TM Piala FA – Perak Vs Kuala Muda Naza (review)

TM Piala FA

Sabtu 21 Februari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Kempen TM Piala FA musim 2009 telah memasuki pusingan 2 apabila skuad Perak bakal bertemu pasukan kelab dari Kedah, Kuala Muda Naza pada perlawanan timbal balik pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Jika kita melihat semula prestasi semasa pasukan seladang sewaktu bertemu Kuala Muda Naza di Ipoh pada perlawanan pertama Liga Super 2009, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 2 – 0.

Barisan muda Perak ketika itu beraksi dengan penuh semangat dan cukup cemerlang disamping sokongan padu para penyokong untuk memastikan 3 mata penuh berjaya dikutip pada perlawanan pertama Liga Super digelanggang sendiri.

Pertemuan semula dengan Kuala Muda Naza dalam pertandingan Piala FA disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai pertemuan yang “berbeza”. Jurulatih M. Karuthu pasti mampu mencari formula terbaik untuk memenangi perlawanan timbal balik pertama ini.

Hanya K. Puvinderan sahaja dilaporkan tidak dapat bermain pada perlawanan ini setelah mengalami kecederaan hamstring sewaktu menentang Terengganu tempohari termasuk Benedict Martin dan Fauzi Ariffin yang masih lagi menjalani proses penyembuhan.

Penulis melihat calon yang paling sesuai untuk mengisi slot tersebut ialah Mohd Hafiszuan yang telah memenangi anugerah “Pemain Terbaik” sewaktu perlawanan Liga Super 2009 menentang Johor FC di Pasir Gudang yang dimenangi oleh pasukan Perak dengan 1 – 0.

Perak memerlukan seorang pemain yang pantas pada bahagian tengah pertahanan untuk bergandingan dengan Chun Keng Hong setelah pemain asal yang mengisi slot tersebut iaitu Fauzi Ariffin mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat panjang.

Cadangan penulis untuk bahagian tengah Perak ialah dengan meletakkan Arsyah Ayob bersama K. Thinagaran, Wan Hossen dan Nazri Kamal manakala penyerang pula diterajui oleh Razali Umar bersama Saufi Sa’aidi yang bermain agak baik sejak kebelakangan ini.

Tugas penjaga gawang seharusnya diberikan lagi kepada Kamarul Effandi yang setakat ini beraksi baik dengan hanya melepaskan 1 gol dari 3 perlawanan yang beliau harungi iaitu ketika menentang pasukan SDM Kepala Batas, Johor FC dan Terengganu.

Diharap para peminat dapat membanjiri Stadium Perak sabtu ini untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Perak sebelum mereka bertandang ke Stadium Darul Aman pada hari selasa 24 Februari 2009 untuk perlawanan timbal balik kedua.

Nota: Liputan ringkas semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Kuala Muda Naza (review)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Selamat berjuang buat pasukan kesayangan kita...
    Diharapkan perlawanan esok lebih baik dari perlawanan
    ketika menentang terengganu selasa lalu...

    Kepada penyokong setia perak semua,
    ayuh kita banjiri stadium dengan memakai jersi keramat kita,
    ayuh tiupkan semula semangat membara kepada
    seladang jr. kita...
    ayuh kita bangkit dari kekecewaan berikutan kekalahan
    lalu...

    Buat Pemain-pemain, berusaha dengan bersungguh-sungguh,
    kalian semua kebanggaan kami...
    buat yang terbaik....
    InsyaAllah dengan doa yang ikhlas serta usaha yang
    berterusan...

    Pasti Kemenangan Milik Kita....
    Kalian Boleh...
    Ayuh Seladang bangkit....!!!!

    -Masih Ada Yang Setia Menyokongmu-

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Saya bersetuju dengan penulis tentang cadangan barisan sebelasan utama Perak nanti. Perlawanan ini boleh dijadikan sebagai 'Turning Point' untuk penyokong Perak yang hebat mengkritik sebelum ini. Abaikan mereka buat seketika, lebih baik tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan yang akan dilalui kelak.

    Diharap semua pemain dapat mempersembahkan yang terbaik untuk kita memperoleh bekal yang cukup untuk dibawa ke Alor Star nanti. SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anip

    Salam.

    Teman cuma berharap agar para pemain menggunakan peluang di hadapan penyokong sendiri untuk mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Darul Aman kelak.

    Perlawanan lalu cukuplah sekadar pengajaran buat para pemain dan dapat dilihat betapa para penyokong memberi sokongan kepada anda walaupun dengan situasi yang agak "kasar".

    Kejor Yob Kejor.
    Teruskan usaha.
    Skor cukup-cukup.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. taufiq

    Salam semua.

    Untuk perlawanan pada kali ini sudah semestinya akan menjadi lebih sengit, ini berikutan pada perlawanan pertama Liga Super, pasukan Perak sudah berjaya menewaskan KM Naza ini dengan jaringan 2-0. Teman yakin pasukan KM Naza mempunyai misi untuk membalas dendam di atas kekalahan lalu. Diharapkan pasukan seladang lebih berhati-hati dengan percaturan pasukan lawan. Kita mempunyai kelebihan kerana bermain di laman sendiri dan akan dibanjiri oleh para penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan.

