TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 31 Mac 2009
Stadium Negeri Batu Kawan
8:45PM

Perlawanan ke 10, TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam esok apabila skuad seladang akan bertandang ke Stadium Negeri Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang setelah berjaya mengikat Perlis di Kangar dengan keputusan 0 – 0 tempohari.

Skuad Pulau Mutiara kendalian jurulatih S. Veloo setakat ini berjaya memungut 8 mata dari 9 perlawanan dan menduduki tangga ke 12 Liga Super setakat ini. Pasukan ini juga turut diwakili ramai pemain muda setelah majoriti pemain musim lalu berhijrah ke pasukan lain kerana mengalami masalah yang sama (kewangan) seperti pasukan Perak.

Jika dibuat perbandingan antara kedua pasukan ini ternyata pasukan Perak jauh lebih baik berdasarkan prestasi semasa namun cabaran pasukan Pulau Pinang tidak boleh dipandang mudah kerana mereka mampu membuat kejutan jika beraksi di gelanggang sendiri.

Pulau Pinang setakat ini telah mencatatkan 2 kemenangan, 2 seri dan 5 tewas dari 9 perlawanan dengan perlawanan terakhir mereka adalah menentang Kelantan di Kota Bahru yang berakhir dengan keputusan tumpas 4 – 1 kepada pasukan tuan rumah.

Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil seladang.net berkata pasukan Perak mungkin akan menurunkan gandingan yang sama sewaktu mencatatkan keputusan seri 0 – 0 keatas Perlis tempohari dengan beberapa pertukaran kecil pemain sahaja.

“Beberapa pemain utama yang masih tidak dapat beraksi setakat ini ialah ketua pasukan S. Subramaniam, Syazwan Roslan, Shahrizal Saad dan Fauzi Ariffin. Kesemua mereka ini masih menjalani proses penyembuhan dari kecederaan yang dialami” ujar beliau.

“Kita mengharapkan para pemain supaya bermain sebaik mungkin bagi mengutip mata penuh pada perlawanan ini. Kita juga sentiasa akan memantau dan menilai sumbangan setiap pemain untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada peminat” jelasnya.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
Benedict Martin
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Muhd Nazri Kamal
K. Thinagaran
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (review)

  1. lee jr

    Perlawanan yang agak mudah bagi skuad Perak.Tapi jangan overconfident.selamat kembali kepada pertahanan kental perak,Benedict Martin. Razali,teruskan sentuhan pemusnah anda.Saufi,rembatan deras anda teman harap akan jadi pemusnah buat semua pasukan yang akan menentang kite.Thinagaran,kembalikan prestasi anda.larian2 berbahaya anda kerap kali mengucar kacirkan pertahanan lawan.harap penyokong Perak dapat menyaksikan aksi yang menarik dan pantas dari anda.Nazri seperti biasa,jarang menghampakan teman.banyakkan lagi hantaran2 yang menarik dan berbahaya.Arsyah Ayob,banyakkan larian dari bahagian tengah sebab hantaran anda sangat diperlukan penyerang kita.Khalis,timba pengalaman sebaik2nya.mike ada potensi.Hazrul,Hafiszuan dan Chun Keng hHong selamat berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. irKupa

    salam..

    kepada pasukan Perak, kembalikan rentak kemenangan..jangan membiarkan pasukan jauh ditinggalkan pasukan lain yang semakin matang..positive thinking, win the game...pikirkan kemenangan sahaja, tiada seri apetah lagi kekalahan...

    pemerhati jauh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anip

    Salam.

    Perlawanan yang patut diterjemahkan dengan kemenangan demi 3 mata maksimum bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga ketika ini. Rekod lampau menunjukkan pasukan lawan sukar dijinakkan di gelanggang sendiri tetapi Yob tetap mencapai kemenangan dalam tempoh 90minit perlawanan. Namun itu sekadar rekod lalu semata-mata, yang penting bermainlah dengan penuh semangat untuk menggapai kemenangan.

    Teruskan berjuang. Perlis boleh dijinakkan inikan pula sang harimau kumbang.

    Perak!!! You can do it!!! Do your best!!!
    Jom ke Batu Kawan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam Perjuangan buat pejuangan-pejuang Yop...

    Diharapkan skuad Yop dapat melaksanakan tugasan menentang Penang nanti dengan sebaik mungkin.Tidak ade apa yang perlu dihormati melainkan sedikit sikap berjaga-jaga haruslah diberikan perhatian serius.

    3 point bukanlah satu mimpi bagi kita,tapi ianya cuma perlukan sedikit usaha lagi bagi merealisasikan impian tersebut.

    Insyallah kitakan berjaya hendaknya.Doa dan sokongan yang padu dari ribuan penyokong yang hadir sentiasa berada dibelakang anda semua selaku player yang ke-13.

    Sematkan dalam diri yang kita adelah yang terbaik berbanding mereka yang kita tentang,ini kerana kita memang yang terbaik.

    Selamat berjuang dan bergumbiralah dengan membenam cabaran Penang pada malam tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    salam geng yob semua,

    lama dah teman tak masuk, maaf agak sibuk kebelakangan ini.

    insya-Allah Perak dapat 3 mata dan kemenangan keatas Pulau Pinang akan melonjakkan perak ketangga ke6 sekiranya KM Naza dan Plus FC tewas kepada Perlis dan MyTeam

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam

    diharapkan kepada semua pemain yang bakal diturunkan akan terus mempersembahkan persembahan yang bermutu.buktikan kepada kami anda semua bukanlah pemain yang lemah iman,lemah semangat ataupun lemah pemikiran. jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran dan pertunjuk kepada diri anda sendiri. walaupun pasukan Pualau Pinang pasukan yang lemah dalam Liga Super,bukan bermakna anda semua boleh bermain sambil lewa atau sebaliknya. Kepada Chun Keng Hong,Puvinderan dan Thinagaran tunjuk dan buktikan kepada semua bahawasanya anda adalah pemain yang hebat dan sangat berguna kepada pasukan.Kepada Arsyah Ayob tolong jangan lakukan tindakan yang kurang bijak seperti anda lakukan ketika bertemu skuad Perlis.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    assalamualaikum semua...
    satu tugas getir bagi pasukan Perak malam ini seperti kata weigang...main cantik tapi tak dapat memungut 3 mata adalah suatu yang merugikan.jadi aku kurang bersetuju untuk mengatakan game malam ini adalah perlawanan yang mudah dengan peningkatan permainan pasukan lawan di tempat sendiri.
    kelebihan kita adalah tonggak pertahanan kita seperti chun dan puven yang merupakan bekas pemain pulau pinang.mereka arif dengan corak permainan sesetengah pemain lawan.
    walau apapun...aku yakin dengan semangat melawan pemain Perak yang insyaallah boleh memungut 3 mata jika mereka meneruskan corak permainan seperti sebelum ini.kembalinya Ben ke 1-11 dapat menampung kekurangan akibat beberapa pemain yang tecedera termasuk syazwan yang bermain cantik di posisi pertahanan.
    kelemahan kita bagi aku mungkin di posisi penyerang yang selama ini mengharapkan "razali umar adebayor".semoga RUK dapat memantapkan diri dan dapat menjaringkan gol.kemenangan ini adalah penting bagi menjarakkan mati dengan pasukan bawahan.
    semoga kemenangan dipihak kita,insyaallah...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.