feed rss2

Archive for March, 2009

Logo | seladang.net

Warga seladang.net telah berkumpul untuk kali kelima pada sesi latihan futsal pasukan SDN KV yang diadakan di Bangunan Pan Global, Petaling Jaya. Seramai 14 orang pemain hadir pada latihan yang diadakan pada pukul 5:00 petang hingga 6:00 petang.

Beberapa pemain-pemain ‘regular’ tidak hadir pada latihan ini kerana pulang bercuti ke kampung sempena cuti sekolah. Keadaan menjadi lebih sukar apabila hujan turun dengan lebatnya mulai dari pukul 4:00 petang hingga 6:00 petang.

Permainan hanya dapat dijalankan selepas 15 minit masa berlalu kerana kekurangan pemain yang tiba lewat kerana kesesakan lalulintas akibat dari hujan lebat. 2 ahli terakhir yang tiba ialah Adi dan Vickson untuk bermain pada 25 minit terakhir permainan.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

Logo | seladang.net

  1. YB
  2. Syidi
  3. Sunrise
  4. Azaha
  5. Axlrose037
  6. Zam
  7. Keristujuh
  8. Udinese
  9. Adi
  10. Vickson
  11. Syafiq
  12. Wan
  13. Saleh

Logo | seladang.net

Setelah berehat 2 minggu, skuad SDN KV akan mengadakan sesi latihan kelima pada pukul 5:00 hingga 6:00 petang di Pan Global Club, Tingkat 7, Bangunan Pan Global, 1A Jalan Tandang, Petaling Jaya pada hari Sabtu 14 Mac 2009.

Semua pemain diminta untuk hadir lebih awal kerana kita mahu mengagihkan air minuman di tempat letak kereta dihadapan Bangunan Pan Global. Latihan futsal ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda.

Sila nyatakan kedatangan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin turut serta.

  • Tarikh: Sabtu 14 Mac 2009
  • Masa: 5:00 - 6:00 petang
  • Lokasi: Tingkat 7, Bangunan Pan Global, 1A Jalan Tandang, Petaling Jaya
  • Yuran: RM10 +/-
  • Court: Large 32m x 24m - Teraflex
  • Bib, glove keeper akan disediakan

Peta Google
Belon Hijau A - Persimpangan Lebuhraya Persekutuan
Belon Hijau B -… Continue reading

TM Piala FA

Selasa 7 Mac 2009
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor (2) 2 - 0 (1) Perak

Selangor melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir setelah menumpaskan Perak dengan 2 gol tanpa balas  di Stadium Shah Alam malam tadi, dalam TM Piala FA 2009 peringkat suku akhir timbal balik kedua. Pada perlawanan timbal balik pertama Selangor berjaya menumpaskan Perak dengan 1-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor giat mengatur serangan dan sekali-sekala Perak dilihat melakukan serangan balas . Bermain di hadapan kira-kira 15 ribu penyokong sendiri, Selangor dilihat menguasai permainan pada babak pertama.

Senario berbeza pada separuh masa kedua apabila permainan tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Perak melakukan pertukaran pertamanya dengan mengeluarkan K.Thinagaran dan memasukkan Wan Hossen Abd Ghani, pada minit ke 65 bagi memantapkan barisan serangan dalam… Continue reading

TM Piala FA

Peringkat suku akhir 2, TM Piala FA 2009 akan dilangsungkan hari ini dengan 4 lagi perlawanan yang antaranya melibatkan naib juara musim lalu Selangor yang bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Shah Alam malam nanti.

Sementara itu pasukan Harimau Muda yang tewas 0 - 1 kepada Perlis di Bukit Jalil tempohari akan bertandang pula ke Stadium Utama Negeri, Kangar manakala pasukan kelab dari Terengganu, T-Team yang tewas 0 - 1 kepada Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kelantan yang mencatatkan keputusan seri 1 - 1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menentang My Team akan menjadi tuan rumah pada perlawanan kedua ini di Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Bahru.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Kelantan (1) vs (1) My Team
Stadium Sultan Mohamad… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]