Perlawanan TM Piala FA 2009 – 7 Mac | Suku Akhir 2

TM Piala FA

Peringkat suku akhir 2, TM Piala FA 2009 akan dilangsungkan hari ini dengan 4 lagi perlawanan yang antaranya melibatkan naib juara musim lalu Selangor yang bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Shah Alam malam nanti.

Sementara itu pasukan Harimau Muda yang tewas 0 – 1 kepada Perlis di Bukit Jalil tempohari akan bertandang pula ke Stadium Utama Negeri, Kangar manakala pasukan kelab dari Terengganu, T-Team yang tewas 0 – 1 kepada Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kelantan yang mencatatkan keputusan seri 1 – 1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menentang My Team akan menjadi tuan rumah pada perlawanan kedua ini di Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Bahru.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Kelantan (1) vs (1) My Team
Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Bahru

Negeri Sembilan (1) vs (0) T-Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perlis (1) vs (0) Harimau Muda
Stadium Utama Negeri, Kangar

Selangor (2) vs (1) Perak
Stadium Shah Alam

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 2009 – 7 Mac | Suku Akhir 2

  1. taufiq

    Salam semua..

    Ayuh semua peminat bola sepak tempatan, penuhkan stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan anda walau di mana anda berada.

    Buat pasukan Perak, lakukan yang terbaik dan buktikan kepada mereka, siapa kita yang sebenar. Buat penyokong Perak yang berada sekitar Lembah Klang, ayuh kita penuhkan Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, Perak.

    Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Negara..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Dr Kampung

    Salam.

    Malam ni berapa orang yang turun?

    Penuhkan stadium Shah Alam bagi sokongan pada Seladang Muda...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam Dr Kampung..

      Turun la..ramai Geng SDN akan turun malam ni. Khabarnya, rakan-rakan dari Ipoh pun akan turut serta, San dan rakan-rakan yang lain.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    salam..

    semoga perlawanan malam ini akan memberikan satu perlawanan yang menarik dan seterusnya memberika satu kepuasan..

    jangan leka dan jangan banyak memberi peluang kepada pihak lawan...cari gol kemenangan dan ayuh...kita buktikan kepada mereka bahawa kita juga boleh....semoga kerjasama di antara satu sama lain dapat dikekalkan dan teruskan momentum menyerang tanpa mengalah hingga ke wisel penamat...

    sokongan padu dari kami para penyokong akan tetap bersamamu...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. calibess

    Salam semua,
    Teman minta marilah beramai-ramai turun ke Stadium Shah Alam malam ini terutamanya rakan-rakan dari Lembah Klang,teman percaya perlawanan malam ini pasti sengit dan penuh aksi, pada Pemain Perak, teman nasihatkan jangan peduli reputasi lawan walaupun berada di tempat lawan, bermain bermati-matian demi maruah pasukan Seladang, kami penyokong, akan sentiasa memberi sokongan padu untuk meniup semangat para pemain-pemain. Apa lagi yob, turun la Stadium Shah Alam malam ni OK , KEJOR YOB KEJOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.