Perlawanan TM Liga Super 2009 - 31 Mac 2009
March 31st, 2009 by webmaster

TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan 7 lagi perlawanan yang melibatkan pendahulu liga super, Selangor yang bertandang ke Gong Badak bertemu Terengganu manakala Kelantan menanti kunjungan Negeri Sembilan di Kota Bahru.
Kedah pula akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan bertemu Pahang dan Perlis yang mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Perak baru-baru ini akan berkunjung ke Stadium Darul Aman melawan pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda Naza.
PDRM yang telah menukar venue perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi akan melayan kunjungan Johor FC manakala di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan tuan rumah My Team akan berentap dengan satu lagi pasukan kelab dari Lembah Klang iaitu Plus FC.
Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 31 Mac 2009:
My Team vs Plus FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Muda vs Perlis
Stadium Darul Aman, Alor Setar
PDRM vs Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Terengganu vs Selangor
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Pahang vs Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Pulau Pinang vs Perak
Stadium Negeri Batu Kawan
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jadual TM Liga Super 2009 | Pusingan Pertama
- Jadual TM Liga Super 2009 | Pusingan Kedua
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 27 Jun 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 4 Julai 2009
- Perlawanan TM Liga Super 2009 - 17 Februari 2009
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
