TM Piala FA – Perak Vs Selangor (result)

TM Piala FA

Selasa 3 Mac 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 2 Selangor

Skuad Perak terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan di tempat sendiri apabila tewas 1 – 2 di Stadium Perak malam tadi kepada pasukan Selangor pada perlawanan TM Piala FA 2009 peringkat suku akhir timbal balik pertama.

Perak membuat sepak mula permainan dihadapan kira-kira 12 ribu penyokong seladang ketika hujan masih turun dengan lebatnya. Kedua-dua pasukan dilihat berbalas-balas serangan dengan beberapa percubaan yang merbahaya dari kedua-dua pasukan.

Gol pertama dari pasukan pelawat hadir pada minit ke 30 hasil sepakan penalti Safee Sali setelah beliau dijatuhkan oleh Kamarul Effandi di dalam kotak penalti Perak. Selepas gol pertama itu Selangor menggandakan asakan mereka ke kubu Perak namun para pemain Perak mampu bertahan sehingga wisel penamat ditiup untuk separuh masa pertama.

Perak memulakan permainan separuh masa kedua dengan memasukkan Shahrizal Saad menggantikan Arsyah Ayob. Permainan kembali seimbang dengan Perak sedikit mengasak ke kubu pasukan Selangor seawal separuh masa kedua ini.

Selangor menambah gol kedua mereka apabila Amri Yahya merembat kencang melepas jangkauan Kamarul Effandi setelah menerima hantaran melalui tandukan Safee Sali yang berpunca dari sepakan sudut pasukan Selangor pada minit ke 53.

Selepas itu benteng pasukan tuan rumah diasak bertubi-tubi oleh pemain Selangor sehingga pada suatu ketika pemain penyerang Perak, Razali Umar dilayangkan kad kuning kerana mengasari Safee Sali sewaktu membantu benteng pertahanan.

Pada minit ke 70 pasukan Perak membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Isma Alif untuk menggantikan K. Thinagaran. Kemasukkan beliau nyata menyuntik kembali semangat pemain untuk terus menyerang kearah kubu pasukan Selangor.

Hasilnya pada minit ke 75 pasukan Perak berjaya menjaringkan gol pertama mereka melalui tandukan Razali Umar yang menyambut hantaran lintang dari pemain bawah 20 tahun Perak, Khalis Ibrahim untuk menjadikan kedudukan 1 – 2.

Selepas itu pasukan Perak kembali mengganas dengan asakan yang bertali-arus ke kubu pasukan Selangor namun pasukan pelawat lebih gemar bertahan sehingga pada hujung permainan berlaku satu insiden kekasaran antara Razali Umar dan Razman Roslan.

Pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Razali Umar yang bakal menyaksikan beliau tidak dapat beraksi pada perlawanan timbal balik kedua di Shah Alam nanti.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim
Mohd Arsyah Ayob – 1
Mohd Nazri Kamal
K. Thinagaran – 2
Saufi Sa’aidi
Razali Umar

Pertukaran:

Shahrizal Saad – 1
Isma Alif – 2

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan Lain 3 Mac 2009

My Team 1 – 1 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

T-Team 0 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Harimau Muda 0 – 1 Perlis
Stadium Nasional Bukit Jalil

Likes(0)Dislikes(0)

35 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Selangor (result)

  1. razlan

    Salam,

    masih ada 90 minit lagi dan apa2 boleh berlaku... bola itu bulat. jadi kepada semua, jgn putus asa. kami semua akan turun ke Stadium Shah Alam sabtu ini untuk memberi sokongan kepada skuad seladang jr.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    baki 90minit patut digunakan sebaiknya...

    permainan yang agak lambat pada mula permainan menyaksikan Perak diasak walaupun beberapa kali membuat serangan balas kilat.

    Thinagaran yang kelihatan tidak begitu sesuai bermain dibahagian kiri kerana sentiasa "melambatkan" tempo perlawanan.

    Razali Umar juga terlepas beberapa kali peluang untuk membuat rembatan, tetapi lebih suka menggelecek lebih lama sehingga dirampas lawan.

    separuh masa kedua, Perak kelihatan lebih agresif dan kemasukan Isma Alif berjaya mengubah tempo perlawanan sekaligus mampu menggugat bahagian pertahanan lawan.

    dengan kemasukan beliau juga, Perak berjaya merapatkan jurang gol dan mampu mencipta gerakan-gerakan lebih agresif. cuma apa yang diharapkan selepas ini, pemain-pemain Perak akan lebih berwaspada dengan serangan-serangan pihak lawan dan mempamerkan tempo permainan dengan lebih pantas agar dapat menggugat pasukan lawan.

    kekalahan ini tidak mengecewakan perasaan san sebagai penyokong kerana untuk tahun pertama sahaja pemain-pemain muda Perak mampu sehingga ke peringkat ini. diharapkan pengalaman mampu ditimba dengan lebih banyak lagi sebagai bekalan dimasa akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam san...

      Masa game tu,teman cuba nak cari mike,tapi tak berupaya jumpa.Maaf ye en.san,bagi saya kenyataan saudara berhubungkait dengan tahun pertama dan kurang pengalaman itu atau lebih sesuai 'muda/mentah dan kurang pengalaman adalah tidak sesuai untuk dijadikan batu persempadanan antara pasukan.Ia seolah lebih kepada kenyataan manja yang ditujukan buat player/team.

      Ini adalah kerana,bagi teman,hampir keseluruhan team yang bertanding dalam M-League adalah yang fresh dan jr. So,adalah kurang adil jika kita merasakan kita masih mentah serta kurang pengalaman.

