TM Liga Super | Perlis Vs Perak (result)
March 22nd, 2009 by webmaster

Sabtu 21 Mac 2009
Stadium Utama Negeri Kangar
8:45PM
Perlis 0 - 0 Perak
Perak mencatatkan keputusan seri 0 - 0 keatas pasukan tuan rumah Perlis pada perlawanan kesembilan TM Liga Super 2009 di Stadium Utama Negeri Kangar malam tadi. Ini adalah keputusan seri yang pertama buat skuad seladang selepas 8 perlawanan sebelum ini yang berakhir dengan 4 kemenangan dan 4 tewas.
Perlawanan secara keseluruhan dilaporkan seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Pasukan tuan rumah sedikit tertekan dengan kemampuan Perak menyerap asakan lantas memaksa mereka bermain lebih aggresif dan ini menyaksikan beberapa layangan kad kuning antaranya kepada Azi Shahril Azmi dan Ahmad Fakri.
Dengan keputusan seri ini mengekalkan Perak ditangga kelapan Liga Super dengan lawan seterusnya adalah menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada 31 Mac 2009.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20)
Mohd Arsyah Ayob - 1
Muhd Nazri Kamal - 2
Isma Alif - 3
Razali Umar
Saufi Sa’aidi
Pertukaran:
K. Thinagaran - 1
Sarath Babu - 2
Hafiz Abdul Rahman - 3
Keputusan Perlawanan Lain 21 Mac 2009:
Plus FC 0 - 1 Johor FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
My Team 1 - 1 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Muda 1 - 2 Selangor
Stadium Darul Aman
PDRM 0 - 2 Kedah
Stadium MP Selayang
Kelantan 4 - 1 Pulau Pinang
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bahru
Terengganu 3 - 0 Pahang
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Pahang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Perlis (result)
- TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Kuala Muda Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Kedah Vs Perak (result)
9 Responses to “TM Liga Super | Perlis Vs Perak (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

dengan seri ini adalah lebih bagus dari takde mata langsung…alhamdulillah.
Syabas kepada Perak,teman tak tengok game hari tu,tapi resultnya baik pada teman sebab Perlis sekarang agak baik prestasi mereka, tingkatkan prestasi dan selepas ini pastikan kemenangan milik Perak.
“SKOR YOB SKOR”
Salam.
Teman mohon maaf kerana tidak dapat pergi ke perlawanan ini disebabkan faktor keletihan yang teramat sangat untuk teman memandu.
Teruskan berjuang Yob sekalian.
Kejor Yob Kejor!!!
Salam..
Sebelum pelawanan bermula, saya menjangkakan cabaran yang sengit menanti kedua-dua pasukan. Sememangnya itulah yang berlaku. Kita sedia maklum, Perlis kini berada di kelompok 5 teratas dalam TM Liga Super 2009. Memperoleh keputusan Seri 0-0 dengan Perlis menunjukkan bahawa Perak bukanlah calang-calang pasukan dan menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
Tahniah, dan teruskan usaha untuk meningkatkan prestasi pasukan. Corak permainan pantas ternyata menggusarkan pihak lawan. Tinggal lagi barisan serangan kita untuk menyudahkannya dengan jaringan gol. Oleh itu, para pemain dinasihatkan agar tidak terlalu yakin sebalik bermain dengan bijak dan menggunakan akal dan bukan kudrat semata-mata.
Ingat, kita sudah semakin kuat berbanding perlawanan di awal musim dulu. Jadi, jangan rencatkan momentum peningkatan prestasi yang sedang menyerap dalam pasukan kita.
Berusahalah…Skor Yob Skor!!
alhamdulilah.. pemain muda kita berjaya mengawal rentak dan asakan lawan dengan baik sekali. ternyata corak permainan bertahan bukan sahaja mengekang pihak lawan dari menjaringkan gol, malah sekali sekala mengucar kacirkan pertahanan lawan.
Jika pasukan kita menunjukkan peningkatan, jangan lupa pasukan lawan juga semakin meningkat prestasinya.
Apapun teruskan usaha gigih anda, insyallah usaha itu tangga kejayaan.
salam
tahniah kepada pemain pemain muda skuad perak yang mampu mengikat skuad perlis dengan tanpat sebarang jaringan gol.ini menampakkan pertahanan dan penjaga gol skuad perak semakin berada ditahp yang baik,dan mampu meningkat lagi dengan lebih cemerlang selepas ini. tapi sayang sekali dibahagian serangan masih belum menemui semula rentak untuk menjaringkaan gol.diharapkan selepas ini jurulatih jurulatih yang diberi tanggungjawap mampu melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan yang sediada.
salam..
syukur alhamdulillah…
apa yang penting.. kERJASAMA!
apa yang penting.. KERJASAMA!
salam..
syabas di ucapkan kepada pasukan muda Perak yang menunjukkan peningkatan dalam prestasi permainan…
kepada para pemain yang mengalami kecederaan…semoga korang semua beransur pulih…
teruskan usaha anda
salam…
diharap dapat meningkatkan prestasi serta mempunyai impian yang lebih tinggi iaitu kemenangan, dan bukannye seri semata-mata….pasukan lawan maken hebat, team yang dahulunya bawah kita semakin cemerlang menjauhi kita, kedah..jangan kite terlalu cepat berpuas hati. pengalaman semakin banyak dalam liga super, kematangan diharapkan lebih2 lah lagi dalam permainan..kemenangan yang kita cari. sekurang-kurangnya top 5 this season..come on yob.
kejor..score..menang… bukannye, kejor..penat..tumpoo..
-ikhlas-