TM Piala FA – Selangor Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 7 Mac 2009
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor (2) 2 – 0 (1) Perak

Selangor melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir setelah menumpaskan Perak dengan 2 gol tanpa balas  di Stadium Shah Alam malam tadi, dalam TM Piala FA 2009 peringkat suku akhir timbal balik kedua. Pada perlawanan timbal balik pertama Selangor berjaya menumpaskan Perak dengan 1-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor giat mengatur serangan dan sekali-sekala Perak dilihat melakukan serangan balas . Bermain di hadapan kira-kira 15 ribu penyokong sendiri, Selangor dilihat menguasai permainan pada babak pertama.

Senario berbeza pada separuh masa kedua apabila permainan tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Perak melakukan pertukaran pertamanya dengan mengeluarkan K.Thinagaran dan memasukkan Wan Hossen Abd Ghani, pada minit ke 65 bagi memantapkan barisan serangan dalam misi memburu gol pertama.

Pada minit ke 75, Perak melakukan dua pertukaran sekali gus dengan memasukkan K.Puvindren menggantikan Muhammad Khalis Ibrahim dan Zahiruddin Sabri masuk menggantikan Mohd Arsyah Ayob. Ketika Perak mula mendapat rentak untuk mengatur serangan, C.Premnath berjaya memecah kebuntuan setelah menanduk masuk untuk gol pertama Selangor pada minit ke 78 permainan.

Apabila perlawanan memasuki tambahan masa 2 minit, Rudie Ramli mengesahkan kemenangan Selangor dengan menjaringkan gol kedua juga melalui tandukan yang gagal ditepis oleh Kamarul Effendi. Dengan ini, Selangor layak ke Separuh Akhir dengan agregat 4-1 dan bakal bertemu Perlis yang berjaya menewaskan Harimau Muda dengan kemenangan agregat 1-0.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effendi
Mohd Nor Hazrul
Mohd Hafiszuan
Chun Keng Hong
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim – 2
Mohd Arsyah Ayob – 3
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif
K. Thinagaran – 1
Saufi Sa’aidi

Pertukaran:

Wan Hossen Abd Ghani – 1
K.Puvindren – 2
Zahiruddin Sabri -3

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan Lain 7 Mac 2009

My Team (1) 1 – 3 (1) Kelantan
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

T-Team (0) 0 – 0 (1) Negeri Sembilan
Stadium Tuanku Abdul Rahman

Harimau Muda (0) 0 – 0 (1) Perlis
Stadium Utama, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Piala FA – Selangor Vs Perak (result)

  1. syidi Post author

    Salam.

    Layak ke Suku Akhir Piala FA adalah satu pencapaian yang membanggakan sebenarnya. Ini kerana, jika dinilai usia dan pengalaman Pemain-pemain, seperti tidak percaya.

    Namun begitu, itu hanyalah satu bonus yang mana ianya akan menjadi pencetus revolusi peningkatan paradigma diri pemain-pemain muda Perak. Jelas kelihatan sedikit kecacatan dalam perlawanan semalam. Barisan tengah dilihat sekali lagi gagal menyalurkan bola kelaluan yang sepatutnya. Saya akui ada beberapa hantaran yang sampai ke kaki kaki penyerang, namun itu tidak cukup untuk menutup hantaran-hantaran yang kebanyakannya berjaya dibaca pihak lawan.

    Thinagaran - Saya kurang pasti apa sebenarnya dia diturunkan lagi? Pada mulanya saya beranggapan, dia akan mengubah corak permainannya, tapi sayangnya, ianya tidak cukup untuk saya mengatakan Thinagaran kembali seperti dulu'. Walau bagaimana pun, ada sedikit peningkatan tapi itu belum memadai untuk kami penyokong mengatakan ' Thina Is Back'!. Ternyata dia perlu direhatkan sehingga dia benar-benar Thina yang sebelum ini.

    Selain itu, pemain-pemain lain seperti Wan Hossen, Zahiruddin dan Puvindren juga dilihat masih gagal untuk mencuri perhatian saya setelah dibawa masuk pada babak kedua.

    Percayalah, Perak boleh mendapat sekurang-kurangnya 3 gol namun gagal disudahkan oleh barisan hadapan dengan baik.

    Walau apapun, Bahagian Tengah Perak perlukan melakukan sesuatu dalam memastikan bola yang di hantar adalah yang terbaik untuk para penyerang menghasilkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. taufiq

    Salam..

    Pertama sekali teman mengucapkan tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya layak ke pusingan suku akhir dalam saingan Piala FA kali ini, walaupun tewas tetapi teman berbangga dengan semangat yang ditunjukkan anak-muda Perak yang memberi saingan yang sengit kepada pasukan lawan.