      Harimau Muda,jauh lebih jr dari kita.Malahan mereka bertanding dalam Liga perdana atas tiket usaha mereka bertahun lamanya.Jadi bagi jr Perak,jadikanlah itu satu cabaran buat mereka.Jangan mereka merasakan diri mereka lebih angkuh dari Harimau Muda kerana dapat bermain dalam M-League.

      Belajar-belajarlah sedarkan diri serta insaf yang Perak Jr bertanding dalam M-League adalah berdasarkan rekod cemerlang lampau bagi pasukan Perak senior yang lupus.Bagi Perak jr,belajarlah menghargai sesuatu.

      Kata-kata terindah tak akan bermakna jika mereka tak paham dan tak pernah nak memahami.Dari itu,tingkatkanlah usaha supaya kita mampu berdaya saing dengan pasukan lain.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. irKupa

        teman menyokong penuh jawapan mike...muda/mentah bukan alasan bagi menutup kekalahan..mereka mampu bersaing sebenarnya..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Saya pun setuju. Saya ingin mengingatkan semua termasuk Pemain, jangan sesekali menggunakan alasan pengalaman sama sekali jika mengalami kekalahan. Biar pun itu lah hakikatnya, tapi jangan itu dianggap sebagai masalah utama.

          Ini kerana jika diulang-ulang perkara ini ianya bakal melemahkan semangat semua dan akan membentuk satu sikap atau 'attitude' yang negatif.

          Sebaliknya, garapkan sikap positif baik pemain mahupun penyokong.

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. san

        betul tuh chuck, sebenarnye muda atau mentah bukan alasan yang patut dibangkitkan, tapi itulah hakikat para pemain Perak yang ada sekarang. Melainkan 1 keajaiban akan berlaku di Stadium Shah Alam nanti. Yang penting kita sebagai penyokong, sokonglah ke titisan darah yang terakhir.

        keajaiban yang patut berlaku di Stadium Shah Alam nanti ialah kekuatan mental yang kental, moral yang tinggi, semangat berpasukan, dan yang penting ialah displin didalam padang. jangan diungkit pemain yang tidak dapat bermain kelak, kerana displin jugalah die tidak dibenarkan bermain sabtu ini.

        Chuck, anda memang pengkritik yang 'beretika', mungkin kerana anda benar-benar cintakan negeri Perak. tetapi apabila anda terlalu beremosi, kritikan anda kadang kala masih jauh untuk pasukan muda kita mencapai tahap kritikan sempurna anda.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. calibess

    apa pun terjadi semalam,sebagai penyokong perak akan tetap memberi sokongan padu walaupun selepas ini bermain di tempat lawan,jangan risau yob masih ada 90 minit lagi..penyokong Perak adalah terbaik dari segi disiplin dan akan memenuhi stadium Shah Alam selepas ini untuk memberi sokongan padu memastikan Perak layak ke separuh akhir...kejor yob kejor!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    salam...

    semoga perlawanan timbal balik di Shah Alam nanti akan menyemarakkan lagi semangat juang seladang jr. jangan putus asa dan teruskan mengasak ke kubu red giant tanpa rasa gerun atau resah...ayuh seladang jr. kalian semua boleh melakukan sesuatu keajaiban...

    kita masih ada lagi baki 90 minit hari sabtu ini..semoga tingkatkan semangat juang hingga ke wisel penamat..jangan leka dan jangan beri ruang kepada pihak lawan untuk mencari gol sebaliknya kita mencari gol kemenangan dan seterusnya melangkah ke separuh akhir, insyaAllah...

    kami para penyokong tetap bersama kalian seladang jr. dan akan memberi sokongan yang padu pada hari sabtu ini....dengan kerjasama semua pihak tidak mustahil kita akan melangkah ke arah kejayaan...teruskan perjuangan kita yang belum selesai...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anipjebat

    salam..
    tahniah kepada barisan pertahanan Perak yang bermain cukup cemerlang..Hafiszuan, anda bakal menjadi bintang bolasepak Malaysia pada masa akan datang..terbukti kite bukan pasukan belasahan seperti yang digembar-gemburkan dalam media elektronik yg mengatakan Selangor mendapat laluan mudah apabila bertemu pasukan Perak..'overall' game mlm tadi lebih dikuasai pasukan Perak tapi nasib masih belum mahu berpihak kepada kite..teman nak tegur segelintir pemain pasukan Perak:

    Razali: prestasi cemerlang,teman minat cara larian solo anda mendapatkan gol tapi anda kena perbaiki lagi mutu permainan..jangan main menyusahkan diri sendiri,jangan terlampau lama menyimpan bola..banyakkan main satu dua dengan rakan-rakan yang lain supaya gerakan lebih tersusun..jangan cepat sangat meraikan jaringan selagi bola belum mencecah jaring,anda bukan Repasi yang confirm bila keadaan seperti tadi berlaku jaringan akan terhasil..jika anda lebih bersedia sudah pasti jaringan mampu terhasil dari susulan bola yang terkena palang dari lambungan cantik anda..

    Thinagaran: menjadi penumpang dalam pasukan untuk game malam tadi..ribuan penyokong Perak kecewa dgn prestasi anda kebelakangan ini..jangan simpan bola lama2,jangan nak tunjuk "star" dalam padang..bukan anda sorang saja pemain untuk pasukan Perak.

