TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 3 Februari 2009
Stadium Batu Kawan
8:45PM

SDM Kepala Batas (1) 0 – 7 (4) Perak

Skuad seladang benar-benar berpesta gol malam tadi apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, SDM Kepala Batas dengan jaringan 7 – 0 di Stadium Batu Kawan malam tadi pada perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik kedua.

Secara aggregat pasukan Perak melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan besar 11 – 1 mengatasi pasukan SDM Kepala Batas yang rata-rata diwakili pemain-pemain dari Angkatan Laut Diraja Malaysia yang berpengkalan di Lumut, Perak.

Pesta gol yang disaksikan kira-kira 500 orang penonton itu bermula seawal minit ke 6 apabila Isma Alif membuat hantaran lambung dari sebelah kanan mencari Mohd Nazri Kamal yang mudah merembat masuk untuk gol pertama Perak malam itu.

Razali Umar menambah gol kedua pasukan pada minit ke 24 apabila hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan sebelum Chun Keng Hong menanduk masuk gol ketiga hasil dari sepakan sudut Isma Alif, 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Perak menggandakan asakan kearah kubu pasukan lawan dan hasilnya pada minit ke 53, Mohd Hafiszuan menjaringkan gol keempat buat pasukan Perak selepas menerima bola hantaran cantik dari K. Thinagaran.

5 minit berselang Razali Umar sekali lagi bijak meloloskan bola melepasi jangkauan penjaga gol lawan untuk gol kelima setelah menerima bola hantaran pemain bawah 20 tahun Perak iaitu Wan Hossen dari sebelah kiri pintu gol lawan.

Berkedudukan selesa mendahului dengan 5 gol, M. Karuthu membuat 2 pertukaran iaitu mengeluarkan Mohd Syazwan untuk Arsyah Ayob dan Isma Alif digantikan dengan pemain yang pertama kali diturunkan iaitu Mohd Hafiz Abdul Rahman.

K. Thinagaran turut menyumbangkan gol keenam pasukan Perak apabila bertindak bijak memperdayakan penjaga gol lawan yang menerpa keluar dan mudah menolak masuk hantaran Wan Hossen pada minit ke 81 separuh masa kedua.

Perak membuat pertukaran terakhir dengan memasukkan Safwan Mahayuddin yang menggantikan Wan Hossen. Razali Umar nyaris mencipta hattrik malam tadi apabila rembatan beliau terkena tiang sebelah kiri pada minit ke 87.

Gol terakhir pasukan Perak disumbangkan oleh Mohd Arsyah Ayob pada minit ke 90 setelah berjaya melepasi perangkap offside sebelum pengadil meniup wisel penamat perlawanan malam itu untuk kemenangan besar buat skuad seladang dengan 7 – 0.

Dengan kemenangan ini pasukan Perak dijangka akan bertemu dengan pasukan Kuala Muda Naza pada 21 Februari ini di Stadium Perak sebelum berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Februari 2009 untuk perlawanan timbal balik kedua.

Krew Info: Anip & San

Keputusan Perlawanan Lain 3 Februari 2009

My Team (2) 3 vs 0 (1) Proton FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Johor (0) 3 vs 0 (4) Kelantan
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus

Felda United FC (2) 0 vs 2 (1) PDRM
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Shahzan Muda (0) 2 vs 1 (1) T-Team
Stadium Darul Makmur, Kuantan

ATM (1) 0 vs 2 (6) Sarawak
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Johor FC (0) 0 vs 0 (1) Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Melaka (0) 1 vs 2 (0) Negeri Sembilan
Stadium Hang Jebat

Perlis (4) 2 vs 0 (0) MBJB FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Sabah (1) 0 vs 1 (1) Kuala Lumpur
Stadium Likas

Pasukan yang berhuruf besar layak kepusingan 2 TM Piala FA 2009.

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (result)

  1. keristujuh

    tahniah buat Perak...penyokong harus berbangga ngan penampilan skuad muda perak ini..agar skuad muda perak ini dapat meneruskan rentak ini ataupun rentak permainan yang lebih bagus lagi...tahniah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    tahniah perak. berjaya juga membalas dendam kekalahan kepada navy dlm perlawanan persahabatan tahun lepas. tak silap teman, ini adalah jaringan terbesar untuk musim 2009.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam, sungguh tidak disangka-sangka pasukan perak telah berjaya melepasi halangan pusingan pertama dengan begitu memberangsangkan. Ternyata semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak buah M.Karathu ini sunnguh tinggi sehinggakan mampu meledakkan 7 gol dan merupakan jumlah gol yang terbanyak setakat ini, walaupun hanya di barisi pemain-pemain muda. Apa yang diharapkan selepas ini dan hari-hari berikutnya adalah supaya pasukan seladang ini dapat mengekalkan rentak serta mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Perak. Teman dan warga seladang .net mahupun penyokong-penyokong pasukan seladang yang lain mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kerana berjaya melepasi halangan pertama dengan kemenangan bergaya. Tingkatkan Prestasi, Kekalkan Stamina, Mantapkan Serangan, Perak pasti gemilang..'Skor Yob Skor'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. irKupa

    salam..
    tahniah buat skuad YOB MUDA yang mencapai kemenangan besar...corak permainan diharapkan berjaya dikekalkan serta diperbaiki dari semasa ke semasa..jangan terlalu berasa selesa...kalian berhak dipuji..

    ~skor yob skor~
    ~kejor yob kejor~

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam...
    Ucapan tahniah dan syabas buat semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan Skor Yob Skor di atas kemenangan besar Piala FA 2009. Semoga momentum sebegini diteruskan sehingga ke perlawanan seterusnya. Setiap pemain mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan bertanggungjawab dalam memastikan pasukan terus mencipta kejayaan serta tidak berputus asa. Ayuh.. teruskan perjuangan kalian dan kami penyokong tetap menyokong sehingga ke akhir musim.
    Ucapan terima kasih juga kepada krew info (San dan Anip), korang dua memang sepadan dan semoga jasa korang dapat diteruskan untuk perlawanan akan datang.
    Syabas dan tahniah untuk semua. Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. AbUrN

    Woww!!!!!!.....terkejut gak pagi.....TAHNIAH perak dengan keputusan yang agak luar biasa kali nie, kemenangan yang besar...Diharap pasukan ini mampu meneruskan keputusan yang memberangsangkan pada perlawanan2 yang akan dtg, baik Piala FA mahupun Liga Super yang masing panjang perjalanannya lagi....

    Kejor Yob Kejor

    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    salam dan tahniah...pencapaian yang memberangsangkan beginilah yang kami harapkan...syukur segalanya berjalan dengan lancar...teruskan berusaha menuju puncak.diharapkan perlawanan menentang kuala muda naza nanti lebih baik dan jadikan kemenangan keatas mereka dalam perlawanan liga yang lepas adalah bukan semata-mata atas faktor nasib.SYABAS!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. m_anip2

    Permainan cantik dan bergaya yang ditunjukkan oleh pasukan Perak mlm tadi wajar diteruskan lagi pada masa akan datang. Dengan long pass dan short pass yang menarik serta menghiburkan memang patut skuad muda ini terus dirangsang bagi mencari lebih pengalaman untuk menyinarkan kembali kegemilangan skuad Perak. Ketajaman penyudah dan kawalan bola yang berkesan boleh diteruskan lagi dan dimantapkan pada masa depan. Cuma teman rasa bahagian tengah kena lebih kreatif dlm menghasilkan gerakan yang berlainan kerana agak mudah dibaca oleh pihak lawan. Walau apapun Perak memang best...
    Kejor Yob Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. zul_united

    Salam....Tahniah buat skuad 'seladang muda'.Anda telah membuktikan kehebatan sebenar anda.Teman berharap momentum ini dapat dikekalkan dalam perlawanan Liga Super menentang pasukan Kelantan 10 Februari ini.Buktikan bahawa skuad Perak juga harus diberi perhatian oleh pasukan lain.TAHNIAH!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. san

    Semangat yang tinggi.. itulah yang boleh san terjemahkan diatas kemenangan besar ini. Sememangnya anak buah M. Karathu ini telah menunjukkan satu peningkatan yang sangat berkesan..

    Permainan tanpa tekanan dan bersahaja ditunjukkan oleh pemain-pemain Perak patut diberi pujian kerana mampu mengawal perlawanan dan baik dan bersemangat.

    Diharap Perak mampu membuat kejutan demi kejutan di dalam Liga Malaysia bagi membuka mata pasukan lain yang memandang rendah keupayaan pemain muda Perak..

    apa-apa pun.. Skor yob skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. sunrise

    tahniah kepada skuad perak junior. mampu memikul tanggungjawap dengan jayanya. siapa sangka pasukan perak yang dibarisi pemain kurang pengalaman mampu memenangi perlawanan dengan agregat yang besar. kini apa yang harus dilakukan lagi oleh pemain pemain kekalkan rentak sebegini dan kekalkan disiplin bagi mencapai kejayaan yang diidamkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. syidi

    Tahniah..
    Kelemahan yang sebelum ini membelenggu pasukan kita telah hampir diterjemahkan menjadi kekuatan. Hanya Jurulatih yang tahu apa ramuan yang digunakan semalam.

    Diharap perkara ini berterusan dan menjadi pendorong untuk kita lebih maju ke hadapan. Seperti biasa, pandang hadapan dan bersedia untuk harungi cabaran seterusnya. Jadikan pengalaman semalam sebagai pedoman bukan riak.

    Anak-anak muda Perak memang hebat. Saya yakin jika kita berfikiran positif, kita akan memperoleh manfaat yang positif. Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan lebih baik dari semalam. 'Pantang Undur Tetap Mara'. Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.