feed rss2

Archive for March, 2009

TM Liga Super

TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan 7 lagi perlawanan yang melibatkan pendahulu liga super, Selangor yang bertandang ke Gong Badak bertemu Terengganu manakala Kelantan menanti kunjungan Negeri Sembilan di Kota Bahru.

Kedah pula akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan bertemu Pahang dan Perlis yang mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Perak baru-baru ini akan berkunjung ke Stadium Darul Aman melawan pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda Naza.

PDRM yang telah menukar venue perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi akan melayan kunjungan Johor FC manakala di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan tuan rumah My Team akan berentap dengan satu lagi pasukan kelab dari Lembah Klang iaitu Plus FC.

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 31 Mac 2009:

My Team vs Plus FC
Stadium… Continue reading

TM Liga Super 2009

Selasa 31 Mac 2009
Stadium Negeri Batu Kawan
8:45PM

Perlawanan ke 10, TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam esok apabila skuad seladang akan bertandang ke Stadium Negeri Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang setelah berjaya mengikat Perlis di Kangar dengan keputusan 0 - 0 tempohari.

Skuad Pulau Mutiara kendalian jurulatih S. Veloo setakat ini berjaya memungut 8 mata dari 9 perlawanan dan menduduki tangga ke 12 Liga Super setakat ini. Pasukan ini juga turut diwakili ramai pemain muda setelah majoriti pemain musim lalu berhijrah ke pasukan lain kerana mengalami masalah yang sama (kewangan) seperti pasukan Perak.

Jika dibuat perbandingan antara kedua pasukan ini ternyata pasukan Perak jauh lebih baik berdasarkan prestasi semasa namun cabaran pasukan Pulau Pinang tidak boleh dipandang mudah… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 21 Mac 2009
Stadium Utama Negeri Kangar
8:45PM

Perlis 0 - 0 Perak

Perak mencatatkan keputusan seri 0 - 0 keatas pasukan tuan rumah Perlis pada perlawanan kesembilan TM Liga Super 2009 di Stadium Utama Negeri Kangar malam tadi. Ini adalah keputusan seri yang pertama buat skuad seladang selepas 8 perlawanan sebelum ini yang berakhir dengan 4 kemenangan dan 4 tewas.

Perlawanan secara keseluruhan dilaporkan seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Pasukan tuan rumah sedikit tertekan dengan kemampuan Perak menyerap asakan lantas memaksa mereka bermain lebih aggresif dan ini menyaksikan beberapa layangan kad kuning antaranya kepada Azi Shahril Azmi dan Ahmad Fakri.

Dengan keputusan seri ini mengekalkan Perak ditangga kelapan Liga Super dengan lawan seterusnya adalah menentang Pulau Pinang di Stadium… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 21 Mac 2009
Stadium Utama Negeri Kangar
8:45PM

Selepas menang 2 - 0 keatas pasukan kelab dari Lembah Klang, Plus FC pada 28 Februari yang lalu, skuad Perak akan mengharungi perlawanan kesembilan TM Liga Super 2009 di Stadium Utama Negeri Kangar menentang pasukan tuan rumah Perlis sabtu nanti.

Skuad Singa Utara kendalian Irfan Bakti Abu Salim ini beraksi baik apabila menduduki tangga ketiga Liga Super setakat ini, berkongsi mata yang sama dengan pasukan Selangor dan Kelantan dengan hanya jaringan gol yang memisahkan mereka.

Penyerang Perlis Mohd Nizaruddin Yusof yang juga bekas penyerang kebangsaan, adalah penjaring terbanyak Liga Super setakat ini dengan 6 gol dan ini seharusnya mengingatkan M. Karuthu untuk menyediakan pertahanan yang baik untuk menyekat pergerakan beliau.

Disamping itu pasukan Perlis… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]