    Kamarul Effendi: prestasi ok tapi anda harus menggunakan kewarasan akal anda yang lebih untuk bertindak semasa keluar dari kawasan gol anda..jangan sebab bukan bola anda tapi anda ghairah untuk mendapatkannya..jadikan game malam tadi pengajaran berguna untuk anda lebih maju pada masa hadapan..

    come on coach,rencanakan strategi yang ampuh semasa bertandang ke Shah Alam sabtu ini..usahakan sesuatu untuk kemaraan pasukan Perak ke peringkat seterusnya..Selangor bukan pasukan yang hebat cuma nasib sahaja yg menyebelahi mereka untuk menang malam tadi..line up player untuk game tadi dah cantik dah cuma gantikan Thinagaran dengan Isma Aliff..prestasi Isma Aliff sedang meningkat naik sekarang ni so gunakan sebaiknya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam Anip..

      Thanks untuk komen tu..Ianya sedikit sebanyak dah membantu teman dari terlalu banyak menaip.Cuma tentang Kamarul Effendi,serius teman cakap ni.Mu memang kaw-kaw la kena torture.Bagi aku,saudara tak layak bermain lagi selagi saudara tak upaya untuk baca game.

      Mintak maaflah...saudara lebih layak bermain dengan kelab-kelab yang lebih besar seperti di Sepanyol.tak kiralah Real Madrid,Barca,Seville,Valencia,Atletico Madrid mahupun Vilareal.Ini kerana moral/nafsu player diaorang untuk mendapatkan gol adalah tinggi.Kalaupun saudara jatuhkan moral diaorang sekalipun,diaorang tetap upaya untuk mendapatkan gol.

      Tapi di Perak,anda tidak sesuai!!Anda hanya menjatuhkan moral dan semangat juang lawan team anda sendiri.Keghairahan rakan-rakan anda terjejas selepas pemberian bonus/saguhati anda pada selangor.

      Teman malas nak komen ape yang mike dah buat.Cukup teman katakan disini yang mike (Kamarul Effendi) tidak pandai baca game/tempo pada game tersebut.Respon anda juga 'Worst'.sekian...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Untuk Chuck. Anda jangan terlalu emosional memberi komen tentang Penjaga Gol kita tu. Anda mungkin baru menonton secara langsung di depan mata dia tu beraksi kan? Jadi usah buat penilaian yang melulu.

        Cuba anda cari penjaga gol pasukan di Malaysia terutama Liga Super, berapa ramai yang muda seperti dia? Syukurlah dia boleh sesuaikan diri dengan penyokong yang ramai dalam stadium, dengan rakan-rakan dalam padang terpekik-pekik, Jurulatih lagi tepi padang asyik terjerit-jerit. Ingat senang ke hendak sesuaikan dengan situasi macam tu?

        Saya ada pengalaman bermain dalam keadaan macam tu, tapi penyokong tidak la beribu-ribu orang. Tetapi gugup tetap ada walaupun sedikit. Fikirkahlah sendiri.

        Saya tetap menyokong Kamarul Effendi biarlah dia teruskan usaha mencipta pengalaman untuk dirinya. Biar pengalaman jadi guru untuk dia. Percayalah dia adalah yang terbaik kita ada. Usah gelojoh yob. Jauh lagi pengalaman dia, bantu dia rintis laluan dalam kerjayanya bukan bantu mengikis moral dan menghalang laluan kerjayanya.

        Untuk Kamarul, kuatkan hati. Ingat, mulut orang memang macam tu yob. Macam-macam ayat boleh keluar dari benda yang dipanggil mulut ni. Jadi, segala yang baik ambil ia sebagai panduan, jika sebaliknya, abaikan. Yang paling penting, 'think positive'.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. bobiNHo84

        salam...

        Banyak bersabar saudara "chuck". janganlah dibandingkan 'keeper' Malaysia dengan 'keeper' luar negara.Mike tidak sepatutnya mengkritik Kamarul Effendy kerana dia mempunyai potensi untuk menjadi 'keeper' yang baik. buat masa ini, teman rasa biar Kamarul Effendy menjaga gol post Perak.
        Teman lebih yakin Kamarul Effendy dari Megat. Kepantasan Kamarul Effendy lebih dari Megat. Cuma pengalaman je yang kurang, tapi untuk mendapatkan pengalaman, Kamarul Effendy perlu bermain sebanyak mungkin perlawanan.
        Teman hormati komen saudara "chuck". tu pendapat mike.
        tapi ape teman cuba sampaikan ni luahan hati kecil teman ni yang kurang selesa dengan komen mike...teman takut Kamarul Effendy akan lebih tertekan dengan kritikan mike.
        Teman harap saudara "chuck" tak marah dengan komen teman ni ye.
        teguran kita biar membina...

        wassalam..

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. bobiNHo84

      salam...

      wah,wah,wah...sungguh bernas pendapat saudara anipjebat ni...teman dah lame mengikuti SDN ni...dalam ramai2 yang selalu online,teman dapat rase yang anipjebat ni pendapat die sungguh bernas dan kebanyakkan pendapat mike adalah sama dengan pendapat teman.

      paling ketara apabila pendapat anipjebat untuk membuat undian siapa yang layak untuk menjaga gawang Perak, telah mendapat perhatian semua pihak termasuk pihak pengurusan dan perubahan penjaga gol terus berlaku pada perlawanan selepas itu..
      ini menunjukkan bahawa SDN ni adalah laman web yang bagus bukan sahaja untuk peminat Perak,tapi juga untuk bacaan pemain2 dan juga pihak pengurusan juga.

      dengan adanya laman web ni,kita sebagai pemerhati boleh menegur dan memberi pendapat kepada pasukan Perak.
      wassalam....