    Akan tetapi, perasaan kecewa juga amat dirasai apabila perlawanan pada saingan suku akhir tempohari tidak menunjukkan prestasi sebenar pasukan kita. Ada segelintir pemain tidak menunjukkan yang mereka adalah yang terbaik seperti K. Thinagaran. Beliau sepatutnya hanya bersedia di bangku simpanan kerana teman merasakan bahawa saudara Shahrizal Saad yang perlu mengisi kesebelasan utama di bahagian serangan bersama saudara Saufi Sa'aidi. Sejak kebelakangan ini, saudara K. Thinagaran seolah-olah hilang punca di atas padang. Sekiranya Saufi dan shahrizal digandingkan di barisan serangan, teman percaya corak permainan tentu berbeza dan menarik.

    Selain itu, ketiadaan penyerang berbisa kita, Razali Umar sedikit sebanyak memberi impak kepada persembahan pasukan Perak semasa perlawanan tersebut. Situasi ini sepatutnya dipandang serius oleh pihak pengurusan dan jurulatih sekiranya terjadi perkara sebegini. Setelah Selangor meledakkan gol pertama, corak permainan menjadi carca merba dan boleh dikatakan hilang punca dalam memburu gol awal pasukan. Corak permainan Perak terus menjadi huru hara setelah selangor berjaya sekali lagi meledakkan gol kedua pada minit-minit akhir permainan. Apa yang dapat dilihat adalah semangat kita setelah gol dibolosi oleh pihak lawan masih di tahap yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Oleh yang demikian, teman dan para penyokong Perak amat berharap semoga S. Subramaniam dan Benedict Martin akan segera pulih daripada kecederaan kerana para peminat amat merindui sentuhan dan kelibat mereka di atas padang.

    Walaupun kita tewas pada kali ini, janganlah difikirkan sangat akan kekalahan ini. Masih banyak lagi perlawanan yang perlu ditempohi pada masa yang akan datang. Ayuh Seladang Jr, anda mampu mengorak langkah yang lebih gemilang. Tingkatkan kerjasama berpasukan, mantapkan prestasi yang sedia ada, Perak pasti gemilang.

    We Are Perakian, Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    salam

    jangan berduka dengan kekalahan ini..seharusnya ia menjadi titik membina kembali semangat dalam liga super dan seterusnya piala malaysia...

    masih jauh lagi perjalanan kita dalam liga malaysia...kekuatan mental serta kerjasama semua pihak diperlukan dalam mengejar impian kita...

    teruskan perjuangan kalian...
    kami penyokong tetap bersama kalian..

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam

    Tahniah diucapkan kepada pemain pemain muda pasukan Perak yang berjaya melangkahkan kaki ke peringkat suku akhir piala Fa musim ini. Walaupun agak kecewa dengan percaturan yang telah dilakukan oleh jurulatih yang teramat berpengalaman iaitu M Karathu namun apakan daya sudah suratan takdir menentukannya. Pada pendapat sunrise secara keseluruhan permainan yang ditampilkan kali ini lebih baik dari perlawanan sebelum sebelum ini. corak permainan yang boleh dikatakan bertaraf bintang dalam Liga Super. cuma yang dikhuatirkan kenapa K.Thinagaran diletakkan dibahagian serangan,sedangkan jelas sepanjang 65 minit beliau bermain sememangnya mendatangkan kemarahan kepada penyokong-penyokong Perak. memang tidak dinafikan ada sedikit perubahan oleh beliau yang bermain tidak setamak dan tidaklah seburuk sebelum ini,cuma beliau seolah olah tidak dapat mengenal pasti tentang posisi sendiri. ramai yang tidak menyangkakan Wan Hossein akan menggantikan K. Thinagaran untuk bermain dibahagian serangan, sedangkan beliau kerap diturunkan untuk bermain disayap kanan. Ketiadaanya Razali Umar Khandasamy jelas sekali bahagian serangan sukar untuk menembusi pertahanan lawan dan sukar untuk melakukan gerakan-gerakan merbahaya kearah kubu lawan. Pada perlawanan ini 2 orang permain yang harus dan wajib menerima pujian iaitu Kamarul Efendi dan Chun Keng Hong yang bertungkus lumus mengawal benteng masing-masing. seandainya Kamarul Efendi diberi kepercayaan lagi selepas ini sudah pasti beliau akan lebih matang dan kebal. mungkin gol-gol yang dijaringkan oleh pihak lawan menampakkan kelemahan beliau tetapi ketangkasan dan keberanian beliau jelas sekali naik secara mendadak. seandainya beliau dapat meningkatkan lagi prestasi maka Megat Amir akan terus memanaskan bangku simpanan sehingga ke penghujung karier.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul_united

    Salam...
    Tahniah buat pasukan Perak.Walaupun perjalanan kita hanya setakat ini sahaja,tapi teman berbangga kerana kita berjaya menempatkan diri dalam kelompok 8 pasukan.Teman percaya,banyak hikmah penyingkiran pasukan Perak.Antaranya,kita mempunyai banyak masa untuk berehat sebelum menghadapi sesuatu perlawanan.Cuba lagi untuk Piala Malaysia dan Liga Super,AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. taufiq

    Salam..

    Sekali lagi teman serta para penyokong Perak amat berbangga dengan aset yang ada pada pasukan Perak sekarang dan tahniah sekali lagi kerana dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir dalam saingan TM Piala FA 09. Walaupun tewas, tetapi sekurang-kurangnya bermaruah kerana berjaya sampai ke peringkat itu.

    Apa yang hendak dikatakan disini adalah serba sedikit pendapat berkenaan perlawanan suku akhir tempohari. Sebenarnya para penyokong di stadium hari itu tertanya-tanya, mengapa corak permainan Perak amat berbeza dan jarang sekali mengasak kubu lawan. Barisan kesebelasan utama yang diturunkan pun kurang menjadi dan teman pada mulanya merasakan bahawa Saufi dan Shahrizal Saad digandingkan dalam jentera serangan akan tetapi sebenarnya tidak, walaupun tempt itu diisi oleh K. Thinagaran. Pada perlawanan itu, K. Thinagaran seperti hilang punca dan tidak ada langsung pergerakan dan corak yang menarik oleh beliau.

    Selepas itu, pertukaran pemain yang dilakukan pula seolah-olah pasukan Perak sedang mendahului pasukan lawan dengan jaringan yang menjaminkan kemenangan. Untuk jurulatih, mengapa memasukkan K. Puvindren untuk memburu gol? Dimana Shahrizal Saad? Apa yang teman tahu Shahrizal Saad tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun digantung perlawanan. Namun begitu, ketiadaan penyerang berbisa kita Razali, sedikit sebanyak menjejaskan persembahan dan rentak permainan Perak.

    Apa pun, untuk menjadikan Perak sebuah pasukan yang mantap, hendaklah difikirkan juga akan situasi semasa dan perancangan yang berkesan. Kita masih ada perjuangan yang masih belum selesai. Jadi berusahalah, kerana adanya usaha, sudah semestinya adanya kejayaan. Untuk Perak, anda adalah yang terbaik. Jangan hampakan harapan semua.

    We Are Perakian...Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anip

    Syabas Yob...

    78minit mampu bertahan namun akhirnya kejayaan tidak berpihak kepada kita. Ada lagi ruang untuk memperbaiki kesilapan. Jangan putus asa. Teruskan berjuang. Liga Super dan Piala Malaysia masih menanti kalian.

    Setidak-tidaknya Yob sekalian sudah membuka mata para pengkritik, para penyokong hatta musuh dalam selimut yang memandang enteng pasukan baru ini. Cuba lagi dan lagi dan lagi tanpa mengenal jemu.

    Kejor Yob Kejor...
    Skor Yob Skor...
    Teruskan berjuang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    Salam Skuad Seladang and big Fan yop...

    Tahniah bagi player yang berusaha sebaik dan sesungguh mungkin.Journey kita dalam FA Cup dah pun berkubur di peringkat Quarter final ni.Kini hanya TM Super League and malaysia Cup jer lagi yang tinggal.

    More fokus untuk peringkat perlawanan yang seterusnya nanti.Jadikan kekalahan yang lepas sebagai satu modal untuk kita lebih jauh melangkah dalam saingan TM Super League and Malaysia Cup nanti.

    Cuma saya nak komen tentang formation yang coach pilih bagi game malam kemarin.Kalau boleh saya tahu apa yang Head coach kita harapkan dari formasi tersebut? Suka saya mengingatkan kondisi pasukan sebelum game kedua tersebut adalah ketinggalan dengan 2-1 dimana 2 gol dihasilkan ditempat lawan.Bermakna kita ketinggalan dengan 1 gol setengah.

    Apa reaksi kita bila kita dahpun mengetahui dari awal kedudukan tersebut? Bertahan ? Bersahaja? Maintain jer ? or all out ?
    Persoalanya disini ialah, Mentality kita(bebolehupayaan berpikir serta membuat keputusan under presure/dalam masa yang singkat) selain dari liputan meluas tentang pasukan(expectation kita pada pasukan).

    Ini adalah sebahagian kecil dari kelemahan ketara yang bagi saya kerap player kita alami. Samada dalam sukan sepak takraw,skuasy,badminton and bola sepak khususnya.

    Tapi 'main point' adalah mentality kita(moral kita).walaupun jika kita perhalusinya serta memperbetulkan kaedah berfikir tersebut hanya 20-30% powerfull increase,tapi itu adalah lebih baik dari 70-80% lossest kan??

    So,bagi saya disini ialah kaedah kita berfikir harus diperbetulkan dangan segeranya.Janganlah kita hanya pandai melatah tatkala kita ditegur serta pandai berjenaka dengan alasan semata-mata selain dari kita tidak mampu untuk menerima suatu pendapat yang bagi anda ianya sebahagian dari membuka pekong kelemahan diri anda sendiri.Pikirkanlah kebaikan serta harapan dan impian bersama.

    Jangan kita masih biarkan diri kita terus dirudum buta hati yang lampau...Bebas dan lepaskanlah segala yang tercalit itu dan bersamalah kita merawatnya bersama-sama...

    salam qaulan....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Komen yang berasas dan bernas. Teman harap pihak yang berkenaan melihat kembali di mana kesilapan yang telah dilakukan pada perlawanan tersebut.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      Saya setuju 100% dengan anda Chuck. Kami mahu kan perubahan total selepas ini. Kita ada kekuatan yang dibayangi kelemahan yang terlalu banyak.

      Oleh itu, jelmakan kekuatan dan tutup segala kelemahan. Tepuk dada tanya iman. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Salam Sahabat SDN sumer. Chuck in d'house.

    Kekalahan kemarin atau lebih tepatnya ialah kegagalan pasukan mendapatkan sentuhan pemusnah yang baik adalah isunya.

    Kepelbagaian corak serangan serta peluang hidangan mendapatkan gol tersebut adalah satu yang baik namun ianya tidak akan bermakna selagi pasukan tidak mampu untuk menterjemahkannya menjadi Gol yang pastinya berharga buat pasukan.

    Sahihnya kita masih lagi bergantung harap kepada beberapa player yang tanpa perlu kita ragui tahap kemampuannya.Tapi,inilah kenyataan yang menyokong penuh tentang komen perubahan corak berpikir kita haruslah dilaksanakan dengan kadar segera dan seberapa yang terdaya bagi kita.

    Bagi saya penyakit seperti ini harus ditegah serta ditangani segera dari ianya menjadi wabak serta berjangkit pada keseluruhan player(pasukan).

    Selain daripada itu juga,jurang dari yang terbaik hinggalah ketaraf menumpang dalam pasukan hendaklah dirapatkan. Jangan sampai ada diantara player kita nanti berasakan mereka adalah Superstar serta akan timbul statement dikemudian hari nanti yang mambu melabelkan Perak takan berjaya tanpa somebody. Ini yang kita takut serta risaukan. Juga jangan disebabkan ada somebody ini jugalah kita sering dirudum malang.

    Make sure isu ini dapat dikenalpasti,ada langkah-langkah pemuliharaan serta pengawasan yang berskala serta akhirnya membuahkan satu hasil atau produk yang baik pada keseluruhan pasukan khususnya.

    Insyallah jika ada kemahuan dari pihak tersebut yang mahu melupakan sebentar ke-egoan mereka untuk turun bersama-sama menbincang serta mencari punca permasalahan serta memikirkan cara penyelesaian tentang isu tersebut,kita akan beroleh hasilnya dalam masa yang terdekat ini tanpa sebarang permasalahan.Barulah selayaknya kita mengatakan yang kita sekarang ini 'di dalam proses menuai hasil/harvesting'.

    Proses pembikinan yang mengambil masa yang terlalu lama hanya membawa permasalahan dalam pasukan.Dalam jangkamasa tersebut kita telah mula kehilangan kepercayaan dari pelbagai pihak.Samada Top management seladang mahupun peminat itu sendiri.Jadi bikin filem janganlah hanya untuk kepuasan kita sendiri.Renung-renungkan dan marilah bersama kita suarakan.

    Akhir kata,kita bukan lagi seladang Jr tapi kita adalah senior!!!jangan hanya kerana kita mikirkan kita Jr,kita boleh mengambil sikap sambil lewa tunggu dan lihat!!!Make a move dude!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      salam

      setuju 100 %...
      tepuk dada tanya lah empunya hati...
      kami para penyokong mahukan perubahan yang positif...

      apa yang penting... KERJASAMA!
      apa yang penting... KERJASAMA!

      Ayuh Yob... All of you can do it!

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. sunrise

    ahli keluarga yang hadir

    1. syidi
    2. azaha
    3. sunrise
    4. khairol
    5. zam
    6. dr.kampong
    7. san (dari ipoh)
    8. anuar(kawan san dari ipoh)
    9. keris tujuh
    10. taufiq
    11. axlrose
    12. zulzia
    13. apekehe

    ini senarai yang sempat memperkenalkan diri kepada teman waktu akhir teman ambil sempat berkenalan pada jam 8.45 malam.apa yang tak disangka ada jugak kawan san orang Selangor yang join dengan SDN.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.