Perlawanan TM Piala FA 2009 – 3 Mac | Suku Akhir 1

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 telah masuk peringkat suku akhir 1 dengan 8 lagi pasukan akan berentap merebut peluang keseparuh akhir kelak. Hanya 2 pasukan dari liga premier iaitu pasukan T-Team dan Harimau Muda layak manakala pasukan selebihnya dari liga super.

Seperti yang umum ketahui juara musim lalu iaitu Kedah telah pun menamatkan kempen mereka apabila tewas kepada pasukan My Team pada pusingan kedua tempohari. Hanya tinggal naib juara Piala FA musim lalu, Selangor yang bakal berhadapan dengan barisan muda Perak pada perlawanan timbal balik pertama di Ipoh esok.

Kelantan yang tewas kepada Selangor dalam perebutan pendahulu liga super baru-baru ini akan bertandang pula ke Kelana Jaya menentang My Team sementara Negeri Sembilan akan bertandang ke Kuala Terengganu melawan pasukan T-Team.

Turut mencuri tumpuan umum ialah kebangkitan barisan muda Malaysia bawah 19 tahun, Harimau Muda yang telah mengejutkan dua pasukan liga super iaitu Plus FC serta Terengganu untuk menempah tempat bertemu Perlis di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam esok:

My Team vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

T-Team vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Harimau Muda vs Perlis
Stadium Nasional Bukit Jalil

Perak vs Selangor
Stadium Perak, Ipoh

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Perlawanan TM Piala FA 2009 – 3 Mac | Suku Akhir 1

  1. taufiq

    Salam..

    Ayuh, rakyat Malaysia, semarakkan bolasepak tanahair kita. Ramai-ramailah kita beri sokongan kepada pasukan kesayangan. Penuhkan stadium, semarakkan sokongan anda..
    Tanpa anda siapalah bolasepak kita..

    Majulah bolasepak untuk negara kita..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. haiyo

    harap harap Perak boleh menang 2 - 0 kat Shah Alam 1 - 1. Sebab kita dah lama tak merasa suasana final piala fa dan seterusnya menjadi juara.Coach kena wat strategi menyerang yang lebih dan mantapkan pertahanan..apa pun keputusan teman yakin Perak dapat mengalahkan Selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    di atas kertas,pasukan Selangor memang pasukan pilihan melihat kepada status mereka sebagai pendahulu liga super dan naib juara piala fa musim lalu..tambahan lagi pasukan Perak terdiri daripada pemain-pemain muda dan kurang sedikit dari segi pengalaman,,memang kami mengharapkan kemenangan tetapi kalau tidak termampu tidak mengapa,yang penting semua pemain dan jurulatih memberikan yang terbaik dalam perlawanan pada malam esok! mari calarkan keegoan skuad merah kuning itu!!
    skor Yop!
    Перак в перёд!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam sahabat SDN...

    Lama benar rasanya tak online disebabkan faktor kesibukan tugas yang memaksa saya berada diluar kawasan.Namun kesibukan itu sedikitpun tidak menjejaskan minat serta semangat yang tinggi terhadap pasukan.

    Misi bagi perlawanan pertama suku akhir malamni di Ipoh,teman merasakan sesuatu yang dasyat akan berlaku.Perasaan ragu ataupun was-was langsung sedikitpun tidak bermain di kotak fikiran hamba sekarangni.Ianya lebih kepada sejauh mana pasukan mampu untuk menterjemahkan peluang Gol yang bakal dicipta nanti.

    Bagi pasukan,hanya dua sahaja permintaan yang kami (peminat) inginkan.Pertama dapatkan bekalan gol selesa.Atleast biarla 2 gol sekurang-kurangnya dan yang keduanya mempertahankan gawang gol dari dibolosi.

    Namun,harus diingat dalam kesibukan serta kerancakan kita mendapatkan gol tersebut jangan pula kita cuai sehingga mengakibatkan bahagian bawah kita kosong.Kita sudahpun ketahui kebolehupayaan Selangor melakukan serangan balas-pantas.So 'Beware' and alertness...dalam keadaan sebegini,kita perlu mengawasi gerakan en.Amri dan en.Amirul hadi.Hanya mereka yang mempunyai speed serta memainkan peranan sebagai jeneral mahupun arkitek di bahagian tengah selangor.Namun en.Safee Sali jangan sampai terlepas pandang.Yang lain takde ape sangat.Yang penting 3 orang watak penting pasukan Selangor ini sahaja.Jika player kita mampu membangkitkan kemarahan 3 player ini pun ok juga.Jika kita mampu menghadirkan kambing hitam dalam pasukan bagi mengusir player tersebut adalah lebih enak.