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. nazril_beachboy

    Takpe,ada lagi kat Shah Alam..pantang cucu cicit Datuk Maharaja Lela mengaku kalah sebelum berjuang..kita gegar Shah Alam..kami anak2 Perak di parantauan akan ke stadium untuk beri sokongan..HIDUP PERAK ...........................

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam.

      Pastikan stadium Shah Alam sabtu ni "BERGEGAR" ok.
      Anak jati Perak yang berada di Lembah Klang,mari penuhkan stadium Shah Alam.
      wassalam.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Walaupun tewas,teman tetap memberi pujian kepada
    pemain-pemain muda kita kerana menunjukkan semangat
    juang yang tinggi...

    Dari awal minit pertama lagi teman dapat merasakan
    bahawa perlawanan malam tadi menjanjikan aksi yang
    menarik dari kedua-dua pasukan...

    Hasil percubaan Razali Umar yang terkena palang gol
    pada awal permainan menampakkan agresif nya seladang jr
    untuk mendapat gol pertama...

    Namun tindakkan kurang bijak dari Kamarul Effandi membuatkan pelawat
    memperolehi sepakan penalti seterusnya
    gol pertama perlawanan...

    Situasi ini bagi teman pengalaman serta pengajaran buat
    Kamarul Effandi yang sememangnya beliau beraksi dengan cemerlang
    malam tadi, cuma mungkin rasa teragak-agak seterusnya
    tindakan luar kawalan minda beliau membuatkan
    Selangor mendapat gol mudah pada separuh masa pertama tersebut...

    Diharapkan Kamarul Effandi lebih tenang untuk membuat keputusan,
    Jangan terlalu gopoh, InsyaAllah teman pasti Kamarul Effandi bisa
    menjadi penjaga gol yang mantap satu hari nanti...
    Teruskan usahamu...

    Teman setuju dengan san mengenai aksi Thinagaran
    malam tadi... Thina kurang menyerlah.
    hantaran-hantaran yang tidak konsisten, juga
    rasa 'tidak yakin' dengan rakan sepasukan
    membuatkan beliau tidak menghantar bola kepada
    Syazwan yang jelas tidak dikawal... sebaliknya
    beliau mengambil keputusan untuk mengawal bola tersebut
    sehingga dirampas pihak lawan...

    teman harap,Thina dapat perbaiki kelemahan ini...
    percayalah pada rakan, dan sebenarnya anda adalah
    pemain yang bermutu... cuma perlu diberi penekanan
    bagaimana untuk memperbaiki kelemahan...
    Mungkin coach ada caranya....

    walau apapun,tahniah atas aksi yang bersemangat
    terutama 20minit terakhir perlawanan selepas Isma Alif masuk...perbaiki kelemahan...
    buat yang terbaik untuk 2nd leg nanti....
    InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kita...

    Ayuh Seladang bangkit...!!
    Ayuuuuuhh...!!!

    -Masih Ada Yang Setia Menyokongmu-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam Yashur...

      Teman tak jumpa cari mike ler..Tentang Thinagaran tu,betul sesangat.Kalau mike perhatikan dia dari 1st half sampailah added time 1nd half, asal dengan Amirul Hadi jer,pakat lebohler dia.

      Nazri Kamal,Congrate!!!anda nampak cool/tenang.Cuma perlu perbaiki hantaran jauh anda sahaja.

      Defend pun ok.walaupun Subramaniam tak main.Anda tetap nampak segak tanpa cacat celanya.syabas!!!

      Totally,game malam tersebut cukup cantik dan menghiburkan ribuan peminat yang hadir dan yang tak pernah dibuatnya teman bersesak-sesak cari parking malam tu.walaupun tak sampai ke stadium Indera Mulia,atleast luar biasa dari selalu.syabas for big fan yop.Teman cukup berasa bangga dengan kesemua yang hadir memberikan sokongan pada game malam tersebut.

      Mungkin dengan sikap beberapa player yang meragut keseronokan berpanjangan peminat.Diharapkan kesilapan mudah tersebut mampu diperbaiki menjelang game kedua nanti.Syabas semuenyer!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. sunrise

    salam

    diharapkan skuad Perak akan menggunakan baki 90 minit yang ada pada sabtu ini di stadium Shah Alam dengan sebaik mungkin. Jurang pasukan Perak bukanlah jauh sangat,sebenarnya kedua dua pasukan sama handal,yang membezakan hanyalah pengalaman dan disiplin pada diri invidu itu sendiri.Tidak dinafikan diseparuh masa yang pertama rentak permainan skuad Perak terlalu hambar sekali, pemain pemain tidak mengikut arahan seperti yang diarahkan oleh jurulatih.Bermain ala kadar seolah olah perlawanan ini tidak membawa erti.

    Tidak guna kesepuluh pemain bermain dengan bagus tetapi seorang bermain sambil lewa dan tidak mengerti dengan tugasan sendiri. Tidak guna jurulatih memberi arahan andainya pemain sendiri tidak mengikut arahan tersebut. Apapun teman ucapkan tahniah kerana kesemua pemain bangkit dari lamunan mimpi diseparuh masa kedua,melakukan serangan yang mampu untuk mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan, ketika Isma Alif masuk mengantikan Thinagaran diminit ke 70 tempo perlawanan skuad Perak begitu cemerlang dan mampu melakukan gerakan gerakan yang cemerlang sekali sehingga munculnya jaringan gol oleh Razali Umar Kandasamy pada minit ke 75.

