Futsal | Latihan SDN KV - 14 Mac 2009 (report)
March 15th, 2009 by webmaster

Warga seladang.net telah berkumpul untuk kali kelima pada sesi latihan futsal pasukan SDN KV yang diadakan di Bangunan Pan Global, Petaling Jaya. Seramai 14 orang pemain hadir pada latihan yang diadakan pada pukul 5:00 petang hingga 6:00 petang.
Beberapa pemain-pemain ‘regular’ tidak hadir pada latihan ini kerana pulang bercuti ke kampung sempena cuti sekolah. Keadaan menjadi lebih sukar apabila hujan turun dengan lebatnya mulai dari pukul 4:00 petang hingga 6:00 petang.
Permainan hanya dapat dijalankan selepas 15 minit masa berlalu kerana kekurangan pemain yang tiba lewat kerana kesesakan lalulintas akibat dari hujan lebat. 2 ahli terakhir yang tiba ialah Adi dan Vickson untuk bermain pada 25 minit terakhir permainan.
Senarai Pemain Yang Hadir:
SDN KV

- YB
- Syidi
- Sunrise
- Azaha
- Axlrose037
- Zam
- Keristujuh
- Udinese
- Adi
- Vickson
- Syafiq
- Wan
- Saleh Kaka
- (Rakan Axlrose)
Ucapan terima kasih kepada semua pemain yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan ini dan jika tiada halangan, futsal SDN KV akan dijalankan seperti biasa pada hari Sabtu 21 Mac 2009.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Futsal | Latihan SDN KV - 27 Mac 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 14 Mac 2009
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 21 Februari 2009 (report)
- Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010 (report)
4 Responses to “Futsal | Latihan SDN KV - 14 Mac 2009 (report)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Salam..
Terima kasih kepada semua ahli SDN yang hadir. Biarpun hujan lebat pada hari berkenaan, akhirnya semua dapat menjalani latihan dengan jayanya.
Semoga kita akan bertemu lagi di sesi yang keenam nanti, dan diingatkan agar semua ahli Futsal SDN sentiasa menjaga tahap kecergasan sebilang masa. Jangan terlalu harapkan latihan, sebaliknya, cari masa sendiri untuk meningkatkan tahap kecergasan masing-masing.
Hidup Perak! Hidup SDN!
March 18th, 2009 at 10:15 pm
Kedudukan kewangan Terkini Kelab Futsal Seladang.Net:
Baki Kutipan Yang Lalu Setakat 14 Mac 2009 :
Kutipan Pada 14 Mac 2009 - RM 140.00
Baki Sebelumnya - RM 80.00
JUMLAH - RM 220.00
PEMBAYARAN
Sewa Gelanggang - RM 100.00
Beli Bola Futsal - RM 100.00
BAKI DALAM TANGAN - RM 20.00
Sebarang Permasalahan Berkaitan Kewangan Sila Nyatakan Dengan Menghantar Komen Di bawah. Sekian.
salam
terima kasih diatas kerjasama yang ditampilkan oleh semua pihak demi menjayakan aktiviti ini. walaupun hanya bermain kurang dari sejam tetapi kegembiraan dan kepuasan berjaya ditampilkan di wajah masing masing. apa yang membanggakan saya kli ini buka sahaja dihadiri ahli keluarga SDN KV malah antara rakan rakan diluar juga sudi menjadikan aktiviti ini sebagai pengerat silatul rahhim antara kita…..
diharapkan selepas ini ianya akan berterusan dan akan menjadi kenyataan dengan setiap yang kita impikan. Tahniah kepada ketua aktiviti iaitu saudara Syidi yang tiba seawal jam 4.15 petang demi menggelak hujan melanda dikawasan beliau demi semangat kesukanan dan kekeluargaan.
March 17th, 2009 at 1:27 pm
Salam…
Terima kasih Sunrise. Untuk makluman, bukan saya seorang saja yang sampai awal, tahniah juga untuk KerisTujuh dan Udinese kerana mereka juga sampai awal.
Tidak kiralah siapa awal, yang penting ‘Mission Accomplish’ minggu ini. Well Done!!