    So far mengalahkan Selangor bukanlah misi mustahil.Kita pernah menewaskan Johor FC dan KL plus.Kedua-dua pasukan ini mampu dan telahpun berjaya menewaskan selangor Selangor sebelum ini.Maknya,jika mampu kita olah formula yang kita telahpun guna pakai ketika our team menewaskan Johor Fc dan KL Plus tempoh hari disamping sedikit pemahaman taktikal yang mampu kita perolehi dari sesi rakaman game antara Selangor dan Johor FC serta KL Plus.Buat satu kesimpulan yang terbaik dari hasil pemahaman tersebut.

    Buat Coach,harini just buat latihan ringan pemanas badan tapi torture minda player kita dengan rakaman game serta perang taktikal yang bakal disajikan nanti.Man to man marking,perangkap offside dan saikologikal.Formasi yang disyorkan ialah 4-4-1-1.Semoga dengan berkat kesungguhan tuan-tuan semua,majlis kenduri gol kita malam ini akan berjalan mengikut yang kita rancangkan.Hehe...'Lets d' game begin'.

    Selamat maju jaya dan moga beroleh rezeki yang lebih kepada pasukan dengan mampu menjuarai Piala FA pada tahun ini.Spurs pun boleh pegi final.Tanamkan semangat serta azam yang tinggi dalam diri untuk perlawanan malam ini dan perlawanan yang akan datang.'Anda mampu merubahnya'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Salam Seladang Hunter...

    Renungan dan sahutan seladang hunter diharapkan dapat mewarnai stadium pada malam ini bagi meraikan sebuah kejayaan serta kegigihan pemain kita mengharumkan nama negeri yang tercinta PERAK.

    Suka saya mengingatkan diri saya sendiri serta rakan-rakan yang lain,bahawasanya kejayaan pasukan kita tidak akan memberikan sebarang makna jika kita peminat tidak merasakan klimaksnya.

    Sehubungan dengan itu,saya menyeru kepada semua puak,etnik dan masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya serta berbeza latarbelakang di negeri ini dapat mendoakan kejayaan pasukan disamping bagi yang mampu boleh terus menyumbang kearah pembangunan berterusan pasukan Perak dalam meneruskan kancah perjuangan liga super ini dengan hadir sama memeriahkan lagi stadium yang telah lama sepi ini.

    Sahutlah cabaran berwawasan dan penuh semangat cintakan negeri dengan datanglah beramai-ramai memberikan sokongan konkrit pada pasukan.

    Setiap sen yang anda laburkan akan player Jr ini balas dengan setiap keringat melalui persembahan mantap yang bakal mereka sajikan nanti.

    Sekian,Salam qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Saya ingin menambah satu lagi perkara dan saya amat tertarik dengan 'Seladang Hunter' lebih gerun jika disimpulkan Perak sebagai 'The Silent Killer'!.

      Awas semua musuh-musuh. Apabila Penyokong Perak kembali ke laluan yang sepatutnya dan Pasukan Perak sendiri menemui rentak perjuangan yang konsisten, berwaspadalah, sejarah tidak mustahil akan berulang bersama M Karuthu suatu masa dulu.

      Saya setuju dengan Chuck 110% !

      Ayuh YOB SKOR GOL MALAM NI!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam warga SDN

    Semoga kejayaan akan bersama kita tetapi sebelum itu kesungguhan semua pemain amat diperlukan dan tidak ambil mudah dalam game yang amat bermakna ini.

    Sentiasa peka dan jangan leka. Kelak semua akan rugi! Ayuh.. Seladang Jr. Buktikan kepada mereka yang kita boleh dan kepada semua warga SDN, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga kita akan mengecapi kejayaan, InsyaAllah.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam...
      Pesanan supaya peka dan jangan leka adalah pesanan yang baik untuk semua player yang diturunkan malam sabtu ni...
      Dengan adanya fokus,baru pihak lawan akan terikut-ikut dengan rentak permainan pantas kita..Kelebihan pasti memihak kepada kita kerana pihak lawan pasti kepenatan..
      Yang penting kita mesti jaringkan gol awal supaya pasukan Selangor akan tertekan...
      Semoga stadium penuh dengan penyokong Perak sabtu ni...

      Apa yang penting... KERJASAMA!
      Apa yang penting... KERJASAMA!

      Skor Yob Skor!

      wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.