    Seandainya tempo permainan seperti ini dapat dilakukan sepanjang 90 minit yang akan dirempuhi di stadium Shah Alam Sabtu ini, tidak mustahil pasukan Perak yang diterajui oleh anak anak muda akan mara dengan bangganya ke peringkat separuh akhir. Diharapkan kepada semua pemain pemain akan berusaha dengan gigih sekali untuk bersaing ke peringkat seterusnya. Tanamkan dihati masing masing disiplin diri,semangat dan menimba seberapa banyak ilmu yang boleh. Jangan terlalu cepat untuk mengalah. Saya sebagai penyokong setia skuad Perak akan sentiasa berada dibelakang pasukan untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

    Tahniah kepada Kamarul Effendi kerana mampu menjaga gawang gol dengan jayanya walaupun telah dibolosi,ini bukan bermakna anda tidak bagus,cuma pengalaman yang kurang mencukupi. Seandainya anda terus berusaha tidak mustahil anda bakal menjadi penjaga gol yang paling kebal di tanahair ini. Kepada Isma Alif kemasukan anda diseparuh masa kedua menampakkan bahawa anda seorang pemain yang tahu tugas dan anda telah berjaya melaksanakannya.

    Cuma apa yang diharapkan perlawanan selepas ini dengan ketiadaannya Razali Umar Kandasamy bukanlah bermakna pasukan Perak akan terus lumpuh untuk menyerang dan mencipta gol. Saufi Sa'aidi dan Shahrizal Saad diharapkan akan digandingkan bersama perlawanan selepas ini. Shahrizal Saad mampu menggantikan tempat Razali Umar Kandasamy.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. mista falie

    Thinagaran.. apa sudah jadi?? persembahan yang amat mengecewakan. selalu berada dalam keadaan off position. ada di bahagian bawah. bila buat serangan, duduk atas line, jaga garisan. kita bola sepak Malaysia. jangan la berharap, tendangan silang yang tepat. selalu la mintak bola dari rakan. dan jangan berharap bola itu selalu sampai. harap dapat berubah la... ok...

    suara penyokong.. suara keramat!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. bobiNHo84

    salam...

    keputusan semalam adalah baik..jangan kita ratapi kekalahan semalam kerana ada 90 minit lagi untuk player Perak membuat kejutan sabtu ni di Shah Alam.
    kite kalah dengan perbezaan yang kecil...ape2 boleh berlaku di Shah Alam sabtu ni..diharapkan player Perak membuat persediaan awal dari segi tektikal dan mental..
    Kepada penyokong Perak, mari kite penuhkan stadium Shah Alam sabtu ni...pastikan sokongan kite tidak berbelah bahagi...
    Ayuh Perak!!!!!!

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. zul4all

    kepada Hafizuan, Chun Keng Hong....corak permainan anda berstatus bintang liga M. tahniah saya ucapkan...kepada Thinagaran - kelibat anda bagai seorang bintang ternama liga M, tetapi prestasi permainan anda langsung tidak layak beraksi untuk mana mana pasukan dalam liga M. sangat menghampakan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. zul_united

    Salam...
    Tahniah diucapkan kepada pasukan Seladang Muda kerana berjaya memberi saingan dan tidak memberikan pasukan Selangor langkah yang panjang untuk ke suku akhir.Ingat,kita masih ada baki 90 minit lagi untuk diharungi.Walaupun bakal beraksi di Shah Alam,namun teman tahu kita sudah tidak akan kekok beraksi di sana dan kita juga sudah beberapa kali beraksi di depan penyokong setia mereka (ketika menang).

    Apapun,jika ditakdirkan perjalanan kita dalam Piala FA setakat di sini sahaja (suku akhir), teman tetap berbangga dengan semua pemain serta jurulatih Perak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh dan teman percaya bukan mudah untuk kita melangkah sejauh ini.AYUH!!!TERUSKAN PERJUANGANMU!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. anip

    Salam.

    Tahniah atas kegigihan para pemain Perak Jr. menyaingi kehebatan skuad Selangor yang kononnya "hebat". Perlawanan semalam nampaknya bukan berpihak kepada kita walaupun berjaya memecah benteng Selangor.

    Bahagian tengah berfungsi semalam namun kehadiran Thinagaran dalam kesebelasan utama merencatkan jentera tengah sebelah kiri Perak. Buat Razali Umar, diharapkan agar tidak tamak dan terlalu lama menyimpan bola apabila berada di dalam kotak penalti.

    Teruskan perjuangan wahai skuad muda. Masih ada 90 minit lagi bagi membuat perhitungan. Anda boleh berjaya sekiranya itu yang anda mahukan. Buktikan yang anda sememangnya layak berada dalam pasukan Perak.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. irKupa

    salam...

    teman ke stadium bersama member2 termasuk dari penyokong Selangor...rata2 mereka berpendapat Perak merupakan pasukan yang semakin hebat serta berstamina tinggi, mampu memberikan cabaran kuat pada mana2 pasukan...kemampuan Perak menguasai perlawanan dengan tempo yang laju, sedikit sebanyak membuka mata mereka.

    tahniah kepada pasukan muda Perak, dari sudut hati teman memang pasukan Perak mampu menjadi pasukan yang matang dalam masa terdekat ini dengan syarat kalian tidak mudah lupa diri serta berpijak di bumi yang nyata. bagi game semalam, overall teman memang berpuas hati..Perak mengawal sebahagian besar perlawanan dengan mempertontonkan tempo permainan yang amat laju.

    cuma memerlukan lebih banyak idea yang baik untuk menghasilkan penyudah...penguasaan midfield tidak ketara sangat, tapi sudah menampakkan semangat bersaing di tengah padang...teman bersetuju dengan anip, Hafiszuan memang berbakat besar dalam bola sepak. anda mampu menggalas tiap2 peranan yang diberikan tidak kira sebagai Defensive Midfield (posisi asal), Right Back mahupon stopper...tahniah. Anda mampu pergi lebih jauh dalam bola sepak.

    sedikit analysis.