    Oleh itu, kekalkan semangat melawan kita yang tinggi. Jadikan pasukan kita sebuah pasukan yang akan digeruni lawan. Diharapkan juga saudara Jurulatih kita akan memberi percaturan dan meletakkan kesebelasan utama yang akan memberi saingan yang sengit untuk perlawanan kali ini. Sememangnya kita juga mempunyai barisan pemain yang mampu untuk pergi lebih jauh.

    Apa pun, kekalkan semangat berpasukan, tingkatkan asakan ke kubu lawan, gandakan jaringan, Perak pasti Gemilang..' Score Yob Score'...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam...

    Teman sentiasa terus meyokong kalian walau apa yang berlaku kerna darah daging Perakian tetap mengalir dan teman amat bangga jadi sebahagian penyokong!

    Apa yang teman harapkan, semoga pemain dapat memberikan fokus dalam game esok dan semoga tidak leka... AWAS!! Buruk padahnya sekiranya kita terus leka dan dibuai mimpi.. Ayuh.. Bangkit dan pastikan semangat terus membara... Jadikan setiap kritikan dan komen para penyokong menjadi bekalan untuk terus berjuang dengan lebih serta ingatlah bahawa kegembiraan pemain dalam game esok akan dikongsi bersama-sama semua penyokong Perak Jr.

    Kekalkan momentum dan tumpukan sepenuhnya pada game.. Jangan banyak memberi ruang kepada pihak lawan dan jangan jadikan game lalu menjadi titik bandingan kerana kali ini semua nya amat berbeza!

    Apa yang penting.. KERJASAMA!!
    Apa yang penting.. KERJASAMA!!

    Ayuh Perak Jr...Yakin BOLEH!
    Kejor Yob Kejor...pastu Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam

    teman juga setuju dengan pendapat penulis yang mengharapkan beberapa pemain dapat diturunkan dengan kedudukan posisi masing masing. kerana apa bagi pendapat saya prestasi skuad seladang makin menurun ketika beraksi di Ipoh menentang skuad Terengganu tempoh hari, percaturan yang diberi tidak terdaya untuk pemain pemain melakukannya. seandainya pemain pemain Perak dapat mengembalikan corak permainan yang bertenaga seperti perlawanan sulung ketika menentang Kuala Muda Naza yang lalu tidak mustahil pasukan perak mampu memperolehi kemenangan yang lebih baik.diharapkan pihak jurulatih dapat menilai dan mengkaji semula apa yang telah disarankan oleh penulis.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zul4all

    game yang perlu dimenangi. dan penting untuk memenangi hati peminat juga...saya telah bersedia untuk turun ke stadium...harap penyokong setia yob memberikan sokongan berapi kepada para pemain. satu cadangan - gantikan wan hossen dengan player lain....dan lagi satu, Puvinderan tidak sesuai utk berganding dgn Chun Keng Hong kerana kurang agresif dan tidak pantas...lebih sesuai digantikan dengan S.Subramaniam....lebih baik Karathu fikirkan posisi lain utk Puvinderan....kerana die hanya sesuai jika Chun Keng Hong tidak mampu beraksi.

    maksud saya, selain seorang central defender yang tegap, perlu seorang lagi central defender yang aggresif, kuat dan laju seperti gandingan Terry dan Carvalho, Cannavaro dan Nesta, Ferdinand dan Vidic (yang keras ,tegap dan laju)....gandingan yang ampuh..saya lebih prefer gandingan Chun Keng Hong - Fauzi Ariffin , Chun Keng Hong - S.Subramaniam atau Chun Keng Hong - Hafiszuan....Puvinderan sebagai backup andai kata gandingan ini tiada....kerana gandingan beliau dgn Chun Keng Hong amat longgar. percayalah Karathu...dan saya ingin sekali lagi menyaksikan aksi Saufi Sa'aidi yang mempunyai gaya larian menarik,skil yang baik namun perlu pertingkatkan kesefahaman dan ketajaman penyudah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. irKupa

    salam buat kalian semua...

    to all players, wake-up...don't ever still with your daydreaming anymore. dah takde masa nak mencuba jaya. tiada alasan lagi diperlukan. bermain dihadapan penonton sendiri sepatutnya menambahkan semangat kalian. kami bukannya mengkritik membabi buta dari awal game hingga ke penghujung permainan.mantapkanlah permainan juga kecergasan. beranikan diri mengawal game.

    teman masih tercari-cari siapakah yang bakal diletakkan menggantikan stopper perak yang kental, Fauzi Ariffin untuk mengukuhkan pertahanan. kehilangan beliau dirasai. kepada yang lain, berusahalah....buktikan kritikan keras dari penyokong seperti teman boleh dijadikan semangat berjuang. teman komen dengan ikhlas, jika baik maka baiklah, jika sebaliknya maka itulah yang teman khabarkan. jika terlalu dipuji, dibelai, lihatlah apa yang telah terjadi pada sebuah pasukan kebangsaan negara mana entah, kemudahan bertaraf dunia tetapi permainan..........??? fikir2 kan lah...

    -kejor yob score-

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.