Futsal | Latihan SDN KV – 14 Mac 2009

Logo | seladang.net

Setelah berehat 2 minggu, skuad SDN KV akan mengadakan sesi latihan kelima pada pukul 5:00 hingga 6:00 petang di Pan Global Club, Tingkat 7, Bangunan Pan Global, 1A Jalan Tandang, Petaling Jaya pada hari Sabtu 14 Mac 2009.

Semua pemain diminta untuk hadir lebih awal kerana kita mahu mengagihkan air minuman di tempat letak kereta dihadapan Bangunan Pan Global. Latihan futsal ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda.

Sila nyatakan kedatangan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin turut serta.

  • Tarikh: Sabtu 14 Mac 2009
  • Masa: 5:00 – 6:00 petang
  • Lokasi: Tingkat 7, Bangunan Pan Global, 1A Jalan Tandang, Petaling Jaya
  • Yuran: RM10 +/-
  • Court: Large 32m x 24m – Teraflex
  • Bib, glove keeper akan disediakan

Peta Google
Belon Hijau A – Persimpangan Lebuhraya Persekutuan
Belon Hijau B – Pan Global Club
Belon Hijau C – Samba De Futsal


View Larger Map

Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:

SDN KV

Logo | seladang.net

  1. YB
  2. Syidi
  3. Sunrise
  4. Azaha
  5. Axlrose037
  6. Zam
  7. Keristujuh
  8. Udinese
  9. Erie_sohor
  10. Adi
  11. Enal
  12. Syafiq (Rakan Axlrose)
  13. Wan (Rakan Axlrose)
Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Futsal | Latihan SDN KV – 14 Mac 2009

  1. sunrise

    salam

    teman mengharapkan aktiviti kali ini akan lebih meriah. dengan kehadiran ahli keluarga SDN KV dapat menjayakannya.pasti kita semua rindukan aktiviti sebegini setelah 2 minggu ianya terpaksa dihentikan atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.

    Kita mengharapkan penglibatan lebih ramai lagi ahli SDN yang lain untuk memeriahkan aktiviti Futsal ini. Jangan ada rasa malu atau segan kerana kita semua sama. Inilah masanya untuk kita bersua muka dan mengenali antara satu sama lain.

    Saya berasa amat gembira kerana setakat ini saya dapat mengenali ramai rakan-rakan baru yang sebelum ini hanya bersembang di Shoutbox. Jadi kepada yang lain sekiranya berada di sekitar Lembah Kelang ini, luang-luangkanlah masa untuk menyertai aktiviti ini.

    Maju SDN Maju Seladang Hidup Perak Demi Bolasepak Malaysia!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. loque

    Salam SDN Futsal Rangers...

    Satu lagi projek yang berjaya dilaksanakan oleh pihak SDN.
    Syabas dan tahniah diucapkan pada sahabat serta organizer yang terlibat bagi menjayakan aktiviti sihat sebegini.

    Macam yang sahabat sedia maklum,selain dari bersukan dan beriadah,kita juga mampu untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara sahabat SDN.

    Selain berbual hanya di konti shoutbox kita juga dapat lebih kenal mengenali sesama kita.

    Saya mengharapkan aktiviti sebegini dapat dipanjangkan serta diperluaskan kepada sahabat-sahabat SDN yang berada di seantaro Malaysia. Khususnya di kubu kuat Yop di Ipoh.

    Akhir kata,saya menyokong penuh tanpa ragu akan perlaksanaan program-program sebegini.Syabas SDN!!!Anda adalah mercu suara peminat Yop yang mampu merubah suasana bolasepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Axlrose037

    Salam,
    Kemungkinan esok saya akan membawa dua orang pemain lagi, seorang dari bota dan seorang dari manjoi untuk memperkuatkan pasukan kita. Disamping itu juga dapat kita mengeratkan silaturahim sesama ahli seladang.net.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Axlrose, tolong berikan nama 2 orang kawan berkenaan untuk dimasukkan dalam senarai nama di atas.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.