    Penjaga Gol
    -Kamarul bermain dengan baik. tapi perlu membaca pergerakan bola dengan lebih baik, jangan terlalu gopoh. gol pertama memang hasil kesilapan anda. sepatutnya anda membiarkan bola itu yang tidak berbahaya untuk dikawal pertahanan Perak yang masih ramai...tindakan anda menyebabkan gameplay pasukan menjadi slow, hilang rentak. moral down. lebihkan penumpuan dalam game..

    pertahanan
    -overall baik. bijak mengawal pergerakan striker Selangor. tapi kadang2 leka dengan serangan pasukan Selangor. tapi kalian sudah lakukan yang terbaik. tahniah.

    tengah
    -menunjukkan sedikit peningkatan. berani mengawal bola, memegang bola dengan lama serta mampu mengasak pasukan lawan. cuma perbanyakkan shooting dari tengah, pelbagaikan hantaran kepada 2 winger, bukan ke arah seorang winger sahaja...kita mempunya winger yang bermain dengan baik semalam, serta tingkatkan stamina lagi...kalian juga bermain dengan baik.

    striker
    -memerlukan lebih banyak hantaran2 untuk disudahkan. perlu mengambil peluang yang ada sebaiknya. jangan terlalu sayang hendak melepaskan rembatan. memerlukan sokongan dari rakan sepasukan lain.

    overall is ok. play better next match. jangan gugup. kalian memang hebat. another good performance dengan stamina yang tinggi. congrates.

    sekian..

    -kejor yob skor-

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. mior88

    Salam..saya harap pasukan Perak jr. tidak mudah patah semangat dengan kekalahan semalam..pasukan Perak jr. perlu menggunakan baki 90 minit lagi untuk mengalahkan pasukan Selangor..kejor yop kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. bobiNHo84

    salam...

    disini teman nak menegur dan memberi nasihat kepada ape2 yang kurang tentang pasukan Perak dan juga pemain2 yang perlu diperbaiki demi maruah pasukan kite...

    1) Position:

    Setiap pemain perlu tahu position yang sebenar dan juga perlu tahu peranan dan juga tanggungjawab setiap position.
    Keeper jangan terlalu lama pegang bola terutama semasa pasukan ketinggalan. Selain itu,keeper perlu tahu kemana bola hendak disepak atau dibaling tanpa memakan masa yang lama, perlu berfikir dengan cepat.

    2) Mental :

    Dari segi mental banyak perubahan positif yang teman nampak,tapi masih ade ruang untuk diperbaiki.Buktinya, pemain kite cepat "down" terutama apabila pihak lawan cuba memperlahankan tempo permainan.Umpama kita terikut-ikut dengan cara pihak lawan.Padahal kite sepatutnya "pick-up" lagi dan sentiasa fokus dan kekalkan tempo permainan yang PANTAS kerana "kepantasan dan stamina yang tinggi adalah KELEBIHAN yang kita ada berbanding pasukan lain".

    3) Main Menggunakan Kudrat :

    Apa yang teman nampak,apabila bola dikaki pihak lawan pemain2 kita ada kesungguhan untuk mengejar bola..tapi, apabila dapat rampas bola,tibe2 pemain kita jadi buntu dan hilang idea kemana arah bola perlu dihantar...INI KERANA PARA PEMAIN KITA BERADA DITEMPAT YANG JAUH DIANTARA SATU SAMA LAIN...BILA HANTARAN JAUH DIBUAT,PIHAK LAWAN LEBIH MUDAH UNTUK RAMPAS BOLA KEMBALI..Jadi,hanya tenaga digunakan tidak cukup tetapi perlu ditambah sedikit dengan "BERMAIN MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN".

    4) Pelbagaikan cara permainan :

    Pemain kita kebanyakan hantaran tiada hala tuju seperti takut memegang bola lama..tapi ketika tidak perlu pegang bola,pemain kita pegang bola lama pulak...cara permainan kita pasukan lawan banyak yang dah study..target man kita sudah tentu RAZALI UMAR..Cube kita pelbagaikan cara permainan..kita perlu seorang pemain yang boleh mengubah corak dan tempo permainan dengan secepat mungkin...main passing yang mudah.

    5) Penyerang Jangan Sia2kan Peluang Terhidang :

    Perkara diatas perlu DIAMBIL SERIUS oleh semua pihak.Di dalam setiap perlawanan kita tak tahu berapa kali peluang yang kita akan dapat..Jadi,minta sangat2 pemain2 Perak dapat menggunakan setiap peluang dengan sebaik2nya...
    Pihak pengurusan perlu menggandakan latihan untuk menjaringkan gol dengan teknik yang mudah tanpa perlu tindakan "KELAM KABUT" yang sering menjadi punca Perak gagal untuk meraih kemenangan.Selain itu,pemain kita perlu lebih berani untuk membuat percubaan jarak jauh,tetapi bukan percubaan omong kosong,sebaliknya perlu membuat latihan intensif untuk merealisasikan harapan teman ni.

    6) Masa :

    Menggunakan setiap saat dan detik dengan sebaik mungkin, terutama pada 10 minit terakhir..Sekiranya kita ketinggalan,pada masa ini kita perlu gndakan asakan bukan melengahkan masa..Jikalau pun kita sedang mendahului,kita perlu menguatkan mental kerana pasukan lawan pasti membuat asakan bertali arus pada 10 minit terakhir ni...kepada mereka yang tidak mempunyai kekuatan mentaliti pasti akan bolos.

    Akhir kata dari teman dan kawan2 teman, diharapkan segala yang ditulis ni dapat memberi perubahan positif kepada team Perak.

    wassalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      Salam...

      Teman setuju dengan apa yang tertulis/komen di atas. Semoga pemain dapat menerima komen di atas dengan positif dan dapat tingkatkan mutu permainan hari sabtu ini.

      Kami para penyokong akan tetap terus menyokong kalian Seladang Jr. Setiap teguran adalah untuk melihat pasukan kesayangan kita melangkah ke peringkat seterusnya.

      Namun demikian, seandainya kita rebah...jangan kecewa tetapi tingkatkan lagi usaha serta semangat setiakawan antara satu sama lain. Komunikasi antara pemain amat penting dan jangan leka!

      Ayuh... Seladang Jr. boleh!!
      Apa yang penting... KERJASAMA!
      Apa yang penting... KERJASAMA!
      Skor Yob Skor...

      Likes(0)Dislikes(0)
  17. kulaan

    salam untuk semua pembaca SDN....
    teman malam tadi tengok game turun dengan anip, san dan yashurr.
    cuma lagi satu yang teman nak tegur,cubalah pemain mintak bola masa bola outside.macam malam tadi, bila bola tu kita punya, pemain lain nampak macam nak lari, macam takut nak minta/ambik bola......mungkin lepas ni pemain dah boleh memperbaiki yang ini kot.

    apa pun 90 minit di Shah Alam pasti hangat.
    Selangor pasti nak main bertahan,kita menyerang.
    kita kalah bermaruah,bukan pasukan belasahan.

    Perak4ever.........majulah bola untuk Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. syidi

    Salam..

    Berdasarkan perlawanan yang lalu, ternyata Perak bukanlah calang-calang pasukan sebenarnya. Hampir-hampir mengejutkan Red Giant.

    Untuk Perlawanan seterusnya, diharap Jurulatih Perak dapat menurunkan kesebelasan utama yang ideal dan konsisten. Ini kerana pada perlawanan sebelum ini, dilihat K Thinagaran tidak berfungsi dengan baik berbanding Isma Alif yang berjaya mengubah tempo permainan pada pertengahan seperuh masa kedua. Isma yang berkemampuan bermain 90 minit sepatutnya dimasukkan dalam senarai kesebelasan utama. Ini penting kerana, rakan-rakan sepasukan seolah-olah mendapat suntikan semangat dan moral yang baru setelah Isma dimasukkan.

    Buktikan yang kita boleh lakukan untuk mara ke Separuh akhir nanti. Tutup terus mulut-mulut celupar yang sering menghina dan mengkritik pasukan kita. Saya yakin Pemain kita hebat dan mampu melakukannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. taufiq

      Salam..

      Teman menyokong 100% tentang cadangan dan kupasan pendapat saudara Syidi, jika dibandingkan K.Thinagaran dan Isma Alif, teman lebih tertarik dengan corak dan persembahan saudara Isma. Teman sudah pun melihat dengan mata sendiri corak dan semangat yang ditunjukkan Isma ketika perlawanan Perak menentang KL Plus fc yang lepas. Ternyata, corak permainan pasukan Perak amat berbeza sekali, banyak gerakan-gerakan berbahaya ke pintu gol lawan.

      Untuk coach perak, cuba fikirkan yang terbaik untuk pasukan Perak, semua pemain Perak adalah yang terbaik.

      You are The best..

      Likes(0)Dislikes(0)
  19. chuck

    Salam penuh iktibar buat sahabat SDN...

    Top management,coach,player & supporter adalah saling bergantung harap.bagai satu ikatan yang tak mampu untuk dirungkaikan.Jika dirungkaikan,maka musnahlah ianya...Kebergantungharap serta sifat saling harap-mengharapi serta saling memerlukan inilah yang mampu bagi mencorakkan kejayaan sesebuah pasukan.Terutamanya Negeri Perak.Negeri yang kaya dengan tradisi dan sejarahnya yang tersendiri.

    Dengan kebergantunggan inilah,kami peminat mohon agar pasukan ini mampu menggalas harapan dan cabaran yang berliku ini.Justeru dengan itu,bawalah kami peminat ke alam keasyikan mutu persembahan yang cemerlang dalam pasukan.kami terlalu dahagakan kejayaan...

    Andai ikatan yang terbina tadi musnah,maka hancuslah ianya menjadi butiran-butiran debu kekalahan serta kepelbagaian permasalahan dalaman lain lagi yang berlaku.

    kami memohon agar kita semua mengamalkan sistem kebebasan hak bersuara serta saling berkomunikasi bagi menetukan arah tuju pasukan kami ini.Komen yang terlalu memuji bukanlah komen yang terbaik.Begitu juga komen yang merudum.Tapi komen dan pendapat yang bernas adalah bila ianya mampu memberi sebarang impak/kesan pada individu mahupun pasukan itu sendiri.Tidak kiralah samada ianya positif mahupun negatif.Kesahihanya ialah bila kita merasai perubahanya...

    Janganlah kita sering menunding dan mencari alasan tatkala kita kecewa/gagal dalam mencapai kejayaan.Bagai membaling batu sembunyi tangan...Pepatah yang paling sesuai bagi mereka yang saling menunding arah serta sering bermain-main dengan alasan semata-mata.

    Wahai semua,berdirilah dan berpijaklah dibumi yang nyata!!!Walaupun kita masih mentah,jangan jadikan ianya satu alasan!!!Kita terlalu kerap memberi alasan yang bagi saya satu alasan yang bodoh!!!

    Fizikal kecil,faktor makanan/sains sukan/muda/mentah...ape semua alasan ni???apa maknanya??takde maknanya..kenapa kita tak boleh bandingkan dengan negara luar???Apakah kita selama ini selesa berada dalam kepompong kebengongan??Hidup dalam dunia sendiri yang terpencil??Mengasingkan diri??Bukalah mata!!!Bukalah seluas-luasnya mata ati dan minda anda.Ambil masa sebentar kita renungkan bersama-sama.Apa bezanya kita dengan mereka???Apa??

    Belajarlah dari terus menipu diri sendiri serta semailah erti bertanggungjawab dalam diri.Hamburan pujian,anugerah dan bonus yang terlalu memuji mampu menjatuhkan pasukan.Percayalah!!Terbukti melalui sukan badminton apabila perseorangan dan double kita.Tak jadi apa dah sekarang ni.

    Apa yang saya harapkan disini ialah ketelusan rakan-rakan semua memberikan satu komen yang mampu memberikan impak pada pasukan.Jangan terlalu memuji...Telah saya katakan dahulu,ape yang dah terjadi pada segelintir player kita sekarang ni??ade yang dah lagak 5 star.

    Jadilah seperti Porto and Seville.Kaji dan pikir sendiri...Mengapa mereka mampu mengapai UEFA cup??Perhatikan akan player yang mereka ada masa tu.Jangan tipu kalo anda sudah mengenali saper DECO!! Saper Dani Alves.

    Akhir kata,tulus dan ikhlaslah dalam membuat setiap statement.Kerana mereka player(pasukan) perlukan keikhlasan dalam pengorbanan serta sikap keterbukaan dan kebebasan bersuara.

    Jadilah sebuah pasukan yang mempunyai matlamat,visi dan bercita-cita tinggi!!!Jangan sekadar berpuashati dengan apa yang termampu tapi sebaliknya usahakan sesuatu yang lebih baik lagi.

    Semoga dengan renungan dan bingkisan sebegini,kita mampu menjana minda dan merubah diri menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.'SELAMAT MAJU JAYA BUAT SELADANG JR'!!!.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. irKupa

      chuck...

      sekali lagi tanpa ragu2 teman menyokong 100% ulasan mike..cukup bernas, cantek, padat serta mampu membuatkan orang lain berpikir dua kali..komen yang baik bukanlah komen yang terlalu memuji serta tidak terlalu menghentam.. sekadar peringatan kepada pemain takut lena dibuai mimpi dengan pelbagai alasan apabila kalah sehingga menyebabkan mampu memupuk sikap negatif..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        Chuck and all warga SDN..

        Teman pun setuju sangat ngan idea yang bernas serta padat.. kita memberi kritikan yang membina di samping untuk melihat pasukan kesayangan ke peringkat seterusnya kerana kami semua penyokong sudah terlalu lama idamkan untuk menjulang piala kemenangan.

        Semoga para pemain dapat menilai setiap kiritikan tidak kira positif atau negatif tetapi apa yang dikomen sebenarnya lahir dari hati yang tulus serta ikhlas unutk melihat kita sama-sama mengecapi apa yang selama ini kita tidak kesampaian...

        Komentar yang membina akan membuat teman suke membaca dan harapan teman tetap sama...semoga pemain dapat memberikan sepenuh tumpuan...jangan leka..teruskan perjuangan sehingga ke wisel penamat. kami para penyokong akan tetap bersamamu. teman akan datang ke stadium, insyaAllah tetap menyokong pasukan yang amat disayangi...

        Apa yang penting... KERJASAMA!
        Apa yang penting... KERJASAMA!
        Skor Yob Skor!

        Likes(0)Dislikes(0)
  20. taufiq

    Salam buat semua warga SDN..

    Tahniah..itulah ungkapan yang mampu diberikan kepada pasukan Perak kerana berjaya memberi tentangan yang sengit kepada Selangor. Namun begitu, perlawanan masih tinggal 90 minit lagi yang menjanjikan saingan yang lebih menarik. Seperti yang terpapar di dada akhbar pada 05 Mac 09, menyatakan bahawa Selangor sudah pun berpuas hati dengan bekalan yang diperolehi di Stadium Perak tempohari. Oleh itu, tunjukkan kepada pasukan Selangor bahawa bekalan itu sememangnya tidak mencukupi dan hanya di ibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk'.

    Percayalah, pasukan Perak mampu untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kita adalah pasukan yang kuat serta mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain. Jangan pula hanya kerana ketiadaan Razali nanti, permainan, serta corak persembahan menjadi longlai dan tidak bermaya. Apa pun, kekalkan dan tingkatkan prestasi semasa perlawanan, jadikan pasukan kita sebuah pasukan yang digeruni.Tingkatkan kerjasama berpasukan, kekalkan dan tingkatkan semangat melawan, Perak pasti gemilang.

    We are Perakian.Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.