TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (result)

TM Piala FA

Sabtu 31 Januari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 4 – 1 SDM Kepala Batas

Skuad seladang berpesta gol apabila berjaya menewaskan pasukan liga premier SDM Kepala Batas dengan jaringan 4 – 1 di Stadium Perak malam tadi pada perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik pertama.

Perlawanan yang disaksikan kira-kira 5000 orang penonton itu bermula dengan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan dilihat berbalas serangan . Namun K. Thinagaran menceriakan penyokong tuan rumah apabila mudah menyempurnakan hantaran lintang melalui satu tandukan yang menarik pada minit ke 31 separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Perak bermula garang apabila kerap mengasak kubu pertahanan SDM Kepala Batas dan hasilnya gol kedua Perak muncul pada minit ke 53 hasil rembatan kencang Arsyah Ayob di dalam kotak penalti lawan. Penjaga gol SDM Kepala Batas berjaya menangkap bola tersebut tetapi terlucut dan meleret masuk.

Seminit kemudian K. Thinagaran sekali lagi berjaya menyumbat gol ketiga pasukan Perak apabila bola yang cuba dikeluarkan oleh pertahanan lawan dalam situasi kelam kabut itu terbias mengenai beliau dan melantun masuk menerjah jaring pasukan SDM Kepala Batas.

Berkedudukan selesa mendahului dengan 3 gol, para pemain Perak mulai terleka dan pada minit ke 75 pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pertama mereka hasil dari keadaan kelam kabut di kotak penalti Perak untuk menjadikan kedudukan 3  – 1.

K. Thinagaran berjaya menjaringkan hattrik peribadi pertamanya untuk musim ini dan gol keempat pasukan Perak pada minit ke 85 apabila melakukan tendangan volley hasil dari hantaran lintang yang menarik setelah Razali Umar terlepas untuk melakukan tandukan.

Penolong jurulatih Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengulas, Perak mampu untuk menang lebih besar jika berjaya menterjemahkan sekurang-kurangnya 4 peluang wajib gol yang diperolehi oleh barisan serangannya terutama melalui K. Thinagaran.

“Beliau (K. Thinagaran) mensia-siakan beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol buat pasukan Perak namun saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya menjaringkan hattrik (3 gol) pada perlawanan malam ini”

“Secara keseluruhan permainan hari ini agak baik walaupun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan timbal balik kedua selasa nanti. Kita yakin tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat seterusnya selepas ini”

Sementara itu wakil seladang.net turut menerima beberapa pesanan dari peminat berhubung prestasi semasa pemain berjersi nombor 25 iaitu S. Sarath Babu. Menurut mereka pemain ini sebenarnya gagal untuk berfungsi dibahagian jentera tengah Perak.

Beliau (S. Sarath Babu) seperti hilang arah dan lebih banyak berlari tanpa sebab dan gagal membantu rakan-rakan sepasukan yang lain semasa menyerang dan bertahan menurut salah seorang peminat yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kami berharap M. Karuthu dapat membuat perubahan dengan memasukkan beberapa pemain lain yang lebih berkelayakan. Jangan perjudikan nasib pasukan dengan pemain-pemain yang gagal menyerlah walaupun telah diberi peluang beberapa kali sebelum ini.

Krew Info: San

Keputusan Perlawanan Lain 31 Januari 2009

Proton FC 1 – 2 My Team
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kelantan 4 – 0 Johor
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

PDRM 1 – 2 Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

T-Team 1 – 0 Shahzan Muda
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Sarawak 6 – 1 ATM
Stadium Sarawak, Kuching

Pulau Pinang 1 – 0 Johor FC
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Negeri Sembilan 0 – 0 Melaka
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pahang 1 – 1 PKNS FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

MBJB FC 0 – 4 Perlis
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kuala Lumpur 1 – 1 Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (result)

  1. RAMSA

    Tahniah buat skuad Seladang muda yang terus menyerlah... walau cetek pengalaman tapi telah membuktikan dengan kecergasan tinggi, semangat berpasukan dan taktikal yang tepat dapat membuahkan hasil yang 'lumayan'.. teringat kenangan lalu di ketika Perak menjulang Piala FA membuatkan semangat penonton terus membara... teruskan Yob!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul4all

    salam...saya antara yang hadir semalam. saya fikir kali ini perak mempamerkan corak permainan yang cukup menarik dan lebih tersusun selepas 20 minit permainan. namun penyudah didepan gol agak mengecewakan. sewajarnya perak boleh menjaringkan sekurang-kurangnya 6 hingga 9 gol kerana peluang didepan gol terlalu banyak...saya cukup berpuas hati dengan permainan oleh nazri kamal,thinagaran dan hafiszuan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Tahniah kepada semua pemain, barisan kejurulatihan dan seterusnya pihak pengurusan PAFA. Secara keseluruhannya, skuad Seladang mempamerkan komitmen yang tinggi dalam perlawanan semalam.

    Biarpun sebelum perlawanan bermula, kita buntu dengan masalah kecederaan dan masalah kesihatan pemain-pemain utama, namun perkara itu tidak sedikit pun menjejaskan momentum permainan Seladang.

    Seperti biasa, usah terlalu leka dibuai kenangan indah setelah berpesta gol semalam terutama saudara Thinagaran. Anda bijak dan beraksi sebagai diri anda yang sebenarnya semalam. Jadikan prestasi semalam sebagai pemangkin untuk membina moral yang lebih tinggi di perlawanan yang akan datang. Ingat, kejayaan ini hasil kerjasama semua.

    Tahniah kepada semua pemain, dan teruskan usaha kerana perjuangan masih belum selesai, pantang maut sebelum ajal. Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    tahniah kepada pihak pengurusan pafa telah menurunkan harga tiket untuk peminat peminat yang mengunjungi stadium perak. tahniah juga kepada pemain yang mampu menyahut cabaran menang perlawanan pertama pusingan yang pertama saingan piala fa 2009. cuma harus ditekankan bahagian tengah harus mencari lagi idea untuk memperkukuhkan barisan perak yang dibarisi rata rata pemain berbakat dan mempunyai potensi menjadi pemain handalan dalam negara ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. m_anip2

    Syabas kepada pasukan Perak yang berjaya memenangi perlawanan ini selepas lama berehat. Dengan jumlah jaringan yang besar ia mampu menjadi bekalan terbaik apabila bertandang ke stadium lawan kelak. Semoga terus maju ke hadapan lagi dengan rentak kemenangan yang dapat memotivasikan diri pemain serta pasukan. Syabas sekali lagi dan teruskan skor Yob...Kejor Yob Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Tahniah..Tahniah...Tahniah...
    Syabas teman ucapkan buat semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan... Semoga kerjasama serta semangat juang sebegini yang kami semua peminat mahu kan.. tidak kenal erti jemu dan teruskan perjuangan sehingga ke titisan terakhir..
    semoga semangat juang diteruskan untuk esok hari (timbal balik piala FA)...
    Harapan kami semoga kita tidak leka dan teruskan perjuangan hingga ke wisel terakhir. Jangan lalai dan ambil mudah walaupun kita sudah selesa dengan 3 gol tetapi itu tidak bermakna kita tidak berjuang... teruskan juang yang kental dan buktikan kepada semua bahawa skuad Skor Yob Skor masih berbisa dan terus berbisa...
    Ingat lah wahai semua pemain, jangan ambil mudah dan jangan terus leka serta dibuai mimpi!! Skor Yob Skor... Ayuh semua.. teruskan semangat juang dan jangan biarkan hanya 4-1 sahaja!!

    Salam perjuangan buat kalian!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.