TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (review)

TM Piala FA

Selasa 3 Februari 2009
Stadium Batu Kawan
8:45PM

Perlawanan pusingan 1 timbal balik kedua TM Piala FA musim 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu semula pasukan SDM Kepala Batas yang telah ditewaskan 4 – 1 pada perlawanan pertama di Stadium Perak pada hari sabtu yang lalu.

Skuad seladang dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara kepusingan seterusnya bertemu Kuala Muda Naza pada pusingan 2 nanti. Keputusan seri sebenarnya sudah memadai kerana ketika ini Perak telah mendahului pasukan lawan dengan kelebihan 3 gol.

Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja So’ib ketika dihubungi wakil seladang.net berkata mereka sedang merancang untuk menurunkan beberapa pemain yang tidak mendapat peluang bermain sebelum ini untuk diberi pendedahan.

“Saya berharap mana-mana pemain yang bakal diturunkan nanti akan menunjukkan mutu permainan yang lebih baik daripada perlawanan yang pertama lalu.”

“Secara keseluruhan barisan pasukan Perak tidak akan banyak berubah kecuali ketiadaan ketua pasukan iaitu S. Subramaniam yang mengalami kecederaan pinggang dan masih tidak cergas untuk diturunkan pada perlawanan esok” jelas beliau.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (review)

  1. sunrisea

    apa apapun teman ucap tahniah pada semua yg terlibat untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad seladang.......
    teman juga mengharapkan pemain pemain utama direhatkan bagi menghadapi saingan akan datang.... baru mantop

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. m_anip2

    Perlawanan "mudah" bagi pasukan Perak tambahan pula dengan bekalan yang cukup selesa apabila bertandang ke batu kawan. Semoga pemain yang diberi peluang untuk beraksi nanti akan menunjukkan gaya dan semangat yang terbaik bagi memikat hati jurulatih.
    Skor Yob Skor...Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam, diharapkan berbekalkan kelebihan 3 gol, pasukan seladang mampu melbarkan jumlah gol lagi bagi menaikkan semangat untuk pusingan seterusnya, walaupun dibarisi pemain-pemain muda. Percayalah, pemain-pemain inilah yang akan menaikkan mutu bola sepak perak dan digeruni pihak lawan. apa pun kemenangan pasti milik kita. Kekalkan semangat, tingkatkan stamina, mantapkan serangan, perak pasti gemilang. 'Skor Yob Skor'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam..

    Bagi teman hanya satu teman nak pesan kat semua pemain, jangan ambil mudah dan jangan leka...

    Walaupun kita nampak sudah selesa dengan 3 gol tetapi kita harus ingat bahawa kita masih ada baki 90 minit lagi untuk menentukan halatuju kita yang seterusnya...

    Semoga pemain semua tidak lupa dan alpa.. Bak kata orang2 tua, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna nya.. So, teruskan permainan kalian seperti biasa dan teman harap keputusan esok tidak hanya kekal 4-1 sahaja, biar lah berubah!! (Paling tidak pun, skor ler lagi 4 gol ker..tanpa bolos!!)

    Salam perjuangan dan teruskan rentak sebagai juara.. Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      ya. teman sokong dgn belanak, harap pemain jgn ambil mudah walaupun ada kelebihan 3 gol, over-confident adalah perasaan yg amat bahawa

      kepada pemain, concentrate untuk 90 minit tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Secara keseluruhannya, permainan Skuad Perak menampakkan peningkatan. Namun begitu masih banyak perkara yang perlu di permantapkan lagi, terutama barisan serangan yang perlu lebih tenang dalam keadaan terdesak di depan gol.

    Jurulatih tidak boleh memberi ketenangan berkenaan. Sebaliknya pemain itu sendiri perlu lebih tekun disamping memotivasikan diri agar lebih beri perhatian apabila mendapat peluang menjaringkan gol. Jurulatih hanya memberi jalan dan galakan untuk ke arah itu.

    Apa-apa pun, selamat berjuang tanpa tekanan kerana bekalan kita agak tebal. Tidak bermakna kita perlu ambil mudah perlawanan ini, anggap ini seperti perlawanan lain yang tidak kurang pentingnya.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zul4all

    setelah menyaksikan perlawanan pertama, saya fikir karathu wajar menurunkan pemain pelapis seperti mohd hafiz,zahiruddin,mohd nor hazrul,mohd zafran ,mohd arif saidin dan isma alif serta memberi peluang sekali lagi kepada penyerang saufi saadi...ini amat penting untuk meningkatkan moral pemain yang mana antara pemain2 ini tidak pernah lagi diturunkan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      Ya. Teman setuju dengan pendapat zul4all. Beri peluang dan semoga dengan peluang yang diberikan dapat diterjemahkan dengan hasil yang cemerlang.

      Skor Yob Skor.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. razlan

      ya.. pemain yg diberi peluang turun, jgn lah sia-siakan kepercayaan coach kepada anda... tunjukkan anda mampu melakukan seperti pemain kesebelasan utama... banggakan captain anda yg cedera tu dan fan2 perak semua

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. YB Post author

    Keputusan penuh Perak menewaskan SDM Kepala Batas dengan jaringan 7 gol tanpa balas melalui jaringan Nazri Kamal, Razali Umar - 2 gol, Chun Keng Hong, Hafiszuan, Thinagaran dan Arsyah Ayob.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.