TM Liga Super | Perlis Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 21 Mac 2009
Stadium Utama Negeri Kangar
8:45PM

Selepas menang 2 – 0 keatas pasukan kelab dari Lembah Klang, Plus FC pada 28 Februari yang lalu, skuad Perak akan mengharungi perlawanan kesembilan TM Liga Super 2009 di Stadium Utama Negeri Kangar menentang pasukan tuan rumah Perlis sabtu nanti.

Skuad Singa Utara kendalian Irfan Bakti Abu Salim ini beraksi baik apabila menduduki tangga ketiga Liga Super setakat ini, berkongsi mata yang sama dengan pasukan Selangor dan Kelantan dengan hanya jaringan gol yang memisahkan mereka.

Penyerang Perlis Mohd Nizaruddin Yusof yang juga bekas penyerang kebangsaan, adalah penjaring terbanyak Liga Super setakat ini dengan 6 gol dan ini seharusnya mengingatkan M. Karuthu untuk menyediakan pertahanan yang baik untuk menyekat pergerakan beliau.

Disamping itu pasukan Perlis juga diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain Perak, Ahmad Fakri Saarani dibahagian serangan disamping beberapa pemain tengah seperti K. Soley, Amar Rohidan, Mohd Badrul Azam, Danial Fazly dan Azi Shahril Azmi.

Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil seladang.net berkata beberapa pemain utama tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut kerana masalah kecederaan antaranya ketua pasukan S. Subramaniam yang masih tidak cergas sepenuhnya.

“Kita juga kehilangan khidmat Syazwan Roslan dibahagian pertahanan kiri kerana kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan tempohari. Beliau terpaksa berehat panjang dan tempatnya bakal digantikan dengan pemain lain seperti Benedict Martin ataupun Hafiz Abdul Rahman”.

“Wan Hossein turut mengalami kecederaan bahu manakala Shahrizal Saad tidak cukup cergas kerana masalah lutut. Fauzi Ariffin pula masih belum pulih sepenuhnya untuk diturunkan pada masa terdekat” ujar beliau.

Pasukan Perak dijangka akan bertolak dari Ipoh esok (Jumaat) selepas latihan pada sebelah pagi sebelum turun menghadapi perlawanan lusa (Sabtu) di Stadium Utama Negeri Kangar.

Kesebelasan kemungkinan:

Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
Benedict Martin
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob
Muhd Nazri Kamal
K. Thinagaran
Razali Umar
Saufi Sa’aidi

Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super | Perlis Vs Perak (review)

  1. anip

    Salam.

    InsyaALLAH teman akan ke stadium pada perlawanan tersebut. Teman berharap pada sesiapa yang berhajat sama seperti teman bolehlah diusulkan di sini secepat mungkin supaya dapat kita bergerak bersama bagi menggegarkan Stadium Utama, Kangar...

    Terima Kasih.
    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam...

    Buat player yop,selamat pergi dan bailk dengan selamat.

    Berjuanglah dengan bersemangat.

    Selamat maju jaya pada Yop.

    CHAIYOK!CHAIYOK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. mim

    salam...

    semoga team kita nih dapat bawak balik mata ke ipoh...
    seri sudah memadai untuk dibawa pulang....
    benedict ape kabonyer....
    rindu nak nengok dia main...

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Biarpun kita bakal menyaksikan perlawanan tanpa kehadiran pemain-pemain utama dalam pasukan, namun begitu, khabar gembira terselit dicelahan kegusaran kita apabila pemain yang telah lama direhatkan akibat kecederaan Benedict Martin akan beraksi di Kangar nanti.

    Kehadiran Benedict Martin diharap dapat menyuntik semangat rakan seperjuangan setelah pertahanan kiri berwibawa Perak Syazwan Roslan tidak dapat beraksi.

    Pada saya, sekiranya Perak memulakan sesuatu dengan langkah yang konsisten, insya Allah ianya akan kekal sehingga selesai Pusingan Pertama Liga Super 2009. Percayalah pada diri sendiri dan berkerja sebagai satu pasukan 'espirit de corp'.

    Berusahalah, main dengan penuh bertenaga dan bersemangat waja. SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam...

    Semoga semangat kental kan tetap bersama semua pemain. Jangan mudah putus asa dan teruskan perjuangan hingga ke wisel penamat.

    BEN..kami rindukan sentuhan berbisa sepakan percuma anda! Semoga kita akan beroleh kemenangan, insyaAllah.

    Untuk semua pemain, jangan leka dan pastikan fungsi serta posisi masing-masing dikawal dengan rapi dan tetapkan semangat yang jitu...

    Apa yang penting.. KERJASAMA!
    Apa yang penting.. KERJASAMA!
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. mior88

    salam..saya mendoakan agar pasukan perak dapat mengutip 3 mata penuh esok walaupun bermain di tempat lawan..walaupun perlis berada di atas perak,saya harap pemain perak tidak gentar untuk melawan perlis..kejor yob kejor & skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. san

    Salam,

    Selamat kembali kepada Benedict Martin dan Razali Umar.

    Diharapkan kepulangan benedict martin dapat menguatkan kembali barisan pertahanan perak, kepulangan beliau kali ini tepat pada waktunya kerana beberapa tonggak pertahanan perak yang beraksi cemerlang sebelum ini mengalami kecederaan.

    Diharapkan kepulangan Razali umar yang terpaksa melupakan perlawanan terakhir Piala Fa pada musim ini mampu memberi impak yang besar kepada barisan serangan Perak pada malam ini.

    Diharapkan juga persembahan K. Thinagaran pada malam ini mampu mengubah reaksi penyokong-penyokong perak sekiranya dapat bermain pada malam ini.

    Diharapkan lagi kepada penyokong-penyokong perak yang berpeluang ke stadium kangar pada malam ini memberi sokongan padu kepada Pasukan Perak yang ketika ini menunjukkan satu peningkatan dari segi aspek tektikal dan pesefahaman.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. taufiq

    Salam..

    Teman harap dengan adanya penyerang harapan kita,Razali dan pertahanan kita Benedict pasukan kita akan lebih bersemangat bagi menghadapi saingan kali ini. Untuk pasukan Perak, teruskan usaha dan tingkatkan semangat melawan yang tinggi demi mencapai kemenangan di tempat lawan. Apa pun, pastikan tiga mata penuh menjadi milik kita nanti..

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.