:45PM

Kempen TM Piala FA musim 2009 telah memasuki pusingan suku akhir dengan skuad muda Perak bakal bertemu pendahulu liga super, Selangor pada perlawanan timbal balik pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh selasa ini.

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan adalah pada saingan liga super 6 Januari 2009 yang lalu apabila Perak tewas 3 – 1 kepada pasukan Selangor ketika bertandang ke Stadium Shah Alam dengan gol tunggal skuad seladang dijaringkan oleh Razali Umar.

Barisan muda Perak ketika itu beraksi dengan semangat tinggi disamping sokongan padu para penyokong Perak di Stadium Shah Alam namun kelemahan ketara pengadil dan penjaga garisan menjadi faktor utama kekalahan pada malam tersebut.

Pertemuan semula dengan Selangor dalam timbal balik pertama Piala FA di Ipoh kali ini haruslah digunakan sebaiknya oleh skuad Perak untuk melakarkan kemenangan ditempat sendiri sebelum bertandang ke Shah Alam pada 7 Mac 2009.

Pasukan Selangor bakal kehilangan khidmat pertahanan tengah mereka Khairul Anuar Baharom yang digantung permainan selepas menerima kad merah kerana mengasari pemain Kelantan sewaktu saingan liga super sabtu lalu di Shah Alam.

Penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN berkata, pertemuan menentang Selangor dalam piala fa adalah menjadi keutamaan panel jurulatih bagi mencari kemenangan yang dicari-cari selepas tewas di Shah Alam tempohari.

“Ini adalah peluang terbaik para pemain muda Perak untuk mencatatkan kemenangan di gelanggang sendiri keatas pasukan lawan yang ternyata jauh lebih berpengalaman dan mempunyai barisan pemain-pemain dari skuad kebangsaan”.

“Perak mungkin tidak membuat sebarang perubahan kepada barisan yang sedia ada memandangkan mereka (kesebelasan sebelum ini) bermain dengan penuh semangat dan bekerjasama sebagai satu unit dalam melancarkan serangan mahupun bertahan”.

“Beberapa kelemahan perlu diperbaiki menjelang pertemuan itu dan saya percaya kita mampu mencatat kemenangan keatas Selangor kerana Perak sudah cukup bersedia untuk bermain bukan untuk 90 minit tetapi lebih dari 120 minit” tegas beliau.

Kehadiran penyokong skuad seladang membanjiri Stadium Perak amatlah diharap buat menyemarakkan lagi semangat pemain muda Perak pada perlawanan Piala FA ini yang boleh diibaratkan sebagai satu perlawanan akhir kepada sesetengah peminat.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Syazwan Roslan
Mohd Nazri Kamal
Khalis Ibrahim (B20)
Arsyah Ayob
Isma Alif
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Selangor (review)

  1. irKupa

    salam...

    come on guys...perlawanan ni memang ditunggu-tunggu sebab antara musuh tradisi zaman-berzaman, ditambah plak Selangor 'mencuri' beberapa player berpengalaman Perak...perlawanan yang dianggap pertembungan antara 2 generasi, pengalaman serta stamina menjadi modal perjuangan...sewaktu menyaksikan game liga super Selangor-Perak baru2 ini, Perak sebenarnya mampu menewaskan Selangor ditambah dengan stamina yang lebih berbanding skuad 'kuda tua' ini..jangan dipersiakan peluang ini. jangan takut dengan permainan kasar serta keras, terjahan menggila skuad tua tersebut, tetapi cuba bermain sedikit kasar, tapi bukan kotor bagi menambah perang psikologi ke atas lawan. jangan kerana kita baru usia setahun jagung, boleh dipijak2 seperti game lepas. geram + bengang pon ade...keraskan hati, mental...teman akan ke stadium insyaAllah.. midfield pastikan lebih kreatif dan bertenaga untuk membantu penyerang menghasilkan gol..

    sekian...

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam

    Diharapkan kepada pemain pemain Perak dapat melakukan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin pada perlawanan kali ini,kerana ianya boleh dikatakan misi membalas dendam.
    Jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif sebelum mulanya wisel perlawanan.Anda mampu untuk memenangi perlawanan ini seandainya disiplin dan semangat yang anda bawa pada perlawanan ini.Jadikan perlawanan sebelum ini ketika di stadium Shah Alam sebagai satu pengajaran untuk dijadikan panduan supaya ianya tidak berulang kembali. Tidak dinafikan pasukan Selangor adalah sebuah pasukan yang lebih jauh berpengalaman dari anda,tetapi seandainya anda bermain menggunakan akal fikiran dan menggunakan kelebihan stamina yang anda miliki tidak mustahil skuad Selangor mampu ditumbangkan. Kepada pemain pertahanan kekalkan rentak kekebalan anda dan jangan sesekali terleka untuk mengawasi setiap pergerakan pemain lawan. Kepada Saufi dan Razali diharapkan dapat melakukan sesuatu untuk menembusi benteng skuad Selangor dan dapat menjaringkan gol. Kekalkan reputasi anda berdua seperti sebelum ini, dan tingkatkan disiplin ketika melakukan serangan. Kepada Arsyah Ayob diharapkan dapat memimpin jentera tengah dengan lebih berkesan.Tidak dinafikan anda memang seorang pemain yang berkaliber untuk menghantar dan mengumpan bola dengan begitu cantik sekali. Cuma diharapkan perlawanan kali ini, anda akan lebih mantap dan dapat memimpin pemain pemain muda untuk tidak teragak agak menghantar bola kepada rakan rakan dan melakukan gerakan dengan lancar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam..

    Misi memburu kemenangan selesa.Itulah yang peminat semua harapkan apabila melayan kunjungan pasukan Selangor pada saingan suku akhir pusingan pertama di Ipoh. Pasukan Selangor adalah sebuah pasukan yang harus diberi perhatian yang serius dengan corak permainan yang pantas dan strategi yang menarik. Gunakan sebaik mungkin peluang yang kita ada dengan bermain di halaman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Lupakan perlawanan yang terdahulu, ini adalah perlawanan yang menentukan siapa kita yang sebenar.

    Kita sebenarnya mempunyai barisan pemain yang mantap dan stamina yang tinggi. Tetapi yang paling ketara kesilapan yang dapat dilihat adalah jentera bahagian tengah, yang masih tercari-cari ruang untuk membuat hantaran kepada jentera serangan. Jika terlalu lama, sudah semestinya pemain pasukan lawan dapat merampas bola dari belakang, sedangkan jentera serangan tertunggu-tunggu untuk menerima hantaran. Bahagian serangan hanya berlari kosong walaupun ruang untuk mencipta gol terbuka luas. Namun begitu, kelemahan ini haruslah diberi perhatian serius supaya pasukan Perak menjadi sebuah pasukan yang sedia menerima cabaran walaupun diperlekehkan.

    Apa pun, tunjukkan kemampuan semangat muda kita kepada pasukan Selangor yang mungkin hanya memandang rendah kemampuan kita. Memandangkan pasukan 'Red Giant' ini pernah menewaskan kita tempohari, tetapi itu bukanlah kayu pengukur untuk menentukan siapa yang lebih hebat. Ayuh Perak jr, tunjukkan belang kita yang sebenar. Buktikan, pengalaman bukanlah segala-galanya. Kekalkan semangat kerjasama berpasukan, tingkatkan persefahaman, tajamkan bahagian serangan, Perak pasti gemilang..

    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam Semua,

    Misi membalas dendam. Ayat yang paling sesuai untuk perlawanan ini. Kepada sesiapa menonton perlawanan pada 6 Jan 2009 yang lalu pasti akan faham apa yang saya maksudkan dengan 'balas dendam'.

    Berdasarkan corak permainan semasa, kita mampu meraih sekurang-kurangnya seri, tetapi jika persembahan lebih hebat daripada itu mungkin kita boleh meraih bekalan yang selesa untuk di bawa ke Shah Alam nanti.

    Perlu diingat, Selangor adalah pasukan yang agak rumit dan corak permainan pantas 'one touch' mereka bisa menghuru-harakan pertahanan kita. Oleh yang demikian, diharap para pemain bersiap sedia fizikal dan mental untuk menyekat kemaraan Selangor di Ipoh esok.

    Perak Hebat Yob! Buktikan! Tumbangkan Red Giant! Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Tidak terlewat rasanya untuk teman ucapkan
    tahniah diatas kemenangan dengan KL Plus tempohari..

    Mengenai pertemuan misi membalas dendam esok,
    teman berharap penyokong-penyokong semua
    dapat turun ke stadium walaupun hujan teman harap
    ia tak membataskan untuk kita menyokong pasukan
    kesayangan kita ini...

    kepada semua pemain, jadikan pertemuan sebelum ini
    sebagai panduan bagaimana untuk menyekat kemaraan
    pemain-pemain Selangor ini...

    tidak mustahil bagi kita untuk memenangi perlawanan esok,
    sekiranya pemain-pemain muda kita berdisiplin dan mengikut
    arahan jurulatih, teman yakin kita pasti peroleh kejayaan...

    Buat Seladang Jr. berusahalah demi mencapai kejayaan
    yang di idamkan..
    kalian semua boleh...
    tumbangkan gergasi yang bermegah dengan kesempurnaan mereka...
    Kita hukum mereka dengan ketulusan dan semangat juang kita...
    InsyaAllah kejayaan pasti milik kita...

    Ayuuuuhh Seladang Mantap!!!

    Kejor Yob Skor...!!!
    Kejor pastu Skor..!!

    -Masih ada yang setia menyokongmu-

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Kekalkan rentak kegemilangan yang sedang meningkat naik sekarang. Perlawanan semakin menarik pada setiap permainan. Teruskan lagi usaha. Tiada yang mustahil bagi menewaskan gergasi merah ini walaupun rekod lalu bukan berpihak kepada kita. Pandang ke depan. Penyokong tetap bersama anda. Kesilapan lampau di depan gol perlu dimantapkan dalam perlawanan ini.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    salam,

    kepada pemain2 muda Perak, usah gentar dgn pasukan Selangor kerana anda juga mempunyai kelebihan tersendiri. mereka juga menpunyai dua kaki, dua tangan dan berdarah merah.

    kejayaan anda dalam doa kami semua

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. queen_queen

    Salam.

    Harap team Perak dapat meraih kejayaan lagi esok. Semoga team Perak terus menjulang kemenangan. Kepada pemain tingkatkan prestasi anda dan jaga kesihatan anda, dan kuatkan stamina anda supaya tidak semput di tengah padang nanti, kepada pemain muda tingkatkan prestasi anda dan buat yang terbaik. Especially, kepada Saaufi buat yang terbaik dan semoga dapat menjaringkan gol lagi untuk team Perak esok, InsyaALLAH..teruskan usaha,tingkatkan prestasi dan maju ke hadapan..

    sentiasa menyokongmu Saaufi !

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. sheeryob

    salam
    aku harap prestasi Perak terus meningkat setelah menang ke atas pasukan KL Plus tempoh hari..teruskan rentak kemenangan apatah lagi bertemu pasukan yang di katakan kuat dalam liga super musim ini...Selangor..sudah tentu Perak mahu lakukan kejutan sekurang kurangnya membawa bekalan yang selesa sebelum bertemu semula di Shah Alam paling tidak 2 atau 3 gol . aku harap penyerang-penyerang Perak kreatif mencipta peluang dan gerakan dan sudah pastilah ketiadaan Khairul Anuar Baharom satu peluang utk penyerang Perak mengkucar kacirkan pertahanan Selangor.Hamsani hampir pasti terkejut melihat kelibat anak buah Karathu yang masih muda agresif dan tangkas bertindak balas..ingat Perak junior bukan budak hingusan tunjukkan Perak boleh serba boleh dan terus mendakap piala fa musim ini. ramalan Perak 3 -Selangor 0. kejor yeop kejor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zul_united

    Salam...
    Berdasarkan kenyataan jurulatih Selangor dalam sebuah akhbar tempoh hari (yang menyatakan pasukan Selangor pasti akan mencatat kemenanangan jika bertemu pasukan kuat),sudah pasti kita mampu memenangi perlawanan ini kerana pada pandangan mereka (PANDANGAN MEREKA SAHAJA), pasukan kita sekarang adalah pasukan mentah.Justeru,pasti mereka akan bermain secara sambil lewa dan jika kita menggunakan kesempatan yang ada,Insya-Allah kita juga mampu menjadi seperti Kuala Lumpur dan My Team yang berjaya 'menidurkan' sang gergasi.Teman berharap kita akan berjaya mendapatkan bekalan gol yang selesa untuk bekalan di kubu kuat mereka.AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Pasukan kita memang baru pada pandangan kasar 'orang'. Tetapi ingat, kita bukan tunggul yob. Setiap racun ada penawarnya. Bola itu bulat. Tunggu dan lihat malam ini.

      Musuh-musuh kita yang merasakan mereka hebat sekarang memang senyum sinis memandang Perak. Begitu juga dengan wartawan akhbar, hanya pandai mengarang artikel yang diceduk dari internet untuk tatapan kita semua. Saya berani jamin hanya kita (Penyokong yang datang ke Stadium) tahu tahap kemampuan kita.

      Saya katakan PERAK KUAT! Percayalah. Jika teruskan reputasi seperti perlawanan-perlawanan yang lepas, tidak ada masalah untuk menang. Cuma Pemain Perak jangan lalai, dan kurangkan kesilapan yang mudah. Kepantasan memang 'trade mark' utama kita, ianya perlu digabungkan dengan kreativiti dan kemahiran yang akan menghasilkan satu impak dinamakan sebagai KEKUATAN!

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. bobiNHo84

    salam....
    malam ni teman harap Perak dapat bermain bersungguh-sungguh walau aper jua keputusannya nanti..
    Mungkin ramai yang berangapan dengan ketiadaan KHAIRUL ANUAR BAHAROM pada malam ini memberi sedikit kelebihan kepada kita malam ni,mungkin benar tanggapan tu...
    Tapi apa yang lebih penting bagi teman adalah cara pemain-pemain kita menggunakan peluang untuk menjaringkan gol...tidak kira sape pun yang akan bermain pada malam ni...
    semoga permainan pada malam ini yang terbaik buat peminat dan penyokong Perak.
    "Jom Penuhi Stadium Perak" malam ini....
    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. razlan

    harap pemain tidak banyakkan melakukan kesalahan semasa throw-in seperti yg dilakukan semasa lawan plus fc sabtu lalu

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. calibess

      apa yang terjadi pun malam ini saya tetap sokong pasukan kesayangan yang sudah sekian lama menyokong sejak di bangku sekolah lagi..(SKOR YOB SKOR!!!!!!)

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. belanak

    Salam...

    Semoga semua pemain cekal dan tabah dalam game "balas dendam". Jangan mudah lemah semangat dan jangan putus asa.

    Teruskan perjuangan! Jangan leka